Thursday, April 19, 2012

Sekular VS Islam


Ok n3 lepas saya kata nak cerita pasal orang yang kena serang, tapi kita cerita lain kali, atau kesel ajelah, tak payah cerita lah eh, kita cerita sembang/debat politik di pejabat.

Eh, ntahlah sapa mula dulu, saya tak perasan. Mungkin saya mula dulu kut, atau ntahlah seingat saya, dia tanya kenapa saya undi BN. Orang dah bagi tau, dia tetap nak kempen juga PR, kebetulan semalam saya ada baca pasal orang PAS tambang separuh claim penuh, saya ceritalah balik kat dia. Saya juga cerita pasal ada ustaz PAS yang saya kenal, dia juga kenal bikin perangai “membujur lalu, melintang patah” dalam bab-bab duit peruntukan kerajaan ini. Lagi ustaz, lagi expert, banyak pengalaman dan ALLAH sentiasa lindungi orang-orang solleh seperti mereka. Hah kalau terkantoi, marah-marah dan tuduh pihak yang mengantoikan mereka sebagai orang budak benci agama. Ke satu tahap dek marah sangat, menugut tak cium bau syurga pun pernah.

Ituka orangnya kita nak bagi kedudukan tinggi dalam Negara, dahlah tak ada basic background dalam finance & management, sombong pula tu, macam mana tu, kan. Dia adalah hujjah dia, hujjah biasa menyalahkan semua pada UMNO/BN. Dia Tanya GLBT sapa punya angkara? Kenapa itu, ini? Saya cakap balik, “saya secular, orang secular kata GLBT itu hak asasi manusia, kerajaan dah buat apa yang patut, namun tidaklah sampai kerajaan ada kuasa menentu orientasi seks dan selera individu yang tinggal di dalam Negara ini” ha ha ha. Macam siyal, bakau darah tak hujjah saya?

Saya  tak pernah kata secular perfect, memang semua mengakui, system secular ada pincangnya dan membiak budaya hedonis yang menghuru-harakan ummat. Namun saya juga percaya satu hari nanti Islam akan ganti secular, insyaallah, setakat ini Islam dah masuk politik, tapi masih tak menang-menang, kalu percaya pada janji tuhan, Islam akan mengantikan secular juga akhir. Saya sokong secular ka, saya sokong Islam ka, tiba masa Islam menang, Islam akan menang juga. Cuma buat masa sekarang, terutama PRU akan datang ini, saya sukar lihat Islam memang. Kalau PR menang pun, yang bakal menonjol bukan ustaz-ustaz PAS, tapi Mat Sabu dan kawan-kawan beliau. Mat Sabu, semua tau, asal beliau, belajar sekerat jalan di ITM.  ITM sana mana ada offer kursus pengajian Islam, kan.

Hah, itu dia. “Dan nanti bila ustaz ko yang haibat, berkebolehan menyelesai hutang Greece dalam masa 6 bulan, dapat menyatu dunia Timur dan barat dah muncul, hah apa maknanya satu undi aku pada parti yang ko kata perosak umat itu, kan”

Saya tak pasti yang saya menang, saya tak expect menang pun,  tapi saya tau saya menang, bila kawan saya tanya. “Dira Abu Zahar itu suka clubbing eh, apa cerita dia tu?” Saya  tunjukkan dia surat khabar lama yang ada cerita Dira. Saya cakap “ko baca sendiri, ko nilailah. Ini cerita lama, cerita minggu lepas dia minum klorox dan terpaksa dikejarkan kehospital kerana tak sedarkan diri tapi dia menafikannya bagai nak rak. Dia kata dia gestrik, dia appendix, dia stress”


No comments: