Showing posts with label nopen. Show all posts
Showing posts with label nopen. Show all posts

Monday, January 7, 2019

NOPEN 11

Dulu, masa saya feeling-feeling retis, saya ada menulis nopen. Sampai Nopen 10, saya tamatkan. Tapi saya lebih suka angka ganjil. Juga Nopen sepuluh closure yang macam tak jelas. jadi saya tulis cuma mantapkan sedikit closurenya:-


CINTA dan JODOH

Perkara yang paling saya benci ialah terpaksa melukakan hati seseorang, dengan berkata benar. Saya tahu sepatah perkataan tidak yang jadi jawaban kepada soalannya tadi akan mengguris hati dia. Tapi saya tak mampu berbohong dan perlahan-lahan saya jawab

“tidak”

Yurpt seperti yang saya jangka bukan mengguris sahaja, tapi dia histerical, berkata yang ntah saya tak dengar sebab di balik penutup kepala ini sudah ada ear phone. Saya on saja lagu kegemaran saya sebaik dia buka mulut….

Sedar-sedar dia sudah memegang bahu  saya dan cepat saya off kan lagu dan dengar dia bercakap dalam nada yang rendah, tapi mengancam:

“answer me!”

“Answer what? Come again?”

“anak-anak kau besok macam mana?”

“macam mana, apa?”

“Agama apa mereka?”

“Ikut suka merekalah. Eh janganla kau tak tahu adat di sini. Berlainan agama tidak menghalang seseorang itu dari hidup sebagai pasangan suami isteri dan berkeluarga”

Lalu dia angkat kedua tangannya dan berkata

“saya tak sepatutnya histerical terhadap kamu. Saya minta maaf”

Dia minta diri untuk ke ladies. Lepas itu kami pergi jalan-jalan, shopping sikit-sikit, beli pakaian baru sikit, apa-apalah barang penjagaan diri perempuan yang patut-patut.

Pun begitu setelah seminggu saya bernikah, ikut cara adat keluarga saya setelah mendaftarkan pernikahan di Jabatan Pendaftaran, saya tanya juga encik suami. Ada tak kawan saya datang marah-marah pasal perkahwinan ini?

Suami jawab tidak ada.

Syukurlah… itu tanda Maddie memang sudah betul-betul sembuh dan dapat menghayati ayat besar dari scroll besar yang mereka imani sebagai kalam TUHAN dari langit yang mengatakan

Untukmu Agamamu, Untukku Agamaku.



----SEKIAN, TAMAT----


Sunday, February 12, 2017

NOPEN 10

KEMPEN AI, MENTAL, AI OK

Di Semanggol Lonjong cerita penobatan pengganti Tok Tua Amal dah tak ada lagi. Kata nak bikin Majlis gilang-gemilang menyambut pengganti Tok Pun tak ada. Orang yang diharap-harap nak mengganti,  dah lari ke Siberia. Katanya kena sihir Dajjal, dia tak boleh tinggal di rumahnya, asyik nampak bayangan arwah kekasihnya sahaja. Dia mengembara, sampai di Seberia dia jumpa perempuan persis kekasihnya, lalu mereka berkahwin dan duduk senyap, tak senyap juga tapi aktif dalam mengupdate status FB. Orang kata dia tunjuk kat family dia yang dia ok-ok-aje bahkan lebih bahagia walau tolak tawaran Majlis Rumah Agam. Dia masuk dalam FB senang, mak ayah, nenek, wanchu, anak-murid, bekas anak murid, segala sedara-mara semua tau perkembangan dia. Sebelum itu teruk juga dia kena "balun" sebab melarikan diri. Ada juga yang celupar mulut kata dia akan kena tulah sebab tolak tawaran rumah Agam. Jadi dia nak tunjuklah yang rumah Agam tak ada Tulah, apa kebendanya,pun.

Yang paling teruk kena, bini dialah sapa lagi. Kunun Minion, orang suruhan Dajjallah, macam-macam. Dalam update-update gambar bahagia mereka, mula-mula tu banyak juga komen-komen negetif marah-marah bininya. Mereka menjerit Pulangkan-pulangkan-pulangkan. Tapi pengantin baru itu buat "stone". Hari-hari dia update pemandangan cantik-cantik, gambar makanan, masakan tradisi, gambar busana tradisi Negara bininya dalam FB. Orang nak meroyan-meroyanlah,kan, orang meroyan, sedara, kawan-kawan, anak murid like. Saya pun sesekali like juga bila ada gambar makanan yang sedap-sedap. dan pemandangan yang cantik-cantik. Dia istiqamah update satu update sehari, paling lama tak update, seminggu, seminggu lebih sikit.

Satu hari mereka tunjuk pose swafoto mereka bertiga dengan Beruang Madu skali, orang pun terus terkejut. Hah perempuan ini bukan calang-calang perempuan, Beruang pun dia boleh tawan. Semua takut nak meroyan. Senyap dalam 1, 2 bulan jer.  Lepas tu dia tunjuk baby bumb bini dia.... wah meroyan balik dengan doa-doa celaka agar dapat anak mata-satu dok kat tengah-tengah dahi. Wah nak dekat 3 bulan jugalah mereka meratibkan agar budak mata satu cepat keluar dari celah kengkang bini kawan tu. Bapak budak update gambar budak comel dengan caption "tak cukup bulan, tapi both baby dan ibu selamat" Saja agaknya tunjuk gambar bayi telanjang bulat untuk membuktikan bayi yang lahir hanya ada satu kemaluan sahaja. Hapa lagi meroyan lagilah warga-on-line-Semanggol, siap kata penipu, itula inilah sehingga ada yang  mencabar agar tunjuk bidio kelengkang bininya yang tengah meneran budak keluar. Ketua Rumah Agam terpaksa campur tangan dan minta maaf bagi pihak, hah lepas tu barulah royanan berhenti terus. Sekarang ni cuma puji-puji dan ucapan tahniah dari sahabat handai dan keluarga.

Maka sudah diterimalah ketentuan tak bole doa celaka sesuka hati pada sesiapa walau pada musuh. Untuk musuh pula, Ketua Rumah Agam bawa kitab lama dan highlightkan mentera doa sejahtera, doa lembut hati. Kempen-kempen doa cinta lembut hati pun dilancarkan. Ini bagi mengambil keberkatan Nabi doa lembut hati buat Omar, musuh nabi satu masa dulu, sampai jadi Omarlah orang yang paling gagah perkasa membela dan melindungi Nabi. Tak lama lepas tu satu produk doa baru jadi viral. Namanya Doa di Awan Biru. Upah baca doa lebih tinggi dari gaji pilot bawa kapal terbang yang hari-hari rentas awan biru tu, tau!. Semua orang happy? Tak de maknanya. Yang meroyan tetap meroyan juga. Negara Semanggol Lonjong ini penduduknya memang perihatin dan menunjukkan keperihatinannya dengan meroyan-royan. Agaknya nama Negara ini patut ditukar sebagai Darul ArRoyyannslah,kan.

Belum habis kempen doa cinta-kawan-cinta-musuh-doa-rakan-taulan-sedara-mara atas Awan, timbul kempen ala-ala cinta juga, iaitu cinta pesakit mental. Namanya sekerat Melayu-sekerat-omputeh---Hipster katanya. Apa ke nama kempennya, tu mak? Hah! Kempen 'to end stigma' pada penyakit mental. Alah ini zaman cyber,kan nak buat kempen senang aje, tinggal ada sambutan atau tidak aje. Kalau dah 25% rakyat mental, hah tentula dapat sambutan. Yang sakit tu pula anak, bini orang kekaya, ada duit segala bagai, hai, menjadi jer. Tak bule nak nafilah ini zaman, zaman duit.

Pemimpin Parti Lawan, cepat jer amik peluang. Pemimpin Pemerintah, sunyi sepi. Ada beraniii???? Tetiba saya teringat cakap-cakap orang kampung kunun PM Semanggol Lonjong sekarang tinggalkan bini tuanya sebab post natal disorder. Hari ini orang kampung kata, padan muka PM bini yang ini lagi gila. Tulah dapat bini lagi besar gila sebab inaya orang tak bersalah.

Itu cakap orang kampung. ntah betul ka tidak tak tahulah. Orang kampung percaya bini PM sekarang bunuh gundik PM dengan bom tangan sampai pecah berkecai badan wanita tersebut. Itu kerja orang gila. Dia boleh saja tembak, cekik, atau bagi racun, tapi dia nak wanita itu pecah berkecai sebagaimana pecah seribunya hati dia agaknya. Orang gila aje yang buat kerja macam itu.

Cerita si Maddie pula, dia sudah gembira. Selain mengkhabarkan saya yang dia sudah ada kerja tetap, dengan membelanja saya makan sempena sambutan hari lahirnya, dia juga cakap sudah ada publisher berkenankan novel kreatif tulisan dia. Dia juga ada bikin blog. Trafic blognya sangat tinggi. Dia ada fan pagenya dan peminat-peminat dia tak sabar menanti novel sulungnya keluar. Maddie ni dari dia duduk rumah Agam lagi,kan hari tu saya dah cerita dia ramai peminat.

Bos dia yang banyak cekadak tu? Bakul sampahkan ajelah. Ada, pun serupa tak ada. janji dia tak busy body nak tau apa aktiviti Maddie lepas waktu berkerja dan baik dalam bagi tips serta komisyen. Gaji tetap tu toksah nak cakap. Memang tak kalah dia bayar dengan gaji pasaran. Memang bos dia tak lokeklah. Gasakla dia nak mencarut,ka memaki-maki, ka, yang penting duit masyuuuukkkkk. Maddie kata setiap kali dia nak menangis sebab kena maki, dia bayangkan komisyen yang dia akan terima kalau lukisan bosnya berjaya dijual. Maddie ada cakap "aku rasa, budak tu bayar dosa dia mencarutkan aku dengan bagi tips" Well, who cares?kheen. Kau dewa Sakti Cinta dalam Drama Petang-petang boleh ubah orang murung jadi ceria, kaki rasuah bertukar kaki penderma, kaki cinta hedonista, bertukar jadi kaki cinta masjid dengan cinta-suci-luhur-kau, ka? Well Maddie sudah cukup "kena basuh" yang dia tiada kuasa ubah perangai orang jadi wali-wali harapan dunia.

Granny cakap "buat apa orang tu, well behave sebab dia tertawan dengan kecantikan kau, keberanian kau melawan budak-budak perempuan gemuk itu, tapi sebenarnya balik belakang derang tetap curi-curi buat maksiat, salur sumbangan tetap pada gerakan budak gemuk?"

Opah macam biasa salah sorang akan tambah garam dan cuka pada luka Maddie dengan menambah
"lebih baik orang yang tunjuk true colour dari orang yang bermuka-muka, musang berbulu ayam, depan kau semua baik, blakang kau---let-go-party--joget--bueh-joget---lambak, melambak segala bagai?"

Tetiba ketika baring-baring di rumah Maddie, sebelum pulang ke ladang saya, Maddie tanya, kau percaya,ka manusia boleh berubah jadi positif sebab cinta? Saya angkat kening, Saya, ntah? tak tahu, dan tak pernah fikir. Saya jawab sepatah "ntah" Lepas itu saya sambung "boleh kut, mestilah boleh,kan sebab cinta dibalas cinta. maksud aku kalau kau cinta dan sayangkan bos engkau, bos engkau akan sayang kau balik, dengan cara bagi kau tips lebih. tapi nama dia nak bertukar jadi macam hero poyo kau macam dalam drama '7 hari mencintaimu', aku nasihatkan kau, baik kau berhenti beranganlah, Kau pergilah cari lelaki macam si Annan tu.hehehe. tapi kau jangan kacau Annan tau, dia sudah bertunang dan akan kawen hujung tahun ini"

Tika ini saya tengah baring-baring dengan Bobo...dan anak-anak dia. Ada dua ekor, Mini dan Nini Kesian Bobo bini dia tinggalkannya untuk bersama jantan lain. Ntah tak taula apa salah si Bobo tu. Agaknya terlalu pandai meniru manusia, dah rupa tak serupa hanjing dah, bini pun lari ikut jantan lain yang betul-betul anjing

Saya juga terfikir sejenak pasal si Maddie, tetiba aje. Saya terfikir, ka dia rasa dia boleh ubah bos dia dengan cinta? Saya ketawa seorang diri. Saya teringat aunty Gaia yang cantik dan lemah gemalai itu. Cinta? Cinta tak boleh ubah uncle jadi hero “7 hari mencintaimu”. Akhirnya dia lari bersama lelaki yang memiliki ciri-ciri “7 hari mencintaimu”.  Hingga kini kami tak tahu ke mana dia pergi. Eh takkanlah tak tahu? Tahu, cuma tak mahu ambil tahu, sahaja. Dia sudah membuang kami kerana cintanya, jadi antara kami sudah tidak ada hubungan lagi.


Tuesday, January 17, 2017

NOPEN 9

LELUHURIAH

“Kau dah tak tinggal lagi dengan Granny?”Soal saya bila kereta yang dipandu Maddie terus meluncur dari tempat Granny. Dia terus memandu tenang dan jawab sepatah

“Tak” 

Setelah lebih enam bulan tidak bertemu tiba-tiba Maddie call dan ajak saya ke tempatnya. Beriya-iya dia mengajak. Dia mau saya hadir sama untuk hari jadinya pada tahun yang dia kata sangat istimewa ini. Tahun dimana dia sudah bekerja tetap, simpan duit dalam akaun bank bukan dalam tabung lagi. owh betapa baik hatinya dia, siap dibelikan tiket penerbangan pergi dan balik untuk saya. Sungguh terharu saya, walau saya sebenarnya malas nak turun sebab BOBo sudah ada girlfriend dan girlfriendnya sedang sarat mengandung. Maddie cuma minta 3 hari dan dalam masa tiga hari itu saya berdoa yang girlfriend si Bobo tidaklah beranak, agar saya dapat tengok dia "in labour".

“So, apa pandangan kau dengan tempat aku ni?” Tanya dia bila sesampainya saya di Apartmennya.

Saya melawak dan tanya

"eh aku nak tidur kat mana ni?"

"kau ambil bilik dan biar saya tidur di sofa sahaja, Sofa ni convertable to bed tau" jelasnya

Saya senyum saja dan angguk-angguk. Cantik. Kemas dan teratur. Lebih besar dari Studio Apartment yang pernah saya huni semasa berkerja di Ibukota dulu. Berbiliklah pula tu. hmm kalau di Negara saya... studio, studiolah, cuma ada kitchenette kecil, bilik mandi dan tandas.Tempat pun boleh tahan “desa”, bukan macam tempat saya dulu, yang hah! Tuuuudia memang kawasan komersial Bandar. Turun lif, jalan sikit sudah sampai ofis tempat saya bekerja.

Tempat Maddie ini sangat unik. Desa di pinggiran Bandar? Ntahlah saya bukan pandai konsep-konsep Bandar dan perancang Bandar ini,kan.  Tapi memang sunyi, banyak pokok, relax betul. Tiba-tiba keluar dari Bandar besar dalam 10 minit memandu gitu, kau sudah jumpa kawasan yang spara mini hutan rekreasi dan di dalam sana ada penempatan yang spara mewah.

“Ini hadiah dari Granny dan Nenek untuk 100 hari aku bertahan kerja dengan mamat POYO tu. Seriously derang memang skeptical aku boleh tahan kerja dengannya. Dengan perangai aku type B yang well korang-korang kutuk-kutuk aku pemalas tapi kuat berangan tuutuuututuuuu. Dengan dia yang Duta Perfectionista itu…. Huru hara juga mulanya”

Kami tergelak aje. Teringat kisah gaduh-gaduh kami tikapercutian yang lalu. Kuat brangan tu, sapa yang bagi? Saya? No no no no no….. Nenek yang bagi. Nenek kata budak Rumah Agam kadang-kadang sikit terbawa-bawa dengan kisah wali-wali. Wali Mariam yang tuhan turunkan makanan direct dari langit ke tempat ibadatnya. Wali Iskandar yang bawa kemakmuran dengan armada tentera yang hebat. Nenek kata Mariam dan Iskandar keturunan suci, sedangkan, Nenek dan Granny asal-usul ibu ayah mereka biasa-biasa saja. Keluarga peneroka tajaan kerajaan.

Nenek moyang mereka pula berkerja sebagai petani dan nelayan. Mereka dapat maju dalam kehidupan sebab pelajaran. Ayah dan Ibu mereka sangat mengambil berat tentang pendidikan sehingga mereka berjaya dapat biasiswa dan melanjutkan pengajian di Negara Atas Angin yang popular itu. Nenek, Granny dan Atuk sekampung sebenarnya. Cuma Granny up sikit, Lord sikit. Ayahnya merupakan seorang guru dan Mamanya kerja jual jamu merangkap mak andam kampung. Pun datuk granny petani juga, cuma neneknya sahaja yang merupakan bidan kampung, yang berkemahiran membikin jamu. Itu pasal Granny lawa. Lagi satu, suami Granny lagi up sikit sebab Abahnya kerja pegawai tentera kerajaan. Jadi mana datangnya keturunan Nabi-nabi, wali-wali? Ketua kampung pun tak ada dalam darah mereka, cuma sikit-sikit bidan kalau dia nak perasan dia ada kuasa mistikal Indigo, Kristal atau Rainbow. Itulah punca dia rasa yang dia diutus tuhan untuk jadi Pengganti Ketua Rumah Agam, bawa keamanan kepada seluruh umat manusia. Agaknya itu teori Nenek dan Granny, kepada kemelut kejiwaan yang dihadapi oleh si Maddie selama ini

Hah! Tuudiiaaa panjang lebar Nenek menghuraikan satu persatu kisah jajaran keturunan mereka. Susur Galur- Keturunan memang pentingkah? Tanpanya jadi huru-hara macam si Maddie yang ntah-apa-apa tuh? Itu sebabka Maddie jadi huru-hara? Granny pula menyarankan, kalau betul mau jadi pengganti Ketua Upacara Rumah Agam, perhatilah dulu warga mereka, siapa mereka, dan mereka sebenarnya tidak langsung sama dengan keturunan Nenek dan Granny. Nenek Atuk Granny dan Babah jadi elit kerana usaha dan ilmu sedangkan mereka sudah lama elit kerana kebangsawanan keturunan mereka. Sebaiknya perbalahan, permasalahan mereka jangalah Maddie ambil pusing langsung. Granny pula sokong nenek 100% dan tambah garam pada luka dengan menasihati Maddie begini;

“Cuba kau tengok Tantiana ini dia ini dari keturunan wali Negara Hujung bukan? Ada dia terhegeh-hegeh nak balik ke Negara asal dia nak rampas takhta dari regim sana dan bina kuil agam mereka kembali? Derang relax buat kekayaan di Negara jiran kita. Mereka tak sibuk politik, mereka tak sibuk kata tuhan  merekalah yang  lebih betul dan patut disembah dari seluruh tuhan yang ada kini,  tapi kalau sebut syarikat keluarga mereka, kita di Semanggol Lonjong pun segan”

Dua perempuan bergabung, memang kau boleh pengsan, masuk kubur pun bule. Dulu saya ingat uncle sahaja yang boleh bikin saya terbenam dalam kubur, "six feet under, but you still can hear his voice", yang hinih lagi dahsyat. Nasib kaulah Maddie, hehehehe....

Tapi tu, rimas saya bila orang mengingatkan pasal asal-usul saya yang bermula dari sebuah tempat peribadatan yang telah musnah kerana apa? Ntah, malas nak recall. Lagi pun saya memang lahir di Negara Jiran setelah berpuluh tahun Nenek dan Datuk kami berpindah dari negara asal. Yang saya ingat, uncle kata kami perlu berubah, dari rahib, sarjana, kepada usahawan, menceburi dunia perniagaan. Jadi berniagalah kami demi kelangsungan hidup. Saya tak suka berniaga, saya suka relax-relax mengenang keindahan ciptaan tuhan. Pernah berangan mau wujudkan sebuah kuil-kasih-sayang, manusia hari ini perlu diajar agar berkasih-sayang dan kurangkan perasangka buruk.Tapi nanti takut kena tangkap kerena bawa sebuah ajaran sesat pula. Jadi saya kuilkan sahaja lembu-lembu dan Bobo saya hehehe…

Oklah berhentilah mengenang kisah yang ntah-apa-tah, sebuah kisah yang cuma sudah tinggal sejarah sahaja itu.  Sambung semula kisah kawan baik saya yang terpaksa menyesuaikan diri dengan “nabi-nabi” dewa dunia baharu ini. Dewata perfectionista, pujaan tua dan muda, berdisiplin tinggi yang menjana pendapatan bukan setakat ribu-ribuan sebulan tapi ribu-ribuan untuk satu jam. Payslipnya perhour bukan permonth.

Saya kagum juga dengan kawan baik saya ini. Bagaimana dia bertahan? Dia kata dia selalu ingat saya. Macam mana saya cerita saya susah kerja dengan uncle. Macam mana saya sayang uncle dan cuba buat yang terbaik untuk beliau.

“so, kau sayang bos engkaulah nih”

“Tengkorak engkaulah! Aku sayang Granny dan Neneklah mangkuk!”Jeritnya kasar.

Saya jeling-jeling dan ketawa dalam hati jer. Dia semacam tahu saya ketawakan dia, walau dalam hati.

“Kau giler apa, dia dah hada girlfriendlah dan family derang tengah set tarikh sesuai jer untuk mereka dinikahkan. Tapi mamat tu asyik busy aje. Itu yang tangguh-tangguh dari setahun ke setahun”

“owh, really? Kalau dah ada girlfriend tak boleh sayang macam sayang sesama insan ka?”

“Ya ya ya…. Macam kita sayang  Anan?” hmmm Annan sajalah kawan lelaki yang si Maddie ada. Dia mana ada kawan sangatpun. ntah macam mana saya boleh berkawan dengan minah Nerd yang kawan dengan buku aje ini, kan. Nanti kita cerita-cerita, nanti kita flash-back, ya. 

“Tapi that guy is not Annan he is very different and difficult to love. He won’t let you love him. Mungkin ada gen robot dalam badan dia”

Kami ketawa gelihati. Gen robot? Cyborg? Betullah si Maddie ni memang kuat berangan. Dah maju sangat ka kejuruteraan genetik kita sampai boleh wujud anak biologi + mechanical dengan kepintaran artifisial? Saya tidak mau membetulkan dia, tak mau berhujah dengannya sebab saya tahu dia tengah menulis kreatif. Fakta, dapatan ilmiah akan membunuh kreativiti. Itu pendapat saya. Seorang penulis kreatif sepatut dibiar berkhayal semahu-mahunya. Dia nak kata cantum-cantum gen nyamuk jadi dinasor, biarkan sahajalah. Dia nak kata dalam kapal angkasa sana kau boleh pandu kapal sambil makan ayam goreng KFC, lepas tu mendarat di sebuah planet selain bumi, singgah warung pekena roti canai cicah kari kambing pun bolehlah. Mungkin planet itu seumpama bumi dalam cakrawala selain Bima Saktilah tu. Janji jalan ceritanya menarik dan dapat menghiburkan. Kita baca kreatif untuk santai-santai, bukan untuk berbantai-bantai, jadi penal penilai tak bergaji, untuk menilai logik ke tak logik akal sipenulis, kan?

Sunday, January 15, 2017

NOPEN 8

MACAI BOS

Semenjak Maddie menziarahi ladang saya, kami tidak lagi berjumpa. Cuma emel, FB, telefon sekali sekali sahaja. Dia sibuk. Sibuk belajar menulis kreatif atau lebih kepada mengasah kembali bakat menulisnya bila dia ada masa terluang. Dari dia mengumpat dua orang perempuan gemuk negaranya (klik sini untuk perempuan 1, sini untuk perempuan 2) itu, baik dia kreatifkan watak mereka jadi  watak-watak dalam Novel dia, jual cerita perempuan-perempuan gemuk itu. Dapat juga duit,kan.  Dia memang pandai menulis, tapi bila banyak kerja-kerja amal dan urus pustaka di Rumah Agam dia tiada masa berkreatif-kreatif ni.

Dia sekarang tidak lagi tinggal di rumah tersebut. Dia tinggal dengan granny sementara menunggu dapat kerja tetap. Memang susah sekarang ni nak dapat kerja di Negara sana. Ekonomi sana sini meleset teruk. Nak kerja pensyarah macam cita-citanya memang sekarang ini kerja dengan kerajaan dibekukan. Tiada pengambilan baru. Ada juga sekejap dia kerja pensyarah sambilan, tapi sekejap itu sahajalah.

Dia kerja di Studio cum Gallery seni milik anak kawan Granny. Sebenarnya Studio cum Gallery tu milik Granny juga sebab dia memiliki 30% saham di dalamnya. Mereka share-share bertiga dengan kawan dia, dan anak kawannya yang merupakan artis baru berbakat besar yang sedang mencipta nama di dalam dan luar Negara. Budak itu lelaki umur sikit lebih kurang kami juga. Tapi lebih kayalah, dari saya. Keluarga budak tu dengan keluarga saya, pun keluarga budak tu, lagi kaya dari keluarga saya.  Lagi pula dia memang ada bakat melukis yang unik. Satu lukisan dia calit-calit sana sini pun harga dan cecah ribu-ribuan, hah memang kaya dan terkenallah dia.

Saya tanya Maddie, dia tak terpikat ka dengan bos dia. Maddie ketawa sahaja. Kerja Maddie sebenarnya lebih kepada pembantu kepada anak kawan Granny itu. Maddie kata memang bos dia itu the most eligible bachelor dalam kelas elit Negaranya, tapi sebenarnya dalam majalah, dalam media social dan dalam majlis social je bos dia sangat mempersonakan dan bikin ramai anak dara gila bayang, mak-mak dara berangan nak bermenantukan bos dia, tapi luar media social, luar majlis social, bila tiba bab kerja, bos dia garang, cerewet, tipikal baran emotional retis-retis berkat besarlah gitu, hah. Dia tau dia berbakat, dia rasa aish kita ni kecik-besar-kecik-besar aje. Apa dia minta tak boleh lambat dan tak boleh cincai. Lambat sikit, cincai sikit, siaplah engkau kena cerca kena maki. Kira saya boleh bayangkan budak tu spoil brat, you know spoil brat punya tentrum, kan hah gitu-gitulah.  

Lagi pula budak tu anak tunggal, memanglah spoil. Mak dia dan ayah dia dah tua-tua bangka baru nak beranakkan dia. Ramai orang kata budak tu anak tabung uji sebab Mak dia mengandungkan dia masa mak dia umur 53 tahun. Dia juga punya peminat yang sama naik perasan seolah Maddie kerja dengan mereka pula. Apatah lagi derang memang tau Maddie dulu pernah jadi ikon rumah agam, lagi selalulah minah tu kena sindir-sindir dengan peminat bos Maddie. Kena buli dan dibikin jadi macam orang gaji pun ada. Tapi itu sangat kadang-kadanglah sebab bos dia kadang-kadang aje bawa peminat-peminat yang ntah-apa-apa-tah ini berkunjung ke studio dan gallerynya untuk tujuan sosial. Selalunya, tiap-tiap hari peminat boleh walk-in tengok-tengok lukisan. More business-like-manner,lah. Tak de personal-personal, gosip-gossip punya agenda sebab bos dia terperap dalam studio, atau terperap celah dapur mama dia,lah. Jadi Maddielah yang akan melayan pengunjung-pengunjung ini.

Ada juga yang beli painting melalui wakil sahaja. Lebih profesional, dan selalunya mereka lebih arif dari Maddie sendiri. Peminat bos Maddie yang betul-betul minat lukisan, sebenarnya lebih ramai dari peminat bos dia yang ntah apa-apa-tah tu. Yang ntah apa-apa-tah-tu, 2, 3 orang sahaja, pun. Yang gila bayang pun ramai, tapi iyalah, orang yang minat seni halus ini educated-educated belaka. Mereka prosfesional dan menghormati kedudukan Maddie sebagai sebahagian dari warga Gallery Seni, pujaaan hati mereka. Kalau jerat mengena, kenalah terima Maddie sebagai sebahagian dari hidup mereka juga,kan, tak gaytuh. Tapi si Maddie tu, biasalah dia tu, yang ramai yang baik yang mengkayakan bos dia, dia tak ingat, dia selalu ingat yang tak baik sahaja, sehingga saya kena tanya soklan-soklan yang bunyi macam saya nak buat homework statistik lah. Soalan-soalan yang berbunyi begini:-

"berapa ramai peminat, pengunjung tempat kerja kau?"
"berapa ramai lelaki, berapa ramai perempuan?"
"berapa ramai yang lorat, berapa ramai yang polite?"
"berapa ramai yang gila-bayang, berapa ramai yang really into art?"
"berapa ramai yang gila-bayang nasty, berapa ramai yang gila-bayang baik?"

Hah! ....Gaytuhhh. Maklumat dari cerita-cerita si Maddie kena disaring dan ditapis dulu, kalau tak habisla, kau, boleh end-up bikin kesimpulan yang salah. 

Dah macam gitu terukpun punya perangai, bole si Maddie tu nak kerja dengan mamat itu ek? Dia cakap senang aje. “Apalah gunanya aku ni sarjana psikologi, dan kata aku apa? Gadis Poster rumah agam,kan. Aiii takkanlah bos macam itu pun aku tak boleh nak sabar?”

Eh korang tak rasa ka, apa ke bangang punya jawaban, tu? Bangang tu the max,kan. Mungkin gaji dia lumayan? Tak juga. Katanya setakat gaji graduan biasa aje. Biasala gaji di Negara sana. Nama aje nak jadi Negara Maju menjelang 2020, bayar gaji budak sarjana pun ikut gaji budak sarjana muda. Lainla macam saya. Dulu sebagai remaisier,  memang bayaran yang saya dapat adalah sangat lumayan. Itu pun saya tak sanggup dah. Tak sanggup bukan pasal kerenah "bos" yang ntah-apa-apa-tah, Mana boleh saya tak tahan, sebab bos saya itu ialah uncle saya sendiri. Tapi itulah saya tak tahan kena serba-serbi betul, lengkap, kemaskini, dan tepat. sentiasa kena up-to-date, reliable and relevant. Itulah saya cukup duit kumpul saya bla.

Dia pun tak banyak  mengadu, sebab agaknya dia takut saya marah dia, macam saya marahnya satu ketika dulu. Tak apalah, dia tak cerita pun saya lebih maklum dengan perangai manusia-manusia geniuses TYPE A personality ini. Saya dan Maddie Type B. Memang konflik besar, kalau tak betul saling hormat-menghormati dan berkasih-sayang. Saya,kan pernah kerja urus dana. Fortfolio saya pelbagai. Memang ada sekor dua muda-muda lagi duit, harta dah berkoyan-koyan. Yang dah tua-tua tapi tantrum tak tentu fasal (yeah that's my beloved uncle, my BOSlah tu) pun ada juga. Buat pekak aje, sudahlah.  Layankan, iyakan aje, kerenah mereka.  

Sebagai kawan, saya sentiasalah doakan dia agar cekal dan bahagia dalam keadaan semua nak maju, terbang tinggi, tapi ramai gaji tak cukup-tinggi sampai kerajaan kena bayar bantuan subsidi kewangan pula pada rakyat. Moga Maddie boleh jadi novelis terkenal, yang sekali cetak novel, duit muka jer boleh buat bayar pendahuluan sebijik banglow. Kalau dah banyak duit, bolehlah dia independent macam saya,kan.

Tuesday, December 6, 2016

NOPEN 7

Anjing

Saya namakan dia Bobo, anjing betina baka campuran tempatan dan macam ntah baka luar, besar-besar tinggi-tinggi gitu. Saya bukannya pandai sangat pasal anjing ini,kan. Tapi dia lebih besar dari Anjing kampung biasa. Hah dia punya tapak kaki dia sahaja sebesar piring alas cawan, tak adalah tipu je... besar cawan teh jer.. Kalau dia berdiri, dia hampir setinggi saya. Kalau saya pulang setelah pergi mengembara lama-lama pasti dia akan jadi sangat gembira sehingga melompat-lompat, menghampiri saya dan berdiri dengan kaki belakang sahaja. Kedua-dua kaki hadapannya diletakkan di pinggan saya. Muncungnya yang basah akan ditonyoh-tonyohkan ke muka saya. Rindulah tu. Kalau sudah lama-lama dia tak heran pun saya. Dia akan lebih habiskan masanyanya baring-baring di kadang lembu sahaja. Kecuali kalau kami makan di Anjung dapur, pandai dia mengendeng tergedik-gedik minta makan walaupun penjaganya tidak pernah 'miss' bagi dia makan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh doktor dia. dah kenyang pun tetap dia masih mau mengendeng.

Kerja si Bobo ini ialah mengembala lembu. Saya ada 100 ekor lembu susu. Sebab saya selalu tak ada di rumah, asyik merayap jer ke Negara Semanggol Longjong,kan, saya upah Annan jaga lembu. Sebenarnya saya memang tak pandai jaga lembu,pun. Memang dari awal saya buka ladang ini saya upah dia untuk membantu saya. Dan Bobo walau tak pernah dilatih jadi anjing pengembala, selalu tolong Annan. Annan pun heran macam mana tiba-tiba anjing tiga warna yang tak tahu apa bakanya itu boleh pandai gembala lembu. Dia ini Anjing yang suka ikut-ikut apa yang orang bikin. Dia sebenarnya, pada mulanya tiba-tiba sahaja muncul di ladang saya tika sainya hanya sebesar pinggan makan aje. Beratnya tak sampai sekilo, pun. kecik aje dia.

Orang baca surat khabar pun dia pandai eksyen baca surat khabar juga, walaupun kadang-kadang surat khabar yang dibacanya itu terbalik. Dia eksyen aje, bukan tahu membacapun dia tu, berlakun ikut-ikut orang kunun-kunun khusyuk membaca gitu. Anjing yang bijak. Sangat-sangat bijak dan mudah mesra. Kadang-kadang dia tiru cara kita makan. Kalau kita bagi dia makan kueh atau roti,lah. Dia suka makan karipap dan roti potong. Dia akan akan duduk bersimpuh, pegang roti dengan kedua-dua kaki hadapannyanya dan makan roti sikit-sikit. Itupun kalau dia dah kenyang dan mengada-ngada dengki tengok orang makan, dia nak makan lagi. Dia seekor anjing kesayangan kerana dia sangat lucu bila dia cuba meniru perbuatan kita.

Saya fikir mau kurung dia dalam kandang bila Maddie, Opah dan Granny berkunjung ke ladang  lembu saya. Tapi Granny kata ok. Maddie sikit-sikit takut dengan Bobo juga pada mulanya. Tapi macam yang saya kata, sebab Bobo itu sangat mesra dan pandai ambil hati orang, Maddie pun jadi tidak takut padanya lagi. Opah bawa sabun tanah Liat berjenama As-suci-debu. Adat orang Semanggol Lonjong akan mesucikan diri, bekas atau pakaian yang terkena Anjing dengan tanah liat dibilas air mutlak sebanyak 6 kali. Anjing adalah najis berat yang hanya boleh disucikan dengan kaedah yang saya sebut itu.

Oleh kerana kaedah, hukum bersuci terkena Anjing ini sangat rumit, Anjing bukanlah binatang popular di Negara itu. Bahkan jika mereka ingin menghina orang, mereka akan panggil orang itu Anjing. Itu di sana. Di ladang saya, dengan agama pagan kepercayaan Nenek moyang saya, anjing bukanlah satu masalah. Bahkan Anjing sudah lama terkenal sebagai pengembala lembu yang bijak dan setia.  Bobo satu perangainya ialah suka melibas-libaskan ekor ke kaki tetamu saya. Opah kata tidak mengapa kerana ekor Bobo kering dan skrit labuh Granny, kain sarung Opah, seluar khakis Uniqlo Maddie pun kering, jadi tidak perlulah bersuci kerana kenakalan Bobo itu.

Owh macam mana pula Granny, Opah dan Maddie boleh berada di ladang saya? Ntahlah…. Lepas bergaduh-gaduh hari itu, tetiba Opah dan Granny cakap yang mereka teringin mau lawat Ladang saya. Saya pun berbesar hati dengan keinginan mereka itu. Jadi beginilah kami, pada hari ini, kami sedang dihiburkan dengan gelagat si Bobo yang dah kenyang tapi pura-pura lapar kerana mau manja-manja sama Granny dan sengaja dia mengada-ngada beriya-iya maukan kueh donut yang Granny bikin sendiri bukan beli di kedai.

Monday, October 24, 2016

NOPEN 6

Pinggan Perak, Daun Pisang

Tengah kami iaitu Opah, Granny dan saya seronok membelek-belek hasil shopping kami dari gedung pinggan-mangkuk terkenal di Negara Atas Angin ini tetiba Maddie jadi murung. Aish benci benar dia dengan pinggan mangkuk rupanya. Maddie suka makan atas daun pisang. Kenapa daun pisang? Sebab ada memori daun pisang bermain dalam hujan dengan Kim Joong Oon jadi-jadian dia itu ka? Ntah, mungkin jugalah tu.

Bila dia murung, mulalah dia buat perangai main gajet. Sepanjang kami di gedung hinggalah sampai rumah peranginan tempat kami menginap, dia asyik main gajet. Dia nak main, mainlahkan, ada saya kisah? Yang saya sakit hati, bila dah main gajet, dia tak masuk dalam biliknya tapi mengekori saya ke bilik dan mula tunjuk-tunjuk cerita dalam Negara Semanggol Longjong. Saya masih mau sambung seronok belek-belek pinggan perak bertingkat dan mahu berangan nak bakar scone dan bubuh atas pinggan yang cantik ini. Saya juga bercadang mau menyalin resipi scone dari Granny yang saya tulis atas kertas tisu ke dalam buku masak-masak saya. Tapi dah  dia sibuk menunjukkan satu gambar perempuan gemuk yang teruk kena kutuk dek geng Marhaban, saya lupakanlah juga barang sebentar akan rancangan berangan saya itu dan layan dia.

Oh BTW, scone itu apa? Ntah macam roti keras gitu. Memang tak sedap pun tapi bila sapu jem, sapu butter minum dengan teh rasanya benar-benar sangat sedap. Apatah lagi bila ditemani nenek dan granny yang baik hati dengan suasana sejuk dipinggir desa. Memang ohsome. Saya jatuh cinta dengan teh dan scone ini bila menikmati minum petang di cottage milik kawan baik Nenek dan Granny tika minggu pertama kami sampai di sini. Betul saya memang pernah sampai ke Negara Atas Angin ini atas urusan syarikat Pakcik saya, tapi tidak adalah pula pihak penganjur bawa saya makan scone di pinggir Desa. Saya cuma sampai di Kota Metropolitan mereka. Bab family trip pula, family saya memang kedekut dan lebih suka menghabiskan cuti bersama keluarga di kampung asal kami, di sebuah sungai besar suci sambil melakukan ibadah spiritual amalan nenek-moyang kami.

Ok apa cerita pasal perempuan gemuk baru ini. Eh malaslah nak layan perempuan-perempuan gemuk yang banyak menimbulkan masalah di Negara Semanggol Lonjong itu, tau. Bila Maddie cakap-cakap-cakap, saya angguk-angguk dan iyakan sahaja kata-kata dia. Saya malas nak hadam kata-kata dia…saya masih dengan berada dalam gedung pinggan mangkuk, sudu garfu perak dan cawan Kristal. Saya rasa saya sedang membelek pinggan perak bertingkat walau ia masih dalam kotak yang hanya saya letak dihujung katil dan tak sempat dibuka itu demi melayankan cerita si Maddie ini. Saya juga macam terbau  aroma scone yang telah masak, dan dari ketuhar scone, saya keluar dari dapur terus berjalan menuju ke jambatan batu yang merentangi sungai yang airnya mengalir jernih. Dari sana saya nampak padang rumput menghijau tapi saya membelok ke kiri menuju ke sebuah cathedral yang tersergam indah.  Seni-bina Negara Atas Angin sangat unik, berbeza dari Negara saya sendiri. Tapi kadang-kadang ia menakutkan juga. Saya berjalan memasuki memasuki ruang palladium yang suram dan agak gelap sebelum saya tiba ke ruang besar yang disimbahi cahaya dari pelbagai sudut.

Saya pun tidak tahulah bagaimana tiba-tiba saya boleh meninggikan suara begini :-

“apa kata kau kemas barang kau, balik ke Semanggol Lonjong dan beritahu kawan-kawan Arwah yang engkau nak sanggup gantikan Arwah. Saya sudah meluat sebab kau asyik cerita perempuan-perempuan gemuk mau hancurkan Negara kau. Saya pun gemuk juga. Saya heran sekian banyak wanita cantik lelaki kacak sempurna dalam Negara kau itu tak boleh buat apa-apa. Saya rasa remaja kamu memang sudah rosak dan kamu saja mencari satu sosok agar kamu longgokkan semua kesalahan ke atas wanita gemuk andai  benar satu hari nanti anak-cucu kamu jadi murtad dan ramai-ramai jadi bintang porno!”

Maddie sangat terkejut. Saya sendiri pun terkejut juga kenapa saya jadi emotional begitu. Nenek-nenek terdengar akan suara saya yang kuat itu, datang terkocoh-kocoh untuk menenangkan kami. Saya dipujuk oleh Opah dan Granny pula membawa keluar Maddie dari bilik kami. Saya tahu Maddie menangis. Opah pujuk saya agar tidak rasa terlalu bersalah. Opah kata dia dengar tiap butir perkataan yang saya ucapkan dan si Maddie memang patut diberi kata-kata yang begitu. Opah kata Maddie overthinking kalau Atuk Marhaban dan Liberal berbaik, tak mungkin Maddie terbeban seperti sekarang.

Opah mengajak saya ke pantai, sementara menunggu makan malam dihidangkan. Rumah penginapan kami memang cantik, dicat warna putih dengan bentuk Victorian yang menjadi kebanggaan reka-bentuk seni bina era Ratu Atas Angin yang bernama Victoria. Dari anjung rumah kami berjalan melalui denai kecil menuju ke pantai yang jauhnya tak sampaipun lima minit berjalan gaya lenggang kangkung, itek pulang petang. Kami tidak bercakap banyak, cuma menikmati angin pantai yang bertiup sepoi-sepoi bahasa sambil membiarkan kaki telanjang kami dibasahi ombak kecil yang menyapa pantai. 

Manakala Maddie, saya tak tahulah apa yang Granny pujuk Maddie sebab waktu kami turun makan malam Maddie beriya-iya minta maaf pada saya. Katanya dia sepatutnya tidak ganggu saya yang sedang bergembira dengan Pinggan Perak bertingkat saya itu. Dia tak patut memaksa saya untuk berempati dengan perkara yang saya tidak faham dan tidak ada hati untuk faham. Dia tak patut kacau kegirangan saya dengan cerita masalah Negara yang dia cintai itu. Lagipun kami ini sedang bercuti,kan.

Saya pula rasa yang saya  tidak sepatutnya terlampau obsess dengan scone yang memang tak sedap tapi saya rasa sangat istimewa itu. Maddie dia dah makan scone banyak kali dengan Granny dan Opah di kotej puan Anne yang indah dan permai itu. Saya pula itulah pertama kali saya menikmati rasa roti keras tawar bersama teh panas, disertai dengan gossip dengan Nenek-nenek.

Saya juga rasa saya yang patut minta maaf sebab telah meninggikan suara dan tak langsung tak dapat berempati dengan masalah kawan. Tapi saya terkedu dengan ucapan minta maaf yang panjang lebar itu, lalu saya bilang sama dia, yang saya akan mencuba makan atas daun pisang bila kami pulang dari bercuti nanti. Nenek-nenek turut ketawa. Mendengar percakapan saya. Mereka pun nanti mau makan atas daun pisang juga.

Sunday, October 16, 2016

NOPEN 5

Jom Cuti-cuti

Owh mesti ada ramai dah tak sabar nak tau apa hal dengan Teruna Lancang,kan. Siapa dia, rupa dia, macam mana,  hensem ka tidak, belajar kat mana, kampung kat mana, anak siapa, umur berapa, apa warna kegemaran, hobi apa, makanan kegemaran apa, ahli filsuf kegemaran siapa blablabla? Tapi sori yang teramat sori saya dan Maddie nak bercuti panjang. Lagi pun kami bukan kenal sangat pun dia tu. Kenal dia gitu-gitu, macam kami kenal Mahatma Gandhi dan Mother Theresa jer.  Karang salah tulis karang takut kena samanlah pula,kan.

Maddie dia telah lulus ntah apa barang ujian ntah. Alah, ujian untuk orang nak jadi ahli falsafah, tu. Hah cemerlang gitu uolls markah dia, cerah masa depan. Ntah apa ujiannya janganlah tanya saya, bukan saya tahu sangat pun sistem hiraki falsafah Negara Semanggol Lonjong ini. Jadi Opah dan Granny belanja kami melancong ke Negara Atas Angin, selama sebulan… horaaaaaa horeeyyyy

Sekian dululah cerita kali ini ya…. Ta Ta

Ouwh by the way setakat kami tengah sibuk-sibuk berkemas nak jalan jauh ni, Majlis belum menjadi lagi. Maddie, sebab dia dah tak berani lagi bermentera-mentera,kan, dan simpan je scroll Arwah, dia tak adalah kuasa oracle macam filem MATRIX tu. Hah. Jadi dia tak nampak apa-apa future, cuma dia nampak Puter Puter Puter yang akan jadi makin comel, sihat walafiat lagilah katanya. itupun berdasarkan rekod kesihatanlah, walau obes Doktor kata dia sihat. Kalau nak sihat lagi turunkan berat badan lagi sihatlah. Kencing manis, darah tinggi, ghaout, stress, kolestrol, tu memang dalam medical rekod dia memang tak adalah. Jadi sihatlah dia. Peratusan dia tetiba mati terkejut sakit jantung tu kecillah. Nak kata tak ada kebarangkalian langsung mati terkejut, memang tak bolehlah, sebab ajal maut semua bukan  doktor yang menentukannya.

Thursday, October 13, 2016

NOPEN4

RATU BeDiL

Maddie anak buah Arwah Bomoh utama. Itu bikin dia jadi anak Marhaban,kan.  Jawabnya tidak. Maddie dia adalah sebuah kejadian yang sangat aneh.  Ya benar dia anak buah Arwah, tapi sebenarnya dia anak angkat kepada adik Arwah. Dia ini campuran. Rupa parasnya sama macam Penduduk Asal Negara Semanggol Lonjong yang lain. Tak boleh nak kata dia geng Marhaban, sebab mama sebenarnya dia adalah cucu Makcik-Pakcik liberal + cucu Geng Marhaban. Kejadian dia tak usahlah saya nak tulis…nanti cerita ini beranak jadi lagi satu cerita pendek yang lain pula. Tak habis-habis nanti cerita saya ini sudah serupa macam cerita cinetron Negara Jiran yang mak saya follow tiap-tiap petang itu. Pendek cerita buah-benih cinta terhalanglah ni. Apa anak luar Nikah? Idak mak dan ayah Maddie kawen betul, tapi dia kawen guna wali hakim. Kawen di Negara Atas Angin masa mereka sama-sama menuntut di sana.

Pendek cerita lagi mak angkat Maddie, Adik kepada Arwah berkerja di Jabatan Penuntut di Negara Atas Angin baby sit si Maddie sebab kedua-dua ibu bapa mereka masih menuntut lagi. Satu hari kedua-dua mereka kemalangan jalan-raya ketika pulang dari kuliah. Disebabkan Atuk dan Nenek Maddie dari pihak ibu maupun bapa tidak mau menerima Maddie, Adik Arwah pun peliharalah si Maddie ini macam anak sendiri. Itulah cerita pendeknya.

Jadi Maddie ni pro mana? Maddie kata jiwanya sebenarnya sedikit kacau. Kacau sebab kurang kasih-sayang, sedih tak diterima atuk nenek sendiri? Tidaklah juga. Kacau yang gitu-gitu sahaja. Sebenarnya Atuk biologi Maddie tak moh terima dia, tapi dalam diam-diam Nenek-nenek biologi sentiasa datang menziarahi dia dan memberikan dia dengan pelbagai hadiah. Ibu dan Ayah Angkat Maddie, kan kerja di Negara Atas Angin, Nenek-nenek ini selalu pergi shopping sana. Jadi mereka selalulah lawat cucu mereka.

Bila dia masuk sekolah tadika, mereka pulang ke Semanggol Lonjong, Maddie dibiarkan bersama-sama arwah kerana Arwah suka Maddie sebab dia rajin membaca dan suka duduk di perpustakaan. Arwah benarkan dia jaga perpustakaan keluarga sejak umurnya 12 tahun, lagi. Nenek Liberal dan Nenek Marhaban terus memewah-mewahkan Maddie dengan wang ringgit dan hadiah. Nenek-nenek ini pun pakai mentera keluarga angkat Maddie, sebenarnya. Iyalah orang nak jaga laki yang berpangkat-pangkat, ramai perempuan muda selalu gila bayangkan suami mereka,kan. Jadi kena pasang mentera kuat-kuat. Sambil datang memperbaharui lessen mentera, mereka ambillah peluang bermain-main bermesra-mesra dengan Maddie.

Nenek Liberal namanya Esah, tapi Maddie panggil Granny Libby. Nenek Marhaban nama Rozana, Maddie panggil dia opah sahaja, tidak ada nama glemer. Opah dan Granny macam mana ya? Ntahla Maddie tak ada cerita sangat, ok kut dua-dua tu. Sama-sama professional, pun. Tak semua geng Liberal teruk. Opah dan Granny kata Atuk Liberal Maddie, setakat minum-minum. Orgy-orgy dia tak suka. Atuk Maddie memang cinta habis sama Granny Libby.  Granny memang cantik dan walau dah Granny pun masih anggun lagi.

Dua-dua Nenek ini memang bestlah… saya berani kata best sebab saya pernah diajak bercuti bersama-sama. Cuma kami berempat. Saya, Maddie, Opah dan Granny. Dah namapun mulut lancang longkang, saya dengan selamba bertanyakan soklan sensitive, betulkah geng Liberal bla bla bla… Opah & Granny kata memang betul, tapi ada juga tak betul, ada juga tokok tambah yang macam-macam. Opah sokong Granny. Opah kata, geng Marhaban ada juga yang tak betul. Kalau tidak, masakan ada geng yang minta cerai semata-mata mau kawen lain setelah berskandal dengan geng lain yang pangkatnya lebih tinggi dari suami mereka. Opah dan Granny setuju akan satu perkara. Mereka sependapat, perempuan mana-mana perempuan pun kalau dah mata-duitan-mata-duitanlah mereka. Tak kira pakai jubah Marhaban atau pakai bikini Liberal mereka akan gunakan bukan lelaki saja, tapi perempuan lain yang ada nama untuk kesenangan sendiri. Opah tambah lagi perempuan mata duitan geng Marhaban lagi mengerikan dari geng Liberal sebab mereka percaya lelaki boleh kawen 4. Atuk Marhaban memang tak pernah putus terima pinangan dari dulu sampai sekarang. Memang absurd. Tapi nak buat macam mana dah takdir berjodoh dengan lelaki hebat. Sedapnya makan hati ulam jantung Opah sahaja yang tahu.  Opah kata kalau granny kena ambil satu mentera, Opah kena ambil 4. Kami pun gelak-gelak kuat-kuat. Nenek-nenek ini memang best.

Abeh kalau dah best, kenapa pula si Maddie ni jiwanya jadi kacau? Ntah saya pun tak tahulah dia tu. Mungkin kesan delirium yang dululah tu. Dia sedikit kecewa dia tak boleh jadi macam arwahlah tu. Sikit. Dia kata dia tak boleh “masuk” makam Arwah. Dia sikit-sikit percaya darah liberal jadikan dia ini panas, tak serasi dengan Mentera Agung. Dia selalu-selalu cakap… alah aku ni anak angkat aje.

Saya tanya lagi “kau nak jadi macam arwah,ka?... eh gilalah orang perempuan mencarut-catut macam tu”

Dia cakap “kalau Puter boleh, kenapa aku tidak?”

Aah saya malas nak gaduh dengan perempuan seorang ni. Eish takut saya. Memang saya takut. Kalau perempuan liberal macam Puter itu mencarut, saya boleh terima, tapi kalau geng Marhaban yang mencarut, saya ada sedikit tidak selesa. Kau nak kata saya double standard, lalang tak tetap pendirian, ko katalah. Saya tetap berpegang bukan tak boleh perempuan mencarrut, tapi eish kalau boleh janganlah perempuan itu dikenali sebagai pencarut,  lebih-lebih lagi dia memakai imej Marhaban.  Lalu saya ajak dia masak lemak tempoyak. Lepas tu kami pergi beli baju, buat facial dan makan aiskrem.

Lepas balik rumah baring-baring seorang diri, saya terbayang, membayangkan what if satu hari Maddie jadi macam Puter. Pencarut tegar dengan imej-Marhaban. Tak apalah kalau itu takdirnya. Saya akan tetap jadi best-friend dia. Saya tidak akan tinggalkan dia. Pun begitu saya diam-diam berdoa agar dia jadi macam cikgu Bedah.  Anak murid yang rapat dapat rasakan COntrol laser/longkangnya. Tapi umum mengenalinya sebagai guru, pakar motivasi yang ceria bukan perempuan emosional yang kasar.

Satu hari saya tanya “kalau kau boleh jadi macam Puter, tapi Puter Marhaban, kau akan bedil geng Liberal ka?”

Maddie ketawa…. “dua-dua aku nak laser, terutama atuk-atuk aku tuh”

Saya terperanjat. Sungguh, terperanjat. “Kenapa?” Saya tanya.

“Kau tengok Granny dan Opah. Kalau mereka boleh berkawan kenapa Atuk-atuk aku tak boleh?  Kenapa Granny dan Opah kena menipu kalau mau keluar bersama?”

Saya garu-garu kepala tak gatal. Bengong minah ni. Lalu saya belanja dia makan coklat. Sambil makan coklat saya berdoa…biarlah dia ni cepat habis kajiannya, boleh buka bisness macam  cikgu Bedah. Kenapa kalau Maddie mula bercakap hal yang membimbangkan, saya ajak dia masak dan makan. Sebab Maddie ini ada perangai pelik. Masa makan, masak, waima tika menyediakan makanan dia tidak bercakap. Dia ni senang kalau kau tak mau dia bising, kau hulur ajelah bawang ka, ikan bilis ka untuk dia kupas dan buang taiknya. Kalau kau tengah jalan-jalan…kau cakap sahaja “Maddie jom kita cari eskrem. Jom kita cari coklat” Saat kau kata jom cari, itu pun dia akan terdiam, dah. Dia memang longkang, tapi kalau tak tahan kena bedil, kau seru sahajalah nama-nama yang saya sebut tadi. Pasti tergencat semua peluru bedilannya.

Pada satu hari yang tenang-tenang, saya tanya dia lagi apa betul dia serius ka nak jadi Ratu Bedil? Dia tergelak, sahaja. Habis gelak dia cakap “Aku,kan perempuan.”

Saya sanggah “tapi aku tengok geng Marhaban la ni dah banyak berubah, perempuan pun dah ada jadi calon wakil rakyat”

“Tak adalah aku acah-acah ajelah… kau gila apa. Aku macam kau juga, tak kisahlah orang nak kata aku double standard ka apa, aku masih tidak selesa kalau perempuan Marhaban bertempek macam minah dalam video yang kita tengok hari itu”

Saya:       “double standard. Munafiknya kita ini,kan?”

Maddie:  “Kan. eh aku tak sekuat Puter,lah. aish. Gila kuat dia tu,kan?”

Saya:        “kan.”

Saya kunyah-kunyah kerepek ubi pedas sambil memandang poster Puter dengan penuh kagum. Maddie hanya memerhatikan saja. Dia tak makan ubi kayu. Dia alahan ubi. Saya mau belikan dia kerepek pisang atau kentang, tapi semua sudah habis sold-out. Tetiba Maddie bersuara “Eh convo nanti, aku ingat nak jual kerepek-kerepeklah. Dah orang asyik jual bunga jak,kan”

“eh dah nak jadi usahawan pula kawan saya ini” kata saya dalam hati. 

Nasib baiklah saya ini sudah pencen dah tak perlu fikir pasal duit, pasal kerjaya. Iya saya dah pencen. Saya memulakan kerjaya sebagai remisier kepada Pakcik-makcik saya semasa umur14 tahun umur 25 bila investment saya sudah cukup tampung belanja bulan saya yang tak seberapa ini, saya pun pencenlah... back-pack, tengok-tengok dunia. Orang kata susah dahulu senang kemudian. Itulah beza saya dengan dia. Dia umur 12 tahun kerja perpustawan tak ada gaji tak ada elaun, hanya dapat tempat tinggal, makan percuma 6x sehari. Nak berjalan-jalan tunggu Opah dan Granny datang belanja. Saving account pun dia tak ada. Dia Cuma ada tabung bentuk mangga, dalam tu banyak jugalah duit. Duit dari Opah, Granny, atau Mama Papa, atau Arwah yang bagi dia simpan. Lebih elaun belajar Universiti yang Yayasan bagi, dia simpan juga. Tapi itu,lah rugi,kan duit simpan dalam tabung tak dapat faedah tak dapat pulangan. Itu pun duit itu habis juga sebab si Maddie ini rajin bersedekah. Pantang Nampak tong sedekah di tempat ibadat atau kedai makan, dia akan masukkan duit. Dia juga kalau berjalan-jalan tak lokek belanja kawan.

Pendek ceritanya  kekacauan jiwa Maddie adalah berpusat dari dirinya yang masih tak ada asset, tak ada apa, hanya menumpang di  rumah keluarga ibu dan ayah angkatnya dalam dunia nyata. Boleh saja dia jadi surirumah sepenuh masa. Dia cantik dan ramai peminat di dunia maya, maupun dunia nyata. Dunia mayanya lebih “happening” dari dunia maya saya sebab dia di dunia maya dikenali sebagai kesayangan Arwah Bomoh Utama. Semasa hayat memang Arwah banyak menayang si Maddie ini sebab dia cantik dan tarikan ke Rumah Agam Arwah yang menyediakan khidmat jampi-jampi dan mentera. Foto shoot Maddie tengah menolong tika majlis macam-macam majlis di Rumah tersebut memang anggun dan bikin pengikut-pengikut Arwah mencari-cari siapakah gadis anggun tersebut. Bila Arwah kenalkannya sebagai perpustakawan Rumah Agam, hah lagilah saham dia naik mencanak-canak. Lagi pun dia dah cantik, di University, sudah ramai lelaki tergila-gilakan dia. Maddie tak pergi sekolah macam budak biasa. Dia Umur 15 sudah tamat Sarjana Muda. Pada Usia 21 ini dia sedang buat kajian untuk jadi ahli falsafah.  

Tapi dia cakap dia minat Kum Yong OOn. bintang selebriti pop yang sangat digilai ramai. Dia nak kawen dengan artis pop. Katanya,lah. Peminat-peminat dia semua terdiri dari Pemuda Marhaban. Dia tak minat. Pernah ada sorang pemuda Marhaban yang telah menjadi Yong OOn jadi-jadian sebab nak memikat si Maddie, sehingga ibu pemuda tersebut meroyan-royan di Rumah Arwah marah-marahkan si Maddie yang baru berusia 16 tahun itu. Tika itu Arwah masih hidup, lalu arwah jampikan pemuda itu dan selang 4 bulan kemudian, pemuda tersebut bernikah dengan gadis pilihan ibunya yang adalah sikit iras-iras Maddie dan pemuda tersebut bertukar marhaban semula. Maddie dia cantik, tapi cantik tipikal gadis poster. Kau touch-up-touch-up sikit saja dah dapat rupa macam dia tu.


Muka tak cantik saya ini yang unik, susah nak ditouch-up kasi serupa. Hanya lelaki yang benar-benar bijak pintar cerah bersih rohaninya sahaja yang boleh nampak keunikan saya ini. Lelaki miang, gatal keladi, hidung belang, itu memang biasalah tu, kesimpang-siuran jiwa menyelamatkan perkara-perkara unik dan rare jadi halwa mata-keranjang. Oh saya cuma melawak sahaja, untuk naikkan self-esteem bila berkawan dengan perempuan cantik yang sentiasa jadi perhatian lelaki. Owh stress owh orang pandang dia saja tapi tak pandang saya pun….hehehehe.  

Wednesday, October 12, 2016

NOPEN3

PUTER LiBeral

Sebenarnya bila Maddie cerita pasal Puter, dia cerita untuk suka-suka bergossip sahaja. ntahlah saya ini yang banyak masa lapang suka pula untuk tulis cerita pasal Puter. Saya suka sebab saya rasa Puter is just a girl... how can a girl boleh jadi sangat digeruni dan dimomoki sebagai ada power untuk rosakkan sebuah Negara. Puter Cara berfesyennya, cara dia semua memang mengejutkanlah. Rasa mau marah? Ntahla, saya tak tau Maddie macam mana tapi saya, saya, saya sejujurnya mula-mula saya macam rasa jengkel juga, lepas-lepas-lepas saya faham adat peraturan budaya hidup dalam alam maya saya dah tak kisah pun. Dalam sini kita semua artis. Artis pop, artis tak pop. artis tak laku. Yang tak laku itu saya,lah tu... bukan tak laku, belum ada rezki untuk laku-laku lagi. Bila dah ada sebuah kehidupan di sini, tak ada pula saya rasa takut pun pada Puter. Tersikit-sikit kagum pun ada, orang dok balun dia macam-macam dia steady, bahkan jadi makin menjadi-jadi pula saya tengok dia ni.

Orang yang mengutuk dia ni pula jadi hangin dan meroyan lebih-lebihlah pula. Dia tunjuk jari tengah, rakyat maya ntah dari Semanggol ka tak Semanggol, tunjuk pungkok, tunjuk susu pun ada. Yang menunjuk-nunjuk tu ada yang kerja bagus-bagus. Intelek-intelek belaka. Tapi bukan susu dan pungkok dia yang ditunjuk, susu lembu, pungkuk anjing kucing segala bagai binatangle.... hehehe takkan nak tunjuk barang aurat sendirilah pula. Puter itu peguam, yang melawan pun kenalah kaki-kaki gitu juga. Yang biasa-biasa, ntah kenal, ntah tidak si Puter ini. Remaja dan belia yang seusia saya apa kami apa kisah? Tak kisah pun. Saya ini sekadar memerhati saja. Perhatilah... eh kuatnya minah ni, tak takut dia, nie. Kalau saya, dah masuk masuk bawah ketiak mak atau selimut tak keluar-keluar dah. 

Yang intelek sebaya makcik-makcik, pakcik-pakcik aka "kumpulan geng marhaban elit" ini yang sibuk bising-bising, seram-seram, geli-geli ini. Makcik-pakcik yang rasa dia boleh menghalang dunia dari berubah dengan memekak di alam maya. Tak padahal mak-cik pak-cik ni, budak-budak poyo, debab ulat buku tak ada couple macam saya je yang rajin follow dan bikin sikit-sikit "intipan" terhadap mereka. Sikit-sikit jer. Tengok berapa umur dia, apa pekerjaan, dia, pasangan dia. Intip gitu-gitu saje. Kalau saya ada couple, baik saya ajak dia pergi tengok wayang, pergi dating bla bla bla dari baca maki-hamun pakcik-makcik dalam internet. Kumpulan makcik-pakcik liberal itu pun bukan orang lain pun pada asalnya. kengkawan setajaan kerajaan Semanggol Lonjong juga itu. Pelajar pintar yang ditaja di Negara Atas Angin dan kini pulang ada yang dah pencen ada yang masih berkhidmat dan pegang jawatan tinggi di sektor awam, pertahanan Negara, mau pun komersial Negara Semanggol Lonjong. Sama-sama belajar, sama-sama pover... Makcik Pakcik Marhaban tak suka Makcik Pakcik tak sedar diri kaki tonggang kaki tuuutttt... deme yang baik juruz kunun katanya dah gagal bawa Pakcik Makcik liberal ke jalan yang lurus, kita pula yang muda-mudi ni kena momok ada pempuan gemuk rambut silver nak pedajalkan anak-cucu mereka. pergh.

Eh Puter dah tua macam Pakcik-Makcik Marhaban ka? Tak Puter sebaya saya dan Maddie. Puter Muda lagi. Puter dituduh sebagai pupet kepada Pakcik-Makcik Liberal pendukung gaya hidup bebas, Lesbian, Gay, Bisexual & Transsexual (LGBT)....atau bahasa Anjingnya pendukung kaum Nabi Luth, Teluk Sodom. Iya ka? Ntah. Secara logika, Puter muda lagi, dia ranggi, ada masa ka nak layan orang tua lelaki pempuan yang dah pencen-pencen belaka tu? Orang tua pencen itu pula. ada masa ka nak kehulu-kilir, cucuk orang muda-muda ni dokong agenda mereka? Tak logik tak logik tak logik.... 

Macam-macam gossip pasal golongan liberal ini. Perihal gaya hidup, sampai macam-macamlah,kan. Semua tak sealiran dengan kehidupan kerohanian yang dijunjung tinggi oleh nenek moyang Semanggol Lonjong. Hedonista katanyalah. Ntah…. Malas nak tulis di sini sebab kalau ditulis cerita ini akan jadi buku  semi-porno, cerita lucah/cabul pula nantinya. Terlalu banyak pekara 18sx yang diceritakan. Sebut saja liberal, cerita 18SX, pesta hiburan, minuman keras, parti orgy, mesti menyusul selepas itu.  

Dan yang paling membimbangkan katanya, lagi, Puter telah ditabal sebagai Ratu pejuang penindasan golongan orang Asli Semanggol Lonjong. Ada penindasan di Negara tersebut ka? Tak tahulah saya sebab saya bukan rakyat Negara itu. Dengar-dengar, bukan orang Asli saja yang tertindas, yang tak Asli pun sama merintih. Katanyalah. Pemerintah Negara tersebut banyak kaya-raya dan biarkan rakyat kasi-pagi-makan-pagi. Kais-petang-makan-petang. Graduan keluar pusat pendidikan tinggi ramai tak dapat kerja dan disaran belajar lagi, dan lagi dan lagi, sampai habis tertinggi yang terbaik, dan kalau dah habis tinggi, disuruh ambil bidang yang lain pula. Katanya.

Betulka peluang pekerjaan semakin sempit, tidak kuasalah saya mencari kebenarannya.  Saya cuma lebih berminat dengan emosi pembenci-pembenci. Takut benar mereka dengan Puter Tanjung. Melihat Puter macam melihat hantu raya atau polong. Sampai perlukah bersakit kita mau panggil Bomoh handal untuk doa-celakakan dia? Begitu-begitulah ceritanya.

Tapi sampai hari ini nampak Puter makin lama makin sihat dan rupa-paras-nya makin lama makin berseri. Gembira nampaknya si Puter ini. Orang yang memaki hamun? Ntah. Iyalah ketuanya sudah mati, diganti ketua baru yang tidak percaya pula pada doa-celaka-laknat-tulah-ketulahan ini. Hai memang masaklah geng karma-tulah-doa-celaka ini. Dengar cerita ada yang turun naik bukit, gunung ganang-selam laut dalam nak cari keramat puteri bunian untuk powerkan kuasa ketulahan-mereka. Katanyalah…. Wallauhaallam.

Tapi sehingga cerita ini ditulis, masih tak nampak Puter akan kegeringan atau akan mati tak lama lagi… tapi kita tunggulah kemunculan Majlis Mulut Lancang, jadi ke tidak Majlisnya. Setakat ini belum lagi, sebab tiada siapa pun berminat dengan Majlis ini. Maddie yang dikata boleh tahan lancang, menolak bila dia ditawarkan menjadi Ahli Majlis. Dia macam yang saya cerita sebelum ini nak jadi terkenal  seperti Cikgu Bedah. Dia tak nak jadi macam arwah bomoh utama.  

Padahal Arwah bukanlah orang lain pun dengan dia. Arwah itu pakciknya. Nak dikata, Maddie memang dari kecil rapat dengan Arwah, hampir semua mentera Arwah ada pada Maddie. Saya pernah menanyakan pada dia kenapa dia tak berminat dengan bisness jampi-jampi-doa-celaka? Maddie bilang dia pernah delirium juga macam saya. Tapi ini dirahsiakan dari pengetahuan umum.  Seperti saya yang delirium kerana sasau-sesat, ketakutan berjalan di gurun terlalu lama, Maddie jadi begitu sedang dia menghafal mentara berat milik pamannya. Sampai kini dia cuma simpan mentera itu elok-elok. Dia tidak berani mengamalkannya. Waima menulis kaligrafi pun Maddie tak mahu, walau dia lebih pandai berkaligrafi.

Kata dia pada satu hari “darah aku ini darah panas. Biarlah aku sejukkan darah aku dengan berdekat-dekat dengan air, sungai,  laut dan pantai, dengan ilmu pengurusan emosi Negara Atas Angin.... kena tiup angin sejuklah aku.” 

Saya tanya “sapa yang cakap begitu? Arwah ka?”

Jawab dia “tak, aku rasa sendiri”

Pilihan sendiri-sendirilah….Family Maddie pun tak kisah. Orang besar Semanggol Lonjong pun tak kisah, sebab Maddie itu perempuan. Perempuan mereka tak kisah, lagipun perempuan memang tak layak melanyak bedil orang macam Puter Tanjung dengan bedilan caci-cerca-doa-laknat-pedih. Lagi pula jawatan yang dicadang cumalah ahli majlis, tukang simpan skrol, ala-ala macam perpustawan aje peranannya. Jika majlis berjaya dibangunkan nanti, memang dah ada ramai calon yang berebut-rebut bertapis-tapis pun maukan jawatan itu. Tapi hingga kini Majlis masih tak berjalan, kerana dengarnya Teruna Lancang enggan menerima tawaran Kerajaan Semanggol Lonjong. Ada seorang lagi yang dah tak teruna, yang dulu masa belajar-belajar akrab dengan Teruna… dia pun boleh tahan lancang, bahkan sangat-sangat lancangnya, sampai ramai yang terduduk dengan kelancangan dia. Tapi sayang seribu-kali-sayang dia simpati dengan Puter pulok dooohhhh….

Ayoooo ayoooo…. Susahlah kalau dah macam ini Hah. Kalau cucu-cicit-Pakcik-Makcik-Marhaban esok, ada yang terjebak jadi pemain industri hiburan dewasa, habislah, habisla. Ini semua kerja tangan-tangan ghaib yang membantu Puter. 

Tuesday, October 11, 2016

NOVEL/NOPEN2

MULUT PUAKA/LONGKANG/LANCANG

Sebagai seorang bermulut puaka/lancang/longkang, saya menarik mulut-mulut longkang yang lain. Eh dulu kata geng mulut longkang ini tak ramai. Iya memang tak ramai. Sebenarnya boleh tahan ramai, tapi kami sentiasa diasuh agar tidak melongkang. Terutamanya yang berjantina perempuan seperti saya. Keluarga saya menganggap mulut longkang ini satu penyakit dan berusaha bersungguh-sungguh merawatnya.

Ada saudara kata dalam mulut saya ada sejenis kulat yang bikin mulut berbunyi longkang. Jadi bukan saya yang melongkang tapi kulat itu. Katanyalah. Mak tidak suka idea itu. Katanya memang saya begitu dan kata Mak lagi “jangan kau suka salahkan kulat. Kalau kau telah mengguris hati orang dengan lisanmu, sila minta maaf, jangan mengada-ngada tuduh-tuduh ada kulat dalam mulut”

Saya sangat benci kerana asyik kena minta maaf sahaja. Sudahnya saya bertukar jadi pendiam. Dululah. Hari ini saya tidaklah sependiam dahulu. Sebab mak yang menyedari kesenyapan saya telah mengupah guru mengajar saya bercakap perkara-perkara manis agar saya tidak bertukar jadi kera sumbang. Saya diajar banyak benda… dan satu benda yang bikin saya tidak melongkang ialah bila saya sudah pandai “put-and-re putting things into different perspective” orang kita cakap “cubalah kau masukkan diri kau dalam kasut aku ini”

Semua anak longkang pergi berguru dengan cikgu masuk kasut lain-lain ini. Namanya cikgu Zubaidah. Dalam kelas anak longkang kami belajar berlakun. Berlakun pelbagai watak supaya kami boleh masuk dalam banyak kasut. Satu watak yang dah bikin ramai orang tersentap-sentap ialah watak Puter Tanjung, walau pun Puter bukanlah ikon negara kita pun, sentap-sentapnya boleh dengar sampai ke mari. Dia wirawati, serikandi Liberal Negara Semanggol Lonjong yang kontroversi bagi orang-orang kaki ulat buku, kaki minat perhati politik daerah bawah sini. Bagi kaki-kaki peminat pop, mereka agak kurang benda-benda macam ini. Cikgu Bedah kata, kenapa Puter jadi macam itu? Kenapa Puter membantah undang-undang kitab Suci? Saya kena bikin satu Essei kecil untuk memahami Puter. Saya google di internet. Puter kata Undang-undang kitab suci yang mahu diperkenalkan kini bukan undang-undang Suci. Ianya adalah samaran undang-undang buatan manusia. Kata Puter. Hah itu sebab dia lawan. Betulka samaran. Mujur Cikgu Bedah tak komen macam itu. Cikgu cuma suruh saya cari sebab kenapa Puter melawan phueeiii lega rasanya.

Sapa-sapa, yang bikin saya marah, saya kena kaji mereka, supaya saya faham kenapa mereka buat perangai yang bikin kita marah, bila saya sudah faham, saya tidak rasa tersinggung, lalu saya sudah tidak marah. Kata kunci yang Cikgu Bedah bagi untuk tugasan ini  ialah “seek to understand” Bila saya tidak marah mulut saya pun tidaklah lagi berbunyi longkang.  Bukan saya sorang dalam kelas Cikgu Bedah, ada ramai. Ada doctor, Engineer, kebanyakkannya dari kerjaya Sales dan Marketinglah. Pramugari pun ada. Macam-macam. Semua kerjaya menuntut kita senyum selalu. Kalau marah sapa mau dekat, kalau tak ada orang nak dekat, manalah barang kita nak laku,kan. Itulah cerita kami. Sebab kami ini asas ekonominya sudah bertukar dari Negara Pembuatan kepada Negara berasas Perkhidmatan, semua dah tak boleh marah-marah.

Sebelum asas Ekonomi pembuatan, asas ekonomi kita ialah pertanian. Hah kau bertani, kau bela lembu-kerbau-kambing-ayam-itik-ikan… kau bermulut longkang dengan binatang tu semua, binatang tak pandai komplen. Begitu juga masa mak saya ekonomi pembuatan, dia dulu kerja kilang. Nak marah-nak-maki-mesin-kilang makilah kau. Saya pernah kerja kilang,sekejap kerja dengan mesin. Mesin apa ada. Gitulah dia. Gilalah kalau kau nak marah mesin. Keculilah mesin buat hal. Itupun jarang-jarang. Sebab juruteknik cepat datang baiki jika ada masalah.  Tapi bila Negara tukar asas ekonomi kepada perdagangan dan perkhidmatan, kita berhadapan dengan manusia yang macam-macam kerenah mereka memang kena senyum selalu, tak boleh marah-marah. Orang seperti Cikgu Bedah memberi bantuan bagi mereka yang ada masalah emosi, marah-marah. Mereka membuka bengkel. Macam-macam bengkel pengurusan emosi, pengurusan stress dan sebegainya bagi membantu Rakyat hidup sejahtera.

Dalam kelas cikgu Bedahlah saya berkenalan dengan  Maddie kawan saya dari Semanggol Lonjong itu. Kami jadi kawan baik. Dia yang berceritakan cerita-cerita mengarut ini pada saya. Maddie pelajar sarjana, aktivis sosial yang berminat dengan psikologi pengurusan stress. Dia menyimpan cita-cita menjadi sebagus cikgu Bedah. Dia pun ada sedikit masalah mulut longkang. Dia ke sini untuk mencantikkan mulutnya sebab mau laluan kerjaya tidak terganggu dengan kelongkangan mulutnya. Kata Maddie kini pendidik, guru, pensyarah tidak boleh marah-marah lagi. Sudah ada guru yang disaman pelajar  dan macam-macam hal. Saya dengar dan angguk-angguk saja.

Saya juga mengikut Maddie pulang ke Semanggol Lonjong untuk mendalami ilmu kaligrafi kitab suci mereka. Untuk menulis kaligrafi saya perlu menjalani sessi ritual kerohanian yang agak ketat. Namun saya rasa gembira. Lama juga saya tinggal di sana. Hidup tidak menyumpah-seranah memang seronok. Ritual kaligrafi juga menyeronokkan. Cuma saya sedikit pening kepala ini bila hasil kaligrafi saya semakin memenuhi ruang bilik saya yang sempit ini.

NOVEL/NOPEN

PENGGANTI

Satu yang menariknya tentang Negara Semanggol Lonjong ini, masyarakat di sini masih kalau kita di Malaysia ini kata mereka superstitiouslah. Walau nak kata infra Negara ini setaraf dunia. Hah cuba bayangkan. Maksud saya mereka masih mempercayai Bomoh. Iya Bomoh atau Pawang.

Tugas bomoh amat berat. Antara tugas utamanya ialah untuk membaca mentera untuk menjahanamkan Musuh Negara. Harus difahami Negara yang amat mewah dengan hasil bumi ini amat dicemburui oleh Negara-negara Jiran, terutamanya Negara Setompok Tembun yang hasil utamanya ialah setakat pelancungan yang diadun dengan rencah-rempah ratus hedonis, seperti tari-tarian dan hidangan arak yang memabukkan.

Oleh yang demikian dapatlah kita lihat antara senarai tugas utama Bomoh ialah memagar Negara agar anak-muda tak lepas lari berlibur di Negara Setompok Tembun. Cara memagarnya ialah dengan memberikan mereka pelbagai mentera dan memastikan mereka hafaz mentara-mentara tersebut. Antara mentera wajib yang paling mahsyur ialah Mentera Nyah Celak Mata Satu.

Pun begitu tidaklah dapat dipastikan yang mentera ini mujarab. Tetidak-mujaraban mentera ini bukanlah kerana Negara Setompok Tembun ada pakai anti-Mentera Nyah Celak Mata Satu, tapi kerana ntah tak taulah, kenapa. Mungkin sifat manusia itu sendirilah agaknya. Malas membaca dan menghafal. Mungkin juga faktor usia Bomoh Utama yang kian lanjut, menjadikan mungkin juga dia sedikit nyanyuk dalam membaca mentera Nyah-nyah Utama. Terlalu banyak mentera yang dia harus baca mengakibatkan menteranya jadi caca-marba.

Namun kecacamarbaan ini dirahsiakan Perwakilan Bomoh-Bomoh Tempatan yang tidak mau ada bomoh lain menggantikan Bomoh Utama ini. Lama-kelamaan ketidak-mujaraban mentera ini semakin lama seperti macam bangkai gajah yang tidak dapat ditutupi lagi. Kes-kes sakit kelamin, makin meningkat dicatatkan di hospital Negara. Masalah lain turut menular, seperti buli, gensterism, ponteng sekolah, tak payah cerita,lah,kan. Untuk mengelabui mata rakyat, Lalu, Tukang-tulis Perwakilan Bomoh-Bomoh telah menceritakan yang konon Negara Setompok Tembun telah buat onar menyebabkan Mentera Bomoh Utama sudah seperti tidak berkesan, justeru menjadikan akhlak muda-mudi Negara itu kian membimbangkan.

Keadaan jadi makin kacau mutahir ini apabila Bomoh Utama telah terlantar sakit di hospital. Semua risau, tapi semua marahkan dan taksub percaya ini semua angkara Negara Setompok Tembun. Kelihatannya seperti macam tidak ada usaha untuk mencari Bomoh Pengganti aje. Kian hari kesihatan Bomoh Utama kian membimbangkan sedangkan Pengganti Bomoh tetap tidak muncul-muncul.


      *****

Sekian lama gering akhirnya bomoh utamapun meninggal dunia. Maka bomoh baru yang tidak kurang handalnya dilantik. Ironinya kenyataan pertama yang beliau lakukan ialah “jangan kita mendoa celaka kepada musuh”. Bomoh baru ini juga tidak banyak mengkritik, menuduh Negara Setompok Tembun yang selalu dibahan-bahan pabila membicarakan kepincangan adab, tatasusila, salahlaku tak kira remaja maupun tua-bangka, lebih-lebihla lagi penjawat awam Negara yang suka curi tulang, korup lagi ada mengamal tumbuk-rusuk.

Bomoh baru juga jenis bomoh yang tak pandai berkata pedas, atau budak ni jaman kata laserlah,kan seperti bomoh yang telah tiada itu. Negara Semanggol Lonjong sudah terbiasa dengan caci-maki, hamun-menghamun musuh, doa celaka segala bagai, merasa eh macam ada tak kena aje dengan bomoh baru ini.

Mereka rindukan bomoh yang lama. Lidah umpama pedang, pedas berbisa, sapa kena sakit sampai ada yang muflis, berhijrah ke tempat lain, atau terus membisu dan senyap sunyi langsung tak berbunyi-bunyi. Pedang lidah/lisan ini perlu ada sebab sudah semacam ada kesurupan telah berlaku kepada beberapa aktivis social Negara yang mengada-ngada perasan seolah mereka bukan warga Negara Semanggol Lonjong.

Kenyataan, pakaian, perilaku semua terlalu keNegaraan Tembun, atau mereka ini dilabel sebagai Liberal. Betul semasa hayat bomoh utama puak liberal memang telah wujud, tapi mereka selalu terkedu takut dek ancaman doa-doa celaka bomoh Utama. Sekarang, hah sapa mau melaknat kumpulan ini?

Pelaknat perlu dicari. Beliau perlu juga dari kalangan mereka yang bermulut lancang, mudah menyumpah-seranah dan marah-marah. Pada masa yang sama mereka haruslah seorang yang kuat beribadat. Mengamalkan ritual kerohanian yang tinggi. Sejak dari Bomoh Utama belum pergi, satu sosok teruna mulut jahat sudah dikesan. Tapi teruna ini bukan bomoh, Dia seorang saintis. Kita namakanlah dia sebagai Teruna Lancang dan kita perincikan perihal dia dalam bab yang lain sebab bab ini nak cerita pasal Majlis Mulut Lancang.

Tujuan Majlis baru ini ditubuhkan tak lain ialah untuk membidas, membisukan puak-puak liberal yang kini sudah bukan main banyak lemaknya mereka ini. Lebih memalukan seorang dari mereka sudah berani menunjukkan tanda lucah, apabila ada usaha untuk menggubal undang-undang jenayah Negara selaras mengikut Kitab Suci Negara Semanggol. Ya mereka memang ada kitab undang-undang, tapi mereka guna undang-undang Negara Queen sama macam Negara kita yang mengguna pakai Undang-Undang Sekular, kerana Negara Semanggol juga sama macam Negara kita, pernah dijajah oleh kerajaan Sekular.

Nama dia yang tak malu tunjuk tanda jari hantu itu ialah, alah kita namakan saja apa ek. Apa saya mau namakan dia ini? Alaahhh kita sambung esok saja ya cerita ini…. Saya mau rehat-rehat, releks-releks cari idea apa mau kasi namanya krik krik krik krik…..Ok apa nama dia? Nama dia Puter Tanjung.

Itu barulah satu pesona, bukan ada sorang saja, malah ada ramai. Itu yang mewakili undang-undang. Ada pula yang mewakili anjing dan babi. Iya Anjing dan Babi betullah, bukan simbolisis. Kenapa Anjing dan babi perlu diwakili pula. Ntahlah budak yang mengajur kempen peluk Anjing dan babi ini merasakan penduduk Negara Semanggol Lonjong telah menzalimi kedua-dua binatang yang dikelaskan sebagai Najis berat ini. Namanya Ahmad.

Ada silap faham di sini. Dua binatang tadi hanyalah berstatus najis berat.  Najis tak wajar di zalimi. Ntahla ada katanya dua binatang ini tidak diberi hak ka hapa ka ntahla, pendek kata dizalimilah. Macam mana kedua-duanya dizalimi tidaklah saya tahu. Yang saya tahu aktivis ini telah menganjurkan kempen peluk anjing dan babi. Dapat sambutan ka tidak, saya pun tidak berapa periksa, kerana tika itu saya sedang kembara merentasi gurun Karami dan saya “bed ridden” di hospital selama beberapa bulan kerana ntah… doktor kata delirium. Mak saya kata saya kena sampuk hantu gurun.  Saya cuma tahu pasal anjing dan babi tersebut beberapa tahun selepas kempen berlalu bila sekali lagi si Ahmad ini bikin kecoh dengan kes lain pula.

Kali ini Ahmad mengecoh bersama selebriti yang dulunya pelakun terkenal yang sudah berjihrah ke Negara jiran.  Isunya isu kanak-kanak kena cabul. Kecoh betul. Tapi saya malas nak follow cerita mereka ini. Boleh label Ahmad dan Selebriti ini liberal ka? Tidak mereka tidak liberal. Liberal ialah khusus untuk Puter Tanjung dan rakan-rakan mereka. Mereka kunun katanya telah keluar agama suci Negara. Mereka menyokong mereka yang punya selera/nafsu melakukan hubungan seks dengan sesama jenis. Ada beberapa nama yang terkenal,  tapi Puter Tanjung sajalah yang mau cerita kerana dia memang bangsa Asal Semanggol Lonjong sedangkan yang lain merupakan warganegara yang dulunya asal dari tanah besar dan tidak menganut agama suci Negara.

Kini dengan  Pengganti yang lembut, geng-geng Peluk Anjing Babi dan Puter memang tak ada sapa nak lawan. Memang ramai meroyan-royan marahkan Puter, tapi yang kecoh marah, kita tak kenal. Macam tak ada aura sekuat Mantan Bomoh yang lalu. Ntah sapa-sapa tah je yang dok meroyan-royan marah. Geng Peroyan ini tidak dapat kita kesan apa pangkatnya, apa ritual hariannya. Pendek kata sekadar meroyan, tak tahu hujung pangkal. Tiada sosok yang ampuh.

Ini kerana ntahla…. Orang yang kuat mengamal ritual spiritual kuno lebih selesa menjaga lidah. Semua peribadi macam Bomoh baru ini. Tenang, lembut, tak suka marah-marah. Ahli psikologi mengkelaskan mereka sebagai individu Type B. Ketegori pasif. Tak suka bergaduh, tak suka menjadikan caci-maki sebagai senjata.

Owh ni mengingatkan kita semua pada Teruna Lancang. Hmmm. Tapi tak tahulah dia pun macam sudah senyap. Kawan baik saya, Maddie dari Negara Semanggol Lonjong bersama-sama sekumpulan pengkaji/pemerhati mulut lancang pernah dijemput untuk berbuka puasa ke rumahnya tidak lama dulu. Maddie diajak pusing-pusing oleh pembantunya…. Teruna tidaklah layan sangat pemerhati kecil macam kawan saya. Tapi pembantu dan bekas-bekas anak murid beliau banyak benar bercerita tentangnya. Mereka kata Teruna sudah tidak selancang dulu.Murid-murid dan pembantu beliau semua mulut lancang juga macam dia ka? Tidak… tidak sama sekali. Mereka sangat berlawanan dengan beliau. Harap maklum mulut lancang, sarkastik, merendah-rendahkan orang ini ada anugerah hokey. Hanya sebilangan kami,(saya dan juga Maddie) sahaja yang diberi kelebihan ini. Dalam group buka puasa itu ada dalam sepuluh orang, hanya Maddie dan seorang lagi, tak termasuk teruna yang punya puaka.menghuni dalam mulutnya. Lain-lainnya semua mulut bersih, tiada puaka mampu membiak dalam mulut bersih mereka.

Salah seorang bekas murid kesayangan beliau bercerita yang gurunya telah banyak berubah semasa dapat tawaran menjadi guru Pelawat di Tanah Suci. Katanya setiap kali gurunya marah, pelbagai petaka menimpa, oven terbakar, rumah kena pecah. Katanya langsung tak boleh marah. Maksud dia bukan tak boleh marah. Boleh marah, tapi kalau marah tak boleh memaki-mencarut-menyumpah-seranah. Selama 4 tahun tak boleh marah, gurunya pun sudah tidak menyumpah-nyumpah seperti sebelum dia ke Tanah Suci. Selama di sana beliau banyak membikin refleksi diri. Kesannya beliau sudah tidak berapa bagus/pandai menyumpah macam dulu-dulu. Itu cerita anak-muridnyalah.

Jadi jika sudah begitu, bagaimanalah mau dia menyumpah dan mencaci-cerca Puter Tanjung dan rakan-rakan????...... Tunggu sambungannya kalaulah saya ada idea…..Tapi nanti dulu mana boleh Teruna jadi bomoh sebab dia ahli sains? Itu pasal pemikir Semanggol Lonjong mau mewujudkan satu Majlis lain yang saya kata tadi, Majlis Mulut Lancang.