Tuesday, September 20, 2016

WALI KERAMAT

Sekarang ni scene politik kita bising pasal kematian orang alim tersohor negara yang “make his living out of air jampi and yet succumbed to hospital in the USA” to make thing worst dimakamkan di sana instead of Tanah Haram.

Hey perempuan gila kau tak takutka kena karma, mengata-ngata, menghina, mengguris perasaan si mati. Orang dah mati, biarlah Allah sahaja  yang mengadilinya. Kau tak takut ka nanti polis tangkap kau di bawah Penal Code Section 298? Hah!!!!…Semalam jer dah hada orang masuk TV kena tangkap tau pasal ini.

Hehehe blog ni bukan viral pun dan tak de orang kenal I pun. Yang dah mati, mati,lahkan. Benda buruk orang kata jangan cakap, cakap benda baik jer… ermm iyalah tu,kan. Sukahati oranglah nak kata apa pun. Mulut tempayan boleh tutup, mulut manusia boleh ditutup-tutup ka? Lagi kau mau  tutup dengan section 298, lagilah orang nak bercakap.

Nah, sekarang siapa yang bikin isu ini panas?, kan.

Ok….. Satu pesan saya ialah jangan percaya pada kepercayaan karut yang orang dah mati masih ada karma. Dia dah mati. Kalau berkarma juga meaning dari yang hiduplah,kan. But then again saya tak percaya ianya karma. Mungkin doa orang sakit hati, tertekan perasaan mereka dek provokasi  melampau ini. Doa ahli keluarga, pengikut, peminat, pemuja yang tension habis denggan sepatah-baris ayat yang dari YB yang engkau sendiri kata ntah-apa-apa-tah tu tapi kau ambil cakna sangat pasal statement dia yang tentunyalah ntah-apa-apa-jualah-tu, kan.

Dan satu lagi, saya nak cakap pasal wali keramat ni,

Allah tak akan mengangkat seseorang jadi walinya, dari kalangan kamu yang begitu-begitu sahaja. Dah, kalau jatuh bayang paria, ditubuh dia pun tak boleh, habis, disumpahnya kita jadi Anjing, baiklah tak payah ada karamah. Bahaya bagi karamah kat orang yang feeling-feeling Brahmin  macam tu. Habis semua sepesis manusia ini nanti bertukar jadi anjing. Cubalah kau bayangkan, kan, kita ni semua menyalak-nyalak…waf waf wafff wafffWan…. Wan Wan Wan Wan Wan….hehehe heheeeee opsss...

Pendeta bangsa Cina ada kata, sikit  lebih kuranglah. Saya bukanlah ada fotografik memori, pun. Pendeta berkata, “nak tengok teh tu bagus ke tidak, ko  rendam dia dulu dalam air panas”

Saya pun tak taulah teh bagus tu kalau rendam jadi apa. Pendapat saya, siok-siok sendiri saya ialah manusia yang layak diberi karamah ialah manusia yang tidak menghunus pedang karamahnya walau macam mana sakit, marah, pun orang dok bikin sama dia. Jadi dah ada pedang keramat bila nak pakai?


Jawaban kepada soalan itu ialah, simpan baik-baik. Bukan diguna untuk memuaskan ego dan hawa-nafsu sendiri. Kalau saya ada, which I don’t have. Kalau saya ada, saya akan buang, macam orang buang cincin dalam cerita Lord of the Ring itu. Nak buat hapa senjata bahaya tu, saya cuma ada ibu untuk dilindungi dan ibu saya tak perlu sumpah-seranah-karamah, sebab dia seorang yang disukai, tak punya musuh. Kalau sampai ajal beliau, tak akan ada orang nak bikin fitnah, ibu saya jadi kaya dengan membela hantu raya dan menjual-air-jampi. Insyaallah, beliau akan diingati sebagai ibu tunggal yang tabah dan pemurah.

No comments: