Wednesday, October 5, 2016

SAKINAH

Jom kita tilik balik gambar Bunga-bunga Pembangkang yang comel-comel ini.  Lepas tu baca tulisan kreatif saya yang lalu.

*
*
*
Nah amati pula gambar ini…….
 
Nape eh, saya rasa perempuan ni makin lama makin stylolah pula......
 Anda rasa ngeri? Iya anda patut rasa ngeri. Saya rasa ngeri? Sapalah yang tidak ngeri, bagaimanapun saya sudah menyediakan diri untuk menerima mereka 10 tahun lalu. Kini saya tak de rasa apa-apapun. Lantak engkaulahkan. Nabi dah pesan, manusia apabila makin jauh dari zaman baginda akan jadi makin teruk-makin teruk, sampailah terlampau amat teruknya sehingga Allah memerintahkan Israfil meniupkan sangka-kala. Dah nabi, dah cakap dah,kan, jadi apalah lagi, "Lakum-dinukum-waliyadin"lah.

Apa barang bersakit-sakitan, mau ubah itu ini, paksa-paksa Dara/Janda Emas kawen anak teruna Emas lepas grad, tapi susah nak dapat kije. Apa ko ingat mereka tu minat sangat nak main skrip romantik Siti Khadijah kawen dengan Rasullah ka? Lepas tu marah-marah mereka-mereka yang comel lagi stylo ini dalam media sosial, apa kelaz tooq? Cubalah kita pejam mata dan bayang kalau Nabilahkan, kalau baginda berhadapan dengan orang macam ini apa baginda bikin?

Marah-marah, apatahlagi mengeluarkan kata kesat bikin hati-nurani kau jadi sakit, terguris luka. Paksa orang kawen tapi orang tak-reti-reti-ndak-kawen-kawen lagilah kau sakit hati. Jika hati asyik sakit, takut nanti ia boleh menjejaskan kesihatan mental kita. Jadi pendek kata, cubalah belajar untuk redha bahawa zaman ini zaman mereka. 

No comments: