Minggu ini ada khabar gembira, yup setelah hampir setahun
habis belajar akhirnya saya dipanggil temuduga jawatan yang sesuai dengan
kelayakan baru saya. Lama tu, kan. Tapi macam itulah agaknya kalu kita nak keja
gomen. Memang kena tunggulah. Dah tunggu, tak pasti juga akan dapat jawatan tu.
Biasanya yang dapat interview memang ramai.
Itulah,kan despite orang kita sendiri mengata-ngata, mengeji
penjawat-penjawat awam, tapi kalu time buka application, ya saya percaya, orang
SPA sana tak perlu risau tentang tak dapat sambutan. Walau bagaimana jijik pun
orang nak mengata orang kerajaan ini, lepas graduate, lepas SPM, pasti seperti
wajib kita mengisi borang SPA on-line.
Saya dapat interview Penolong Juruaudit. Memang saya
gelihati sendirilah, kan. Macam mana orang yang sering dikata-kata tak reti
buat kerja, kerja asyik salah ini, nanti nak mengaudit orang lainlah pula,kan. Tapi
mana tau rezki saya. Saya tidak pernah berangan nak ber”temu”, dan kalau boleh
memang tak mau mengaudit orang yang pernah merendah-rendahkan saya ditahap yang
saya memang kalu cerita memang buat diri sendiri aje yang down, kan. Memang
minta simpang malaikat 44 dari ber”temu” dengan mereka-mereka itu. Pada saya
lagi nanti kalu kita mai audit dia dan katalah ada salah, lagi saya akan rasa
serba-salah. Ada orang pula akan rasa hebat kalau dapat buat macam itu, buat kata-kata kawan-kawan “ko tunjuk kat dia
ko ni siapa sebona eh” Apo eh, nak
nunjuk-nunjuk ni, buang karen aje, idaklah kita ni hebat mana pun sebona eh,
mati sok semua mati dimakan cacing juo kita nih.
Anyways, like I said ia hanya sebuah temuduga dan belum
tentu dapat, walau ada rakan yang konfiden saya akan dapat kerja itu. Masinlah
mulut rakan-rakan yang berkata demikian. Moga keyakinan kalian jadi kenyataan
hendaknya. Ada juga yang menasihati agar saya jangan overconfident. Saya taklah
overconfident pasal jawatan penolong juruaudit itu, tapi saya memang confident,
come this July kalau outcomenya tak menyebelahi saya(keputusan temuduga itu
boleh diketahui pada 16/7/2012 nanti) saya tetap akan memohon keluar dari
Pejabat sekarang.
Alasan, adalah alasanya, quite concrete juga, kalau kawtiem
dengan Puan, mesti dia ok dan mau tolong punyalah, kan. Saya memang dah lama
nak keluarpun. Saya jenis manusia yang susah nak sakit hati, tapi kalu sekali
dah sakit hati, kalu nak maaf, tu memang saya kena kalu boleh tak mau tengok
muka orang terus baru boleh maaf dan lupa. Lagi pun orang yang menyakitkan hati
itu tak pernah minta maaf langsung pun. Sebab pada dia benda yang dia buat itu
betul dan tak salah langsung. Menyakitkan hati sedara-mara, dua-pupu-tiga-pupu thagut
macam saya ini jihad-fi-sabillilah, apa?
So, memang sepatutnya saya sudah tidak berada lagi di
pejabat lama usai belajar itu hari, tapi kerana kesilapan teknikal, yang mungkin
disangka seolah sedara-mara thagut saya dah bikin sesuatu agar saya balik
semula, jadinya saya masih di Jasin lagi. Saya benci orang Jasin? Ha ha ha…biasalah
kerja kat kampung memang macam itu, kita masuk kampung orang, dan memang
kampung orang itu memang kampung orang elit dan pandai-pandai kalu mereka nak
pandang lekeh dengan orang kampung luar itu memang, agaknya kalu kita di tempat
mereka pun kita akan rasa orang kampung luar ini memang lekeh dan bodohlah...
Ala deme Alor Gajah tak buleh kalahkan mereka dalam PMR, SPM
pun sebab memang daerah deme mamang ada SPBI, ada MRSM super, ada sekolah
kawalan 2, dan akan datang ini sekolah SMKA yang mempunyai aras band yang
tinggi. Memang susahlah Alor Gajah nak lawan.
Lagi saya saya fikir orang Alor Gajah memang ulu dan solok, barbaric(cakap kuat-kuat, emosional,
bersungguh-sungguh), tu masih ada lagilah agaknya. Tapi dah kita orang Alor Gajah, walau
bagaimana ulu dan cipanpun kita, kalu orang kampung luar tegur kita memang
walau kita mengakulah kita ini ulu sikit sebanyak dalam hati ada gak ngata
macam ini,
“seulu-ulu, segasar-gasar aku, idaklah aku merampas orang punya
benda. Ha ha ha…semanis-manis mulut ko, pantang ada peluang, ruang kosong, anak
ko, cucu ko, anak sedara ko, semua nak ko sumbatkan dalam pejabat ini, besok
bini baru ko pun, ko nak letak sebelah pejabat ko” hik hik hik hik…
Itulah dia manusia, walau dia tau dia teruk dia dan dia tau
nasihat yang orang lain beri itu baguzz, untuk kebaguzan diri dia juga, walau
ustaz, ustazah dah berkali-kali pesan, jangan tengok orang, tengok apa yang dia
cakap, kita itu masihlah kalau kita tak suka orang itu, memang kita susah nak
terima apa-apa teguran dari yang menegur itu.
Oklah babes & gurlz, chow dulu, doakan saya kalau tak
dapat jawatan baru itu, cepat-cepatlah keluar dari Daerah Jasin tu. Makin lama
aku mengadap muka cikgu-cikgu Jasin nih, makin meluat aku dengan perangai orang
bijak-pandai-intelek ini. Oh yeah hari
ini mau cuti, mau collect convo item.
1 comment:
assalamualaikum. maaf tanya.. exam pen.juruaudit w27 tu apa kehendaknya.. sy baru dapat surat tawaran exam dan tercari2 mengenai persediaan. harap dpt bantu sy.
ayuzan@hotmail.com
Post a Comment