Saturday, April 28, 2012

Super KIASU


Orang ni kata hok ni brutel, orang ni plak kata hok ni zalim dan terjadilah kejadian saling tuduh-menuduh dalam cerita BERSIH 3.0 yang berlangsung semalam. Ada yang bergaduh-gaduh dalam FB pun ada, pasal sapa mula dulu, bila ada kereta polis dah terbalik dan ranap dikerjakan semasa BERSIH 3.0. Hok ni kata polis langgar dia dulu, dah terperesuk mayat bawah kete polis, itu pasal kete polis terpaksa diterbalikkan. Hok ni kata, plak polis terlanggar sebab hok ni pakat-pakat baling botol kat kete polis.  Tapi bila anak dia 48 jam tak balik rumah, kena rogol, POLIS juga yang deme cari. So, buang karen, buat sakit hati aje melayan cerita POLIS jahat nih. Ko iyekan ajelah cakap dia, walau ko rasa orang hilang akal aje yang akan menterbalikkan kereta sebab nak keluarkan mayat bawah kete. Dah termasuk bawah kereta takkan tak mati, kan. Sure, yang ada di bawah kereta itu mayatlah.

Namun begitu  dalam menganut akidah kapitalis ni, kita perlu juga menganut sama kenyataan yang “CUSTOMER always right”. PM kita sendiri kata rakyat diutamakan. Jadi bila bercakap pasal BERSIH 3.0. Rakyat yang berdemo itu pelanggan/CUSTOMER. Pelanggan yang sangat percaya yang system undi kita tidak bersih. Mereka memang ada bukti yang mengatakan ianya kotor dan dicemari element-element rahsuah, penyalahgunaan kuasa dan apa-apa lagilah kata-kata bombastic yang terdapat dalam kamus, yang saya sendiri pun tak kuasalah nak mengingatinya.

Pihak SPR pun saya kira dah melakukan penambahbaikan, dan hujah mereka, jika sekiranya betul system kita kotor, mengapa PAS boleh memerintah Kelantan dan dalam PRU yang lalu buat pertama kalinya BN gagal mendapat majority 2/3?

Tapi berapa kali orang nak ulang hah! CUSTOMER always right, walau betapa kita rasa kita dah lakukan sedaya mungkin buat benda betul, tapi masih ada juga pelanggan yang tak puas hati, biarlah cerita pasal kita buat kerja betul, simpan dengan kita-kita aje. Iyakan ajelah cakap pelanggan yang sentiasa betul itu. Buat kata ada cerita Movie Amerika pun, ntah apa tajuk, lupa dah:- “orang kije gomen(dalam cerita tu polis FBI) nih, bukannya buleh kita nak bercerita pasal kejayaan kita semasa makan malam krismas, macam orang kerja sendiri, atau macam artis, penyanyi, pelakon pun” Memang jadi badutlah kalu dok brag about our success dalam perkhidmatan awam, nih. Orang menyampah nak dengo.

Macam kat Amerika tu dah ramai juga dapat sakit mental sebab mengelonkan pelanggan yang kadang tu idaklah berapa betul sangat pun, tapi orang kata kita belajarlah dari Amerika, kita buatlah hapa-hapa kursus untuk menangani manusia-manusia kandang tu yang idaklah berapa betul sangat pun, lagi bako darah jah kelakunya tapi dah diberikan MANDAT betul selalu.

Kita kat sini pun ada kaunselor, sikit lagi up masalah kita, kita ada pegawai-pegawai perubatan yang sedia membantu. Memang dalam berhadapan dengan pelanggan yang cerewet, dan memang ada jenis pelanggan yang rasa mereka tak pernah salah memang menguji kesabaran, tapi kita harus ingat akan support-support group yang sentiasa ada untuk menolong kita.

That is to say at the end of the day, kisah pelanggan yang banyak cekadak yang pada mata kita tu kadang mereka lebih psiko dari kita yang memang berada di barisan yang terdedah kepada tekanan-tekanan manusia yang memang pergh orang kata KIASU, tu, akan berlalu bagai angin petang yang sepoi-sepoi bahasa sahaja.

No comments: