Saya memang malas nak tulis pasal benda yang orang banyak
tulis. Kangkung-kangkung ni memang pada mula memang malas nak tergedik sama
menulis walau dah siap beberapa pantun kunun untuk mengada-ngada dengan kawan FB.
Bila kangkung jadi sangat viral, saya batalkan niat untuk
membeli pantun tersebut. Dan saya sudah bertekad tak mau tulis, tak mau
terlibat, tak mau tersentuh dengan cerita kangkung ni. Tapi kangkung ni memanglah.
Memang berhantu dan hari ini tekad saya luntur dan saya menulis juga pasal kangkung.
Saya terjentik untuk menulis kerana pantun berikut yang kunun
didakwa ditulis oleh Prof Diraja Ungku Aziz:-
Pucuknya angkuh memanjat bukit
Tak sedar akar terbenam air parit
Rakyat mengeluh lelah dan sakit
Sedikit diberi banyak diungkit
Pucuknya angkuh memanjat bukit
Tak sedar akar di air parit
Bagaikan melepas anjing tersepit
Dah jadi pemimpin rakyat digigit
Sekali imbas pun kita akan kata no no no tak mungkin Ungku
Aziz menghasilkan pantun seteruk ini. Pantun ini rendah kualitinya dan kerendahan ini sudah
tentulah berpunca dari IQnya yang tidak setara dengan IQ seorang Professor. Waima Professor yang dibenci dan dilabel rakan taulan dan anak didik sendiri sebagai Professor kangkungpun mustahil akan menghasilkan pantun yang qualitinya sangat rendah.
Oklah malas nak komen lebih-lebih… nah, sekarang mari bandingkan
dengan pantun yang saya hasilkan. IQ saya kalau
tak setinggi IQ Professor tapi cukup tinggi untuk melayakkan saya belajar di
Sekolah Menengah berasrama Penuh.
Kalau tuan alergikan belacan
Bilis dan cili pun tak kurang molek
Berbudi tanpa, kasih dan ehsan
Itulah dia yang dinamakan BODEKoh pantun yang mengispirasikan pantun di atas adalah seperti berikut:-
Bila kangkung ada di longkang
Tanda petani kerjanya malas
Bila sanjung ditunggu datang
Tanda berbudi hati tak ikhlas
Apa guna menumis kangkung
Kalau tidak dengan belacan
Kalau berbudi harap disanjung
Itu kasihan bukan ehsan
Kalaulah tak bebal memilih baja
Kangkung pasti subur di laman
Kalau handal mengimbang harga
Semuakan puji, tuan budiman.
Lagi sekali banding-bandingkanlah pantun sangat popular yang kunun didakwa dihasilkan oleh Prof Diraja dengan pantun-pantun yang dihasilkan oleh bekas pelajar Sekolah Menengah Sains...jerrrrr! Kalau ada Sekolah Berasrama Penuh Sastera...hmmm , tentulah pantun-pantunnya akan lebih hebat lagi.
No comments:
Post a Comment