Saturday, October 22, 2016

OKTOBER

Saya tahu pasal Oktober ialah bulan kesedaran Mental pun dari siaran radio ntah radio apa tah saya tak tahu. Jujur, walau saya mendengarnya semasa memandu pulang ke rumah dari ofis, dan kereta itu kereta saya, siaran radionya adik sepupu saya yang set.

Kebetulan masa itu saya baru pergi bengkel Art Kufi, hah saya cakap dalam hati, peluang ni nak mengendeng memasarkan art saya. Lalu saya pun bulatkan hati pergi event ini semalam. Wah memang berbaloi-baloi, bukan saja mereka kata saya boleh hantar karya saya ke hospital tempat saya mendapatkan rawatan, tapi saya juga boleh kalau berminat untuk jadi caregivers di Malaysian Mental Health Association. Nantila kita cerita pasal kerja sukarelawan ini, sekarang tengok sajalah karya-karya pesakit mental yang sempat saya rakam. Ala, kamera hp je. Yang mengambilnya pula bukan pandai tangkap gambar, pun. Kalau tak cantik sorila ya.

Bagi anda yang belum ke Pameran ni, masih ada masa lagi untuk berbuat demikian. Pameran yang diadakan di Galeri Seni Universiti Malaya ini hanya akan berakhir pada 30 Oktober nanti. Datanglah beramai-ramai. Tunjukkan sokongan anda.

Kelompok lukisan yang dihasilkan oleh pengidap schizophrenia

Ini pula kebanyakkannya kanak-kanak yang mengidap Autism

Ni pula ntah.... tak de label

Ini luahan pesakit yang bercerita dalam fasa kehidupannya dia mengalami situasi yang "semuanya all-gone" kereta, rumah, harta, semua-semua hilang begitu sekelip mata.

ni yang paling saya suka. Agaknya terlampau suka, muka sendiri pun masuk sama. 

Ni comel,kan. Memang budak pun yang lukis.

No comments: