Aik, kangkung Laagiiii. Ya kangkung lagi, itulah yang saya
malas nak bertekad-tekad nih. Memang Kangkung nih, memang. Tak padan kangkung
tapi boleh bikin kita sangat marah. Kali ini saya marahkan gambar di bawah.
Gambar ini saya ambil dari blog ini |
Ya memang marahlah…Pasal dia, mau sahaja rasanya melayan
nafsu mencarut-carut, memaki-hamun, menyumpah-seranah dan lain-lain akan seluruh keturunan
bangsa nan satu itu. Mau saja tapi tak buat, pun sebab saya ini bangsa yang ada
tuhan, ada nabi petunjuk jalan yang sangat mulia, tinggi akal budi lagi terpuji
akhlaknya. Kerna sayangkan Nabi, lah saya mau mencontohi perangai baginda sebaik
mungkin. Guru saya meriwayatkan bahawa Tuhan dan Nabi saya tidak pernah
mencarut.
Pun rasa marah saya terhadap bangsa biadap ini bukanlah
pasal sikap biadap mereka. Saya sendiri pun kadang-kadang marah dan biadap
pabila saya rasakan saya perlu berbuat demikian.
So biadap bukan isunya, yang buat saya marah ialah pasal
kerakusan dan tipu-daya mereka. Bukan menjadi rahsia lagi yang harga barang di
Negara ini tidak terletak 100% kepada
mekanisma permintaan dan penawaran pasaran. Pasaran kita kotor. Tidak bersih.
Siapakan yang pengotor ini? Jawablah sendiri. Semua pun tahu, siapa mereka.
Cuma dulunya mereka ada segan dan silu, tapi hari ini sudah tidak lagi. Kita
semua sudah senang, kita semua sudah tamak, sudah pandai irihati. Jadi sudah
tidak rasa malu lagi untuk memasang angan, langsung mempamerkan dendam kesumat, kedengkian di hati yang
setelah sekian lama dipendam.
Orang yang marah-marah kata sepatutnya lelaki berkemeja
putih itu keluarkan idea macam mana nak tolong rakyat turunkah harga barang,
bukan menghina pemimpin lawan. Mereka juga dengarnya sudah berpakat nak
berkumpul di satu tempat mau mengajar lelaki yang sedang menyumbat kangkung itu
tentang adab. Satu perbuatan yang saya kira sangat sia-sia. Mengajar orang yang
sudah terlalu angkuh dan tidak boleh diajar lagi adalah perbuatan yang sia-sia
umpama mencurah air di daun keladi.
Satu aje yang boleh mengajar dia. Ketamakan dan kebiadapa manusia
lain. Penuhilah hajat Si TAMAK yang bertuhankan MATERI, nescaya bukan lelaki
itu sahaja, bahkan semua kita akan jadi sangat terpelajar. Pensyarah matematik
saya yang sebangsa dengan saya pernah kata “if human don’t want to learn the soft way, let them learn it
the hard way”
No comments:
Post a Comment