Orang kata satu dari senjata perang politik ialah pembunuhan
kerektor. Kalau nak ikut benda ini bukan baru. Zaman revolusi Peranchis lagi
orang dah guna dah. Ntah-ntah zaman anak Nabi Adam, Habil dan Qabil lagi mereka
dah mula tektik perang lagu ini. Di Peranchis sana mangsa yang diserang ialah
Permaisuri mereka sendiri. Dan mereka berjaya, dan jadilah Peranchis seperti
Peranchis pada masa ini.
Di Malaysia pun sama. Katanya perang ini memang sudah lama,
dan katanya juga UMNOlah yang mengajar dan memulakan tektik ini, di sini. Ianya
berlanjutan, seolah perang mendedah buruk lawan itu sudah macam jihadlah pula
jadinya.
Dan hari ini, penyerang-penyerang maut dari Kem Pembangkang
juga tidak kurang hebatnya. Kalu dulu kita ada Raja Petra yang terkenal dengan “hantu
Altantuyanya”, Kickdefella dengan “jihad menendang Pak Lah” kini kita ada
Rafizi Ramli dengan “hantu lembunya”. Walau Kick dan Petra ini mereka
mengatakan mereka bukan orang politik, tapi penulis peka dan bebas yang bebas
menghentam, membunuh mana-mana kerektor yang mereka rasa patut dibunuh, kalau
dulu Petra bunuh Rosmah, hari ini dia bunuh Anwar pulak, Kick tendang Pak Lah, kini tendang Nik Aziz
anak beranak, tak mustahil juga Razifi nanti akan jadi macam Petra dan Kick.
Politikus lompat bukanlah benda yang busuk pun, di barat sana ada yang lompat-lompat last-last terbang
tinggi jua contoh orang kata Condoleeza Rice?? He he he…
Kewujudan penyerang-penyerang ini walau kadang tu meresahkan
dan mengerikan pun ada juga, namun mereka ada baik dan menafaatnya juga. Ia
boleh menjadikan orang besar kita berhati-hati dalam segala perbuatan
mereka. Bila nak buat jahat, kalau Allah
tu jauh sangat dan tak nampak, ingatlah akan pembunuh-pembunuh kerektor yang
berkeliaran di mana-mana. Hari ini kawan, esok mungkin juga seorang yang paling
licik melibas senjata tajam menikam anda semula. Buat kata orang kalu nak bikin
benda tak elok tu, pandang kiri-kanan dulu. Pendek kata, benda jahat baik tok
sah buat. Kalau ada cita-cita nak jadi pemimpin, atau dah jadi pemimpin,
hindarilah perkara-perkara yang orang tak suka, yang mengaib lagi memalukan,
bukan diri sahaja, tapi juga keluarga dan rakyat yang memilih/mengangkat anda
sebagai pemimpin mereka.
Esok kita cerita orang yang kena serang pula. He he he…
No comments:
Post a Comment