Ok kita gossip lagi satu mamat idaman dunia. Korang tulis mulek pasal Imam
Ghazali bule, kasilah can saya tulis pasal mamat ni pula hehehe. Akceli saya
tak berapa perati, skodenglah sangat dia ni sebab taste saya
lebih kepada jiwa merana mau pulang, AKU, Binatang Jalang yang mau pulang dengan mengetuk pintu tuhan kerna Aku tak bisa berpaling. Sapalah
lagi kalau tak si Chairil Anwar yang
notorious tu. Kalau kau nak ngorat saya, kau berlakun-lakunlah mid-life
crisis, lost the sense of purpose in life ka hah gitu. Pasti saya cepat panik, tertipu dan mencair. Itu cerita bodoh saya 10, 20 tahun yang lalu. Hari ini I’m older, wiser, and
selfish. Not silly anymore. Kalau boleh elak-elak, “don’t make other people’s
problem your problem”. Bukan bermakna saya ini langsung "hati kering". Tidak bukan begitu, saya sendiripun sesat juga, jadi macam mana pula saya mau bawa kau pulang?
Ok berbalik pasal Gibran. Gibran itu kalau berani nak
samakan dengan Al Ghazalilah dalam dunia puisi, beranilah kau. Lepas ni orang
pulaukan kau, orang kata kau gila, dah sesat jangan bersedih-sedih pulak ek.
Berani tulis berani tanggunglah. Jangan mengada-ngada nak ngadu sana-sini orang
discriminate awak. Dah perangai awak tu yang suka tulis benda-benda yang orang
sini tak leh terima. Orang benci kau duduk diam-diam sudahlah.
Saya kata dia ini Al-Ghazali dunia puisi kerana dia Menulis
cinta tanpa merasa “nikmat” cinta. Tulisannya bagus-bagus, pada sayalah. Tapi
di sini katanya Gibran itu Prophet sesat. Ini memang saya tak tahu ni. Sapa
yang mengharamkan dia saya tak tahu. Kalau ikut ustaz JAKIM memang jahat Gibran
ni. Dia melanggar Ar Rahman…. “maka nikmat tuhan yang manakah engkau dustakan”
berduyun-duyun orang minat dia, sampai hari ini pun mesti ada awek yang tangkap
cintan sama dia, dia boleh buat “DERK” aje,kan. Dosalah tuuuu….eh ustaz ni
jodoh pertemuan di tangan tuhan ustaz, dah dalam Loh Mahfudz catat dia mati tak
kawen, tak ada anak. Nak kata-kata orang mendustakan nikmat tuhan ni
apahal,kan? Ni lagi satu, ni, nak kena maki,ka, pepandai menyama-nyamakan Gibran dengan Hero Penulisan Handalan Islam itu? Hello Gibran itu non-muslim ya, kalau kau baca dan percaya apa yang wikie tulislah
No comments:
Post a Comment