Wednesday, September 28, 2016

WTF (correction)

Ini adalah pembetulan dari n3 yang lalu, yang saya tulis secara sepintas lalu.

Kawan Facebook saya suruh komen pasal menteri yang saran pelajar ada lebih satu Ijazah....

Saya malas nak cakap.

Saya nak cerita pasal kawan saya, pergi KL dijanji gaji RM3,000.00 sebulan tapi pulang dengan tangan kosong. Si mulut manis yang berjanji itu kata dia orang Tok Pa Miti TPPA. Lalu kawan pun tinggalkan kampung halaman untuk mencuba untung di kota penuh pancaroba. Bila saya tahu akan hal ini, saya bilang not to worry about TPPA, supaya dia tidak bersedih hati kerana gagal dalam percubaannya untuk mendapatkan kerja bergaji lumayan. Saya juga mau dia tidak terlalu memikirkan pengalaman pahitnya di KL. Dia sempat ditolak-tolak, dibikin rasa seolah his job is not good enuf.

Bagi orang KL bikin orang lain rasa teruk, rasa macam tak cukup bagus mungkin sesuatu bakat yang besar lagi INDAH. What do u expect, kau mau kerja dengan Menteri TPPA,kan gaji RM3,000.00 sebulan. Nak begesel bahu dengan orang besar-besar. Kau perlu cukup kuat mental untuk menepis sebarang cakap-cakap keji percubaan psiko, provokasi, percubaan men"down-grade"kan harga diri insani, barulah kau boleh jadi budak MENTERI. Ini politik ala Malaysiana yang makanan rujinya ialah serang-menyerang-anjing-menganjing sesama sendiri. " Character Assassination is an essence of Malaysian politics, what? Macamlah kau tak tau-tau lagi.

psst pssttt....tapi sebona eh makcik tak taulah apa kije yang ditawarkan sampai RM3,000.00 tu. Makcik agak-agak jer kerja jadi budak MENTERI he he he heeee....., udah yang menawarkan mengaku kawan MENTERI, kalau bercakappun ala-ala MENTERI nak jadi ejen pembawa perubahan masyarakat,kan. Itu yang mak cik kompem dia nak kasi kerja dengan MENTERI tuh...

Saya mau dia lari dari kedukaan, dari rasa tidak cukup bagus itu dengan menyibukkan diri dengan perkara yang dia boleh capai dan sudah adapun dalam gengamannya, iaitu kawan-kawan yang memahami dan peminat-peminat yang menghargai dirinya. Kawan sekarang berada di tempat yang sangat berpotensi untuk berkembang. Dia berkerja dengan orang-orang berbakat dan saya cadang dia buka satu perniagaan milikan tunggal atas nama Gurunya sebagai "vehicle" untuk pergi ke Syarikat. Dia mungkin tidak cukup bagus untuk MENTERI MITI, tapi kawan saya sudah cukup bagus untuk Gurunya, kawan-kawannya dan juga peminat-peminat cilik yang berada di kampung halamannya. Satu hari nanti jika dia bersungguh-sungguh, saya tidak hairan yang dia boleh jadi lebih hebat budak-budak suruhan MENTERI MITI TPPA Tok Pa.

Tapi kawan ntahla benda senang dia ragu-ragu. Mungkin takut Gurunya yang garang itu tidak setuju. Atau dia sendiri tak cukup yakin dengan kebolehan dirinya sendiri setelah sessi stimulasi "buli" untuk masuk Team TPPA Tok Pa MITI. Dia kat uni study Art, bukan business. Dia tak yakin lagi tu, siapa-siapa pun boleh berniaga, asalkan rajin. Berniaga tak sama dengan ber"akaun" Nak draw-up account, yes kau perlu belajar perakaunan. Nak buat akaun perniagaan, kau boleh saja upah akauntan untuk kerja-kerja itu. Itu pun kalau bisness kau besar sangat. Kalau setakat milikan tunggal, akaun kau samalah macam akaun gaji kau bulan-bulan. Ada kau upah akauntan untuk balance,kan brapa gaji, berapa belanja kau tiap-tiap bulan?

Pada saya lagi, cara hadap TPPA hanya dengan keusahawanan. Keusahawan ini sesuatu yang boleh dipelajari dari pemerhatian, percakapan, perkongsian pengalaman, networking dengan usahawan yang telah sedia berjaya. Ilmu logika yang boleh difikir-fikir sendiri. Ndak perlula mau masuk universiti lagi pecah kepala barang 3, 4 tahun semata-mata nak dapat Ijazah ke dua dalam bidang perakaunan atau Pengurusan Perniagaan pula semata-mata nak berniaga/berjualan.  Itu fikir saya.

Ok...itu sajalah nak cakap.

No comments: