PUTER LiBeral
Sebenarnya bila Maddie cerita pasal Puter, dia cerita untuk suka-suka bergossip sahaja. ntahlah saya ini yang banyak masa lapang suka pula untuk tulis cerita pasal Puter. Saya suka sebab saya rasa Puter is just a girl... how can a girl boleh jadi sangat digeruni dan dimomoki sebagai ada power untuk rosakkan sebuah Negara. Puter Cara berfesyennya, cara dia semua
memang mengejutkanlah. Rasa mau marah? Ntahla, saya tak tau Maddie macam mana
tapi saya, saya, saya sejujurnya mula-mula saya macam rasa jengkel juga, lepas-lepas-lepas saya faham adat peraturan budaya hidup dalam alam maya saya dah tak kisah pun. Dalam sini kita semua artis. Artis pop, artis tak pop. artis tak laku. Yang tak laku itu saya,lah tu... bukan tak laku, belum ada rezki untuk laku-laku lagi. Bila dah ada sebuah kehidupan di sini, tak ada pula saya rasa takut pun pada Puter. Tersikit-sikit kagum pun ada, orang dok balun dia macam-macam dia steady, bahkan jadi makin menjadi-jadi pula saya tengok dia ni.
Orang yang mengutuk dia ni pula jadi hangin dan meroyan lebih-lebihlah pula. Dia tunjuk jari tengah, rakyat maya ntah dari Semanggol ka tak Semanggol, tunjuk pungkok, tunjuk susu pun ada. Yang menunjuk-nunjuk tu ada yang kerja bagus-bagus. Intelek-intelek belaka. Tapi bukan susu dan pungkok dia yang ditunjuk, susu lembu, pungkuk anjing kucing segala bagai binatangle.... hehehe takkan nak tunjuk barang aurat sendirilah pula. Puter itu peguam, yang melawan pun kenalah kaki-kaki gitu juga. Yang biasa-biasa, ntah kenal, ntah tidak si Puter ini. Remaja dan belia yang seusia saya apa kami apa kisah? Tak kisah pun. Saya ini sekadar memerhati saja. Perhatilah... eh kuatnya minah ni, tak takut dia, nie. Kalau saya, dah masuk masuk bawah ketiak mak atau selimut tak keluar-keluar dah.

Yang
intelek sebaya makcik-makcik, pakcik-pakcik aka "kumpulan geng marhaban elit" ini yang
sibuk bising-bising, seram-seram, geli-geli ini. Makcik-pakcik yang rasa dia boleh menghalang dunia dari berubah dengan memekak di alam maya. Tak padahal mak-cik pak-cik ni, budak-budak poyo, debab ulat buku tak ada couple macam saya je yang rajin follow dan bikin sikit-sikit "intipan" terhadap mereka. Sikit-sikit jer. Tengok berapa umur dia, apa pekerjaan, dia, pasangan dia. Intip gitu-gitu saje. Kalau saya ada couple, baik saya ajak dia pergi tengok wayang, pergi dating bla bla bla dari baca maki-hamun pakcik-makcik dalam internet. Kumpulan makcik-pakcik liberal itu pun bukan orang lain pun pada asalnya. kengkawan setajaan kerajaan Semanggol Lonjong juga itu. Pelajar pintar yang ditaja di Negara Atas Angin dan kini pulang ada yang dah pencen ada yang masih berkhidmat dan pegang jawatan tinggi di sektor awam, pertahanan Negara, mau pun komersial Negara Semanggol Lonjong. Sama-sama belajar, sama-sama pover... Makcik Pakcik Marhaban tak suka Makcik Pakcik tak sedar diri kaki tonggang kaki tuuutttt... deme yang baik juruz kunun katanya dah gagal bawa Pakcik Makcik liberal ke jalan yang lurus, kita pula yang muda-mudi ni kena momok ada pempuan gemuk rambut silver nak pedajalkan anak-cucu mereka. pergh.
Eh Puter dah tua macam Pakcik-Makcik Marhaban ka? Tak Puter sebaya saya dan Maddie. Puter Muda lagi. Puter dituduh sebagai pupet kepada Pakcik-Makcik Liberal pendukung gaya hidup bebas, Lesbian, Gay, Bisexual & Transsexual (LGBT)....atau bahasa Anjingnya pendukung kaum Nabi Luth, Teluk Sodom. Iya ka? Ntah. Secara logika, Puter muda lagi, dia ranggi, ada masa ka nak layan orang tua lelaki pempuan yang dah pencen-pencen belaka tu? Orang tua pencen itu pula. ada masa ka nak kehulu-kilir, cucuk orang muda-muda ni dokong agenda mereka? Tak logik tak logik tak logik....

Macam-macam gossip pasal golongan liberal ini. Perihal gaya
hidup, sampai macam-macamlah,kan. Semua tak sealiran dengan kehidupan
kerohanian yang dijunjung tinggi oleh nenek moyang Semanggol Lonjong. Hedonista
katanyalah. Ntah…. Malas nak tulis di sini sebab kalau ditulis cerita ini akan
jadi buku semi-porno, cerita lucah/cabul
pula nantinya. Terlalu banyak pekara 18sx yang diceritakan. Sebut saja liberal,
cerita 18SX, pesta hiburan, minuman keras, parti orgy, mesti menyusul selepas itu.
Dan yang paling membimbangkan katanya, lagi, Puter telah ditabal
sebagai Ratu pejuang penindasan golongan orang Asli Semanggol Lonjong. Ada
penindasan di Negara tersebut ka? Tak tahulah saya sebab saya bukan rakyat
Negara itu. Dengar-dengar, bukan orang Asli saja yang tertindas, yang tak Asli
pun sama merintih. Katanyalah. Pemerintah Negara tersebut banyak kaya-raya dan
biarkan rakyat kasi-pagi-makan-pagi. Kais-petang-makan-petang. Graduan keluar
pusat pendidikan tinggi ramai tak dapat kerja dan disaran belajar lagi, dan
lagi dan lagi, sampai habis tertinggi yang terbaik, dan kalau dah habis tinggi,
disuruh ambil bidang yang lain pula. Katanya.
Betulka peluang pekerjaan semakin sempit, tidak kuasalah
saya mencari kebenarannya. Saya cuma
lebih berminat dengan emosi pembenci-pembenci. Takut benar mereka dengan Puter
Tanjung. Melihat Puter macam melihat hantu raya atau polong. Sampai perlukah
bersakit kita mau panggil Bomoh handal untuk doa-celakakan dia? Begitu-begitulah
ceritanya.
Tapi sampai hari ini nampak Puter makin lama makin sihat dan
rupa-paras-nya makin lama makin berseri. Gembira nampaknya si Puter ini. Orang
yang memaki hamun? Ntah. Iyalah ketuanya sudah mati, diganti ketua baru yang
tidak percaya pula pada doa-celaka-laknat-tulah-ketulahan ini. Hai memang
masaklah geng karma-tulah-doa-celaka ini. Dengar cerita ada yang turun naik
bukit, gunung ganang-selam laut dalam nak cari keramat puteri bunian untuk
powerkan kuasa ketulahan-mereka. Katanyalah…. Wallauhaallam.
Tapi sehingga cerita ini ditulis, masih tak nampak Puter
akan kegeringan atau akan mati tak lama lagi… tapi kita tunggulah kemunculan
Majlis Mulut Lancang, jadi ke tidak Majlisnya. Setakat ini belum lagi, sebab
tiada siapa pun berminat dengan Majlis ini. Maddie yang dikata boleh tahan
lancang, menolak bila dia ditawarkan menjadi Ahli Majlis. Dia macam yang saya
cerita sebelum ini nak jadi terkenal seperti Cikgu
Bedah. Dia tak nak jadi macam arwah bomoh utama.
Padahal Arwah bukanlah orang lain pun dengan dia. Arwah itu
pakciknya. Nak dikata, Maddie memang dari kecil rapat dengan Arwah, hampir
semua mentera Arwah ada pada Maddie. Saya pernah menanyakan pada dia kenapa dia
tak berminat dengan bisness jampi-jampi-doa-celaka? Maddie bilang dia pernah delirium juga macam saya.
Tapi ini dirahsiakan dari pengetahuan umum.
Seperti saya yang delirium kerana sasau-sesat, ketakutan berjalan di gurun
terlalu lama, Maddie jadi begitu sedang dia menghafal mentara berat milik
pamannya. Sampai kini dia cuma simpan mentera itu elok-elok. Dia tidak berani
mengamalkannya. Waima menulis kaligrafi pun Maddie tak mahu, walau dia lebih
pandai berkaligrafi.
Kata dia pada satu hari “darah aku ini darah panas. Biarlah aku sejukkan darah aku dengan berdekat-dekat dengan air, sungai, laut dan pantai, dengan ilmu pengurusan emosi Negara Atas Angin.... kena tiup angin sejuklah aku.”

Saya tanya “sapa yang cakap begitu? Arwah ka?”
Jawab dia “tak, aku rasa sendiri”
Pilihan sendiri-sendirilah….Family Maddie pun tak kisah.
Orang besar Semanggol Lonjong pun tak kisah, sebab Maddie itu perempuan.
Perempuan mereka tak kisah, lagipun perempuan memang tak layak melanyak bedil
orang macam Puter Tanjung dengan bedilan caci-cerca-doa-laknat-pedih. Lagi pula
jawatan yang dicadang cumalah ahli majlis, tukang simpan skrol, ala-ala macam
perpustawan aje peranannya. Jika majlis berjaya dibangunkan nanti, memang dah
ada ramai calon yang berebut-rebut bertapis-tapis pun maukan jawatan itu. Tapi
hingga kini Majlis masih tak berjalan, kerana dengarnya Teruna Lancang enggan
menerima tawaran Kerajaan Semanggol Lonjong. Ada seorang lagi yang dah tak
teruna, yang dulu masa belajar-belajar akrab dengan Teruna… dia pun boleh tahan
lancang, bahkan sangat-sangat lancangnya, sampai ramai yang terduduk dengan
kelancangan dia. Tapi sayang seribu-kali-sayang dia simpati dengan Puter pulok dooohhhh….
Ayoooo ayoooo…. Susahlah kalau dah macam ini Hah. Kalau cucu-cicit-Pakcik-Makcik-Marhaban esok, ada yang terjebak jadi pemain industri hiburan dewasa, habislah, habisla. Ini semua kerja tangan-tangan ghaib yang membantu Puter.

No comments:
Post a Comment