Sebagai seorang bermulut puaka/lancang/longkang, saya
menarik mulut-mulut longkang yang lain. Eh dulu kata geng mulut longkang ini
tak ramai. Iya memang tak ramai. Sebenarnya boleh tahan ramai, tapi kami
sentiasa diasuh agar tidak melongkang. Terutamanya yang berjantina perempuan
seperti saya. Keluarga saya menganggap mulut longkang ini satu penyakit dan
berusaha bersungguh-sungguh merawatnya.
Ada saudara kata dalam mulut saya ada sejenis kulat yang
bikin mulut berbunyi longkang. Jadi bukan saya yang melongkang tapi kulat itu.
Katanyalah. Mak tidak suka idea itu. Katanya memang saya begitu dan kata Mak
lagi “jangan kau suka salahkan kulat. Kalau kau telah mengguris hati orang
dengan lisanmu, sila minta maaf, jangan mengada-ngada tuduh-tuduh ada kulat dalam
mulut”
Saya sangat benci kerana asyik kena minta maaf sahaja.
Sudahnya saya bertukar jadi pendiam. Dululah. Hari ini saya tidaklah sependiam
dahulu. Sebab mak yang menyedari kesenyapan saya telah mengupah guru mengajar
saya bercakap perkara-perkara manis agar saya tidak bertukar jadi kera sumbang.
Saya diajar banyak benda… dan satu benda yang bikin saya tidak melongkang ialah
bila saya sudah pandai “put-and-re putting things into different perspective”
orang kita cakap “cubalah kau masukkan diri kau dalam kasut aku ini”
Semua anak longkang pergi berguru dengan cikgu masuk kasut
lain-lain ini. Namanya cikgu Zubaidah. Dalam kelas anak longkang kami belajar
berlakun. Berlakun pelbagai watak supaya kami boleh masuk dalam banyak kasut.
Satu watak yang dah bikin ramai orang tersentap-sentap ialah watak Puter Tanjung, walau pun Puter bukanlah ikon negara kita pun, sentap-sentapnya boleh dengar sampai ke mari. Dia wirawati, serikandi Liberal Negara Semanggol Lonjong yang kontroversi bagi orang-orang kaki ulat buku, kaki minat perhati politik daerah bawah sini. Bagi kaki-kaki peminat pop, mereka agak kurang benda-benda macam ini. Cikgu Bedah kata, kenapa Puter jadi macam itu? Kenapa Puter membantah
undang-undang kitab Suci? Saya kena bikin satu Essei kecil untuk memahami
Puter. Saya google di internet. Puter kata Undang-undang kitab suci yang mahu
diperkenalkan kini bukan undang-undang Suci. Ianya adalah samaran undang-undang
buatan manusia. Kata Puter. Hah itu sebab dia lawan. Betulka samaran. Mujur
Cikgu Bedah tak komen macam itu. Cikgu cuma suruh saya cari sebab kenapa Puter
melawan phueeiii lega rasanya.
Sapa-sapa, yang bikin saya marah, saya kena kaji mereka,
supaya saya faham kenapa mereka buat perangai yang bikin kita marah, bila saya
sudah faham, saya tidak rasa tersinggung, lalu saya sudah tidak marah. Kata
kunci yang Cikgu Bedah bagi untuk tugasan ini
ialah “seek to understand” Bila saya tidak marah mulut saya pun tidaklah
lagi berbunyi longkang. Bukan saya sorang
dalam kelas Cikgu Bedah, ada ramai. Ada doctor, Engineer, kebanyakkannya dari
kerjaya Sales dan Marketinglah. Pramugari pun ada. Macam-macam. Semua kerjaya
menuntut kita senyum selalu. Kalau marah sapa mau dekat, kalau tak ada orang
nak dekat, manalah barang kita nak laku,kan. Itulah cerita kami. Sebab kami ini
asas ekonominya sudah bertukar dari Negara Pembuatan kepada Negara berasas
Perkhidmatan, semua dah tak boleh marah-marah.
Sebelum asas Ekonomi pembuatan, asas ekonomi kita ialah
pertanian. Hah kau bertani, kau bela lembu-kerbau-kambing-ayam-itik-ikan… kau
bermulut longkang dengan binatang tu semua, binatang tak pandai komplen. Begitu
juga masa mak saya ekonomi pembuatan, dia dulu kerja kilang. Nak
marah-nak-maki-mesin-kilang makilah kau. Saya pernah kerja kilang,sekejap kerja
dengan mesin. Mesin apa ada. Gitulah dia. Gilalah kalau kau nak marah mesin.
Keculilah mesin buat hal. Itupun jarang-jarang. Sebab juruteknik cepat datang
baiki jika ada masalah. Tapi bila Negara
tukar asas ekonomi kepada perdagangan dan perkhidmatan, kita berhadapan dengan
manusia yang macam-macam kerenah mereka memang kena senyum selalu, tak boleh
marah-marah. Orang seperti Cikgu Bedah memberi bantuan bagi mereka yang ada
masalah emosi, marah-marah. Mereka membuka bengkel. Macam-macam bengkel
pengurusan emosi, pengurusan stress dan sebegainya bagi membantu Rakyat hidup
sejahtera.
Dalam kelas cikgu Bedahlah saya berkenalan dengan Maddie kawan saya dari Semanggol Lonjong itu.
Kami jadi kawan baik. Dia yang berceritakan cerita-cerita mengarut ini pada saya. Maddie
pelajar sarjana, aktivis sosial yang berminat dengan psikologi pengurusan stress. Dia menyimpan cita-cita menjadi sebagus cikgu Bedah. Dia pun ada
sedikit masalah mulut longkang. Dia ke sini untuk mencantikkan mulutnya sebab
mau laluan kerjaya tidak terganggu dengan kelongkangan mulutnya. Kata Maddie
kini pendidik, guru, pensyarah tidak boleh marah-marah lagi. Sudah ada guru
yang disaman pelajar dan macam-macam
hal. Saya dengar dan angguk-angguk saja.
Saya juga mengikut Maddie pulang ke Semanggol Lonjong
untuk mendalami ilmu kaligrafi kitab suci mereka. Untuk menulis kaligrafi saya
perlu menjalani sessi ritual kerohanian yang agak ketat. Namun saya rasa
gembira. Lama juga saya tinggal di sana. Hidup tidak menyumpah-seranah memang
seronok. Ritual kaligrafi juga menyeronokkan. Cuma saya sedikit pening kepala
ini bila hasil kaligrafi saya semakin memenuhi ruang bilik saya yang sempit
ini.
No comments:
Post a Comment