Wednesday, December 21, 2016

Persediaan....Bersedia.

La ni dalam FB sibuk betul orang dok viral pasal kiamat. Ada kata lagi 10 tahun lagi nak kiamat. Antara selebriti yang orang suka dok viral update dia pasal ini adalah ustaz tersohor Negara pemilik Maahad Tahfiz tersohor Negara yang pernah berhadapan kunun katanya fitna dajjal. Macam-macamlah dia kempen kunun Alepo tanda Mujahidin sudah menang, dan Dajjal akan keluar untuk mengekang kemenangan ini. Air Tasik Zionis sudah kering bla bla bla.....

Sapa yang fitna dia? Seorang lelaki selebriti viral yang pernah dulu buat viral kempen jom peluk Anjing dan Bekas Pelakun Wanita Negara yang pernah femes satu ketika dulu. Betul tidak ada kejadian dot-dot-dot yang diviralkan oleh dia personaliti selebriti internet ni tak lah kita ketahui, tapi yang kita tahu untuk membuktikan yang ustaz tak bersalah, dia sudah menyaman dua orang tadi kerana menfitna Maahadnya.

Ok let say Ustaz betullah. Apa harus kita bikin? Apa yang kau nak bikin? Berlatih berlapar sebab nanti kita semua makan tasbih, tahmid dan takbir? Jual semua harta kau dan pergi masuk sekolah pondok? Suka hatilah. Saya? Saya nak habiskan belajar dulu. Habis blajar nanti dah tak de orang nak Akauntan/Auditor dah,   tak kisahlah yang penting saya tak kacau orang. Lagi sepuluh tahun saya dah pencen dah. Makan duit pencenla. ait! ait! duit pencen tu nanti duit dajjal sebenarnya! tak apalah kita tunggu 10 tahun lagi kalau betul duit Dajjal, saya tak makanlah, saya ikutlah kau pergi memondok dan makan macam apa yang kau makan.

Tak nak berlatih berlapar ka? Oklah bolehla juga,kan. hehehehe. Nak sambung belajar ni kena pakai banyak duit, elok juga kalau selalu berlatih makan tasbih, tahmid dan takbir tu. Good idea! Jimat duit. hmm iyalah tu. Tak apalah kalau malas berlatih cepat sikit matinya ek. hehehehe.

No comments: