Anjing
Saya namakan dia Bobo, anjing betina baka campuran tempatan
dan macam ntah baka luar, besar-besar tinggi-tinggi gitu. Saya bukannya pandai sangat pasal anjing ini,kan. Tapi dia lebih besar dari Anjing kampung biasa. Hah dia punya tapak kaki dia sahaja sebesar piring alas cawan, tak adalah tipu je... besar cawan teh jer..
Kalau dia berdiri, dia hampir setinggi saya. Kalau saya pulang setelah pergi mengembara lama-lama pasti
dia akan jadi sangat gembira sehingga melompat-lompat, menghampiri saya dan berdiri dengan kaki belakang sahaja. Kedua-dua kaki hadapannya diletakkan di pinggan saya. Muncungnya yang basah akan ditonyoh-tonyohkan ke muka saya. Rindulah tu. Kalau sudah lama-lama dia tak heran pun saya. Dia akan lebih habiskan masanyanya baring-baring di kadang lembu sahaja. Kecuali kalau kami makan di Anjung dapur, pandai dia mengendeng tergedik-gedik minta makan walaupun penjaganya tidak pernah 'miss' bagi dia makan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh doktor dia. dah kenyang pun tetap dia masih mau mengendeng.
Kerja si Bobo ini ialah mengembala lembu. Saya ada 100 ekor
lembu susu. Sebab saya selalu tak ada di rumah, asyik merayap jer ke Negara
Semanggol Longjong,kan, saya upah Annan jaga lembu. Sebenarnya saya memang tak
pandai jaga lembu,pun. Memang dari awal saya buka ladang ini saya upah dia
untuk membantu saya. Dan Bobo walau tak pernah dilatih jadi anjing pengembala,
selalu tolong Annan. Annan pun heran macam mana tiba-tiba anjing tiga warna yang tak tahu apa bakanya itu
boleh pandai gembala lembu. Dia ini Anjing yang suka
ikut-ikut apa yang orang bikin. Dia sebenarnya, pada mulanya tiba-tiba sahaja muncul di ladang saya tika sainya hanya sebesar pinggan makan aje. Beratnya tak sampai sekilo, pun. kecik aje dia.
Orang baca surat khabar pun dia pandai eksyen baca surat
khabar juga, walaupun kadang-kadang surat khabar yang dibacanya itu terbalik. Dia eksyen aje, bukan tahu membacapun dia tu, berlakun ikut-ikut orang kunun-kunun khusyuk membaca gitu. Anjing yang bijak. Sangat-sangat bijak dan mudah mesra. Kadang-kadang
dia tiru cara kita makan. Kalau kita bagi dia makan kueh atau roti,lah. Dia suka
makan karipap dan roti potong. Dia akan akan duduk bersimpuh, pegang roti
dengan kedua-dua kaki hadapannyanya dan makan roti sikit-sikit. Itupun kalau
dia dah kenyang dan mengada-ngada dengki tengok orang makan, dia nak makan
lagi. Dia seekor anjing kesayangan kerana dia sangat lucu bila dia cuba meniru
perbuatan kita.
Saya fikir mau kurung dia dalam kandang bila Maddie, Opah
dan Granny berkunjung ke ladang lembu
saya. Tapi Granny kata ok. Maddie sikit-sikit takut dengan Bobo juga pada
mulanya. Tapi macam yang saya kata, sebab Bobo itu sangat mesra dan pandai
ambil hati orang, Maddie pun jadi tidak takut padanya lagi. Opah bawa sabun
tanah Liat berjenama As-suci-debu. Adat orang Semanggol Lonjong akan mesucikan diri,
bekas atau pakaian yang terkena Anjing dengan tanah liat dibilas air mutlak
sebanyak 6 kali. Anjing adalah najis berat yang hanya boleh disucikan dengan kaedah
yang saya sebut itu.
Oleh kerana kaedah, hukum bersuci terkena Anjing ini sangat
rumit, Anjing bukanlah binatang popular di Negara itu. Bahkan jika mereka ingin
menghina orang, mereka akan panggil orang itu Anjing. Itu di sana. Di ladang
saya, dengan agama pagan kepercayaan Nenek moyang saya, anjing bukanlah satu
masalah. Bahkan Anjing sudah lama terkenal sebagai pengembala lembu yang bijak
dan setia. Bobo satu perangainya ialah
suka melibas-libaskan ekor ke kaki tetamu saya. Opah kata tidak mengapa kerana
ekor Bobo kering dan skrit labuh Granny, kain sarung Opah, seluar khakis Uniqlo Maddie pun kering, jadi
tidak perlulah bersuci kerana kenakalan Bobo itu.
No comments:
Post a Comment