Thursday, April 5, 2012

360 Darjah


Semalam saya memang betul-betul hangin dengan satu kawan tempat kerja. Dia ni dari mula lagi seolah mau mempengaruhi saya agar menyokong pakatan pembangkang. Ala, yang suruh saya baca Malaysiakini tu.

Memang hujah dia baguslah…(kalau rajin saya tulisalah), saya cakap itu dia cakap ini, penghabisanya saya cakap yang saya pilih BN melalui pengalaman saya. Saya dah bersama dengan wanita PAS yang rata-rata cerdik dan celik, peka dan perasa,  saya juga sudah juga bersama perempuan bodoh yang kerjanya memang bodoh shopping dan melaram. Hidup saya, emosi saya juga pernah dihuru-harakan oleh lelaki-lelaki cerdik, genuis, intelek, lagi ambitious dan saya pilih untuk hidup tenang, tanpa rasa terbeban untuk menyelesaikan masalah orang lain yang tidak ada kena mengena dengan saya.

The feel good factor… We don’t want to feel bad all the time, we want to feel good and I notice that perempuan yang kita kata bodoh itu membawa rasa “feel good” Pergi facial, pergi shopping itu bawa rasa good. I no longer believe, inorder to be good muslim we must all the time crying and feel bad.

Bukan, langsung mau happy, tapi orang kata biar seimbang. Asyik cakap masalalah, masalah aje, sampaikan bukan masalalah kita, pun kita nak “treat” macam ia masalah kita yang perlu kita selesaikan, susah juga. Masalah orang,  semua kita nak masuk benak kita, memang kerja orang gilalah tu namanya.

I told him a bit about my experience kena buli di cyber, dan saya cerita, the soonest saya kena buli, orang yang saya jumpa ialah dua pupu ayah saya, the only relatives yang memang orang politik, masuk politik, bertanding dan menang. Masa itu saya pertama kali saya lihat Datin dan masa itu juga saya fikir I like her life.  Simple, simple aje. Buat kueh, buat craft, idaklah dia sibuk-menyibuk nak betulkan orang, sana-sini. I just wanna buat biskut dan buat craft. Since nak buat kraft, biskut dan kek perlukan modal, saya kenalah pergi kerja…he he he….

I went to see him, strictly because I want to know who is Mahathir, who is Anwar. Datin was there, she never menyampuk cakap suami dia. It is the husband who done the talking most of the time.  Cuma bila saya berkenankan croissant yang dihidangnya itu, dia ramah bercerita itu dan ini, aspirasi, pengharapan terhadap kaum ibu dan juga program-program yang telah dijayakan beliau sepanjang suaminya menjadi pemimpin rakyat. Dari baking hinggalah ke kelas jahit-menjahit.

This the time when I realize that dua pupu ayah saya bukanlah bodoh seperti yang sering diejek-ejek oleh parti lawan selama ini. Normal aje, rasanya. That is when I see dalam UMNO bukan hanya Mahathir dan pegawai-pegawai tadbirnya  who do the thinking, bapa saudara sepupu saya juga seorang pemikir  yang bagus.

Saya juga melihat sebuat kecerdikan yang baharu yang terpancar dari tingkah-laku Datin yang saya simpulkan sebagai begini “kecerdikan seorang wanita bukan terletak kepada kepetahanya berbicara, mengulas, mengkritik  isu itu dan ini, kecerdikan seorang wanita terletak kepada kecerdikannya membawa dari dan meletakkan dirinya di tempat yang sesuai”

Hari itu saya pulang ke rumah dengan satu perasaan baru. Memang benar selayaknyalah bapa saudara duapupu saya itu menjadi pemimpin kami, pada masa kuatnya. Dia diperkenankan Tuhan untuk jadi pemimpin bukan dengan sebab tipu-daya parti pemerintah atau kebodohan pengundi yang menggadaikan undi dengan kain pelikat, kain batik dan duit RM10. Saya pulang dengan rasa sebal dan bungkam kerana selama ini memandang orang kampung dengan pandangan jengkel. Bodoh. Boleh dibeli dengan token yang tak seberapa.

No comments: