LELUHURIAH
“Kau dah tak tinggal lagi dengan Granny?”Soal saya bila kereta yang dipandu Maddie terus meluncur dari tempat Granny. Dia terus memandu tenang dan jawab sepatah
“Kau dah tak tinggal lagi dengan Granny?”Soal saya bila kereta yang dipandu Maddie terus meluncur dari tempat Granny. Dia terus memandu tenang dan jawab sepatah
“Tak”
Setelah lebih enam bulan tidak bertemu tiba-tiba Maddie call dan ajak saya ke tempatnya. Beriya-iya dia mengajak. Dia mau saya hadir sama untuk hari jadinya pada tahun yang dia kata sangat istimewa ini. Tahun dimana dia sudah bekerja tetap, simpan duit dalam akaun bank bukan dalam tabung lagi. owh betapa baik hatinya dia, siap dibelikan tiket penerbangan pergi dan balik untuk saya. Sungguh terharu saya, walau saya sebenarnya malas nak turun sebab BOBo sudah ada girlfriend dan girlfriendnya sedang sarat mengandung. Maddie cuma minta 3 hari dan dalam masa tiga hari itu saya berdoa yang girlfriend si Bobo tidaklah beranak, agar saya dapat tengok dia "in labour".
“So, apa pandangan kau dengan tempat aku ni?” Tanya dia bila sesampainya saya di Apartmennya.
Saya melawak dan tanya
Saya melawak dan tanya
"eh aku nak tidur kat mana ni?"
"kau ambil bilik dan biar saya tidur di sofa sahaja, Sofa ni convertable to bed tau" jelasnya
Saya senyum saja dan angguk-angguk. Cantik. Kemas dan
teratur. Lebih besar dari Studio Apartment yang pernah saya huni semasa berkerja
di Ibukota dulu. Berbiliklah pula tu. hmm kalau di Negara saya... studio, studiolah, cuma ada kitchenette kecil, bilik mandi dan tandas.Tempat pun boleh tahan “desa”, bukan macam tempat saya dulu, yang hah! Tuuuudia memang kawasan komersial Bandar. Turun lif, jalan sikit sudah
sampai ofis tempat saya bekerja.
Tempat Maddie ini sangat unik. Desa di pinggiran Bandar?
Ntahlah saya bukan pandai konsep-konsep Bandar dan perancang Bandar
ini,kan. Tapi memang sunyi, banyak
pokok, relax betul. Tiba-tiba keluar dari Bandar besar dalam 10 minit memandu
gitu, kau sudah jumpa kawasan yang spara mini hutan rekreasi dan di dalam sana
ada penempatan yang spara mewah.
“Ini hadiah dari Granny dan Nenek untuk 100 hari aku bertahan kerja dengan mamat POYO tu. Seriously derang memang skeptical aku boleh tahan kerja dengannya. Dengan perangai aku type B yang well korang-korang kutuk-kutuk aku pemalas tapi kuat berangan tuutuuututuuuu. Dengan dia yang Duta Perfectionista itu…. Huru hara juga mulanya”

Kami tergelak aje. Teringat kisah gaduh-gaduh kami tikapercutian yang lalu. Kuat brangan tu, sapa yang bagi? Saya? No no no no no…..
Nenek yang bagi. Nenek kata budak Rumah Agam kadang-kadang sikit terbawa-bawa
dengan kisah wali-wali. Wali Mariam yang tuhan turunkan makanan direct dari langit ke
tempat ibadatnya. Wali Iskandar yang bawa kemakmuran dengan armada tentera yang
hebat. Nenek kata Mariam dan Iskandar keturunan suci, sedangkan, Nenek dan Granny asal-usul ibu ayah mereka biasa-biasa saja. Keluarga peneroka tajaan
kerajaan.
Nenek moyang mereka pula berkerja sebagai petani dan nelayan. Mereka dapat maju dalam kehidupan sebab pelajaran. Ayah dan Ibu mereka sangat mengambil berat tentang pendidikan sehingga mereka berjaya dapat biasiswa dan melanjutkan pengajian di Negara Atas Angin yang popular itu. Nenek, Granny dan Atuk sekampung sebenarnya. Cuma Granny up sikit, Lord sikit. Ayahnya merupakan seorang guru dan Mamanya kerja jual jamu merangkap mak andam kampung. Pun datuk granny petani juga, cuma neneknya sahaja yang merupakan bidan kampung, yang berkemahiran membikin jamu. Itu pasal Granny lawa. Lagi satu, suami Granny lagi up sikit sebab Abahnya kerja pegawai tentera kerajaan. Jadi mana datangnya keturunan Nabi-nabi, wali-wali? Ketua kampung pun tak ada dalam darah mereka, cuma sikit-sikit bidan kalau dia nak perasan dia ada kuasa mistikal Indigo, Kristal atau Rainbow. Itulah punca dia rasa yang dia diutus tuhan untuk jadi Pengganti Ketua Rumah Agam, bawa keamanan kepada seluruh umat manusia. Agaknya itu teori Nenek dan Granny, kepada kemelut kejiwaan yang dihadapi oleh si Maddie selama ini
Hah! Tuudiiaaa panjang lebar Nenek menghuraikan satu persatu kisah jajaran keturunan mereka. Susur Galur- Keturunan memang pentingkah? Tanpanya jadi huru-hara macam si Maddie yang ntah-apa-apa tuh? Itu sebabka Maddie jadi huru-hara? Granny pula menyarankan, kalau betul mau jadi pengganti Ketua Upacara Rumah Agam, perhatilah dulu warga mereka, siapa mereka, dan mereka sebenarnya tidak langsung sama dengan keturunan Nenek dan Granny. Nenek Atuk Granny dan Babah jadi elit kerana usaha dan ilmu sedangkan mereka sudah lama elit kerana kebangsawanan keturunan mereka. Sebaiknya perbalahan, permasalahan mereka jangalah Maddie ambil pusing langsung. Granny pula sokong nenek 100% dan tambah garam pada luka dengan menasihati Maddie begini;

“Cuba kau tengok Tantiana ini dia ini dari keturunan wali Negara
Hujung bukan? Ada dia terhegeh-hegeh nak balik ke Negara asal dia nak rampas
takhta dari regim sana dan bina kuil agam mereka kembali? Derang relax buat
kekayaan di Negara jiran kita. Mereka tak sibuk politik, mereka tak sibuk kata
tuhan merekalah yang lebih betul dan patut disembah dari seluruh
tuhan yang ada kini, tapi kalau sebut
syarikat keluarga mereka, kita di Semanggol Lonjong pun segan”
Dua perempuan bergabung, memang kau boleh pengsan, masuk kubur pun bule. Dulu saya ingat uncle sahaja yang boleh bikin saya terbenam dalam kubur, "six feet under, but you still can hear his voice", yang hinih lagi dahsyat. Nasib kaulah Maddie, hehehehe....

Tapi tu, rimas saya bila orang mengingatkan pasal asal-usul saya yang bermula dari sebuah tempat peribadatan yang telah musnah kerana apa? Ntah, malas nak recall. Lagi pun saya memang lahir di Negara Jiran setelah berpuluh tahun Nenek dan Datuk kami berpindah dari negara asal. Yang saya ingat, uncle kata kami perlu berubah, dari rahib, sarjana, kepada usahawan, menceburi dunia perniagaan. Jadi
berniagalah kami demi kelangsungan hidup. Saya tak suka berniaga, saya suka
relax-relax mengenang keindahan ciptaan tuhan. Pernah berangan mau wujudkan sebuah
kuil-kasih-sayang, manusia hari ini perlu diajar agar berkasih-sayang dan kurangkan perasangka buruk.Tapi nanti takut kena tangkap kerena bawa sebuah ajaran sesat
pula. Jadi saya kuilkan sahaja lembu-lembu dan Bobo saya hehehe…
Oklah berhentilah mengenang kisah yang ntah-apa-tah, sebuah
kisah yang cuma sudah tinggal sejarah sahaja itu. Sambung semula kisah kawan baik saya yang
terpaksa menyesuaikan diri dengan “nabi-nabi” dewa dunia baharu ini. Dewata
perfectionista, pujaan tua dan muda, berdisiplin tinggi yang menjana pendapatan
bukan setakat ribu-ribuan sebulan tapi ribu-ribuan untuk satu jam. Payslipnya
perhour bukan permonth.
Saya kagum juga dengan kawan baik saya ini. Bagaimana dia
bertahan? Dia kata dia selalu ingat saya. Macam mana saya cerita saya susah
kerja dengan uncle. Macam mana saya sayang uncle dan cuba buat yang terbaik
untuk beliau.
“so, kau sayang bos engkaulah nih”
“Tengkorak engkaulah! Aku sayang Granny dan Neneklah mangkuk!”Jeritnya kasar.
Saya jeling-jeling dan ketawa dalam hati jer. Dia semacam
tahu saya ketawakan dia, walau dalam hati.
“Kau giler apa, dia dah hada girlfriendlah dan family derang
tengah set tarikh sesuai jer untuk mereka dinikahkan. Tapi mamat tu asyik busy
aje. Itu yang tangguh-tangguh dari setahun ke setahun”
“owh, really? Kalau dah ada girlfriend tak boleh sayang
macam sayang sesama insan ka?”
“Ya ya ya…. Macam kita sayang
Anan?” hmmm Annan sajalah kawan lelaki yang si Maddie ada. Dia mana ada kawan sangatpun. ntah macam mana saya boleh berkawan dengan minah Nerd yang kawan dengan buku aje ini, kan. Nanti kita cerita-cerita, nanti kita flash-back, ya.
“Tapi that guy is not Annan he is very different and difficult to love. He won’t let you
love him. Mungkin ada gen robot dalam badan dia”
Kami ketawa gelihati. Gen robot? Cyborg? Betullah si Maddie
ni memang kuat berangan. Dah maju sangat ka kejuruteraan genetik kita sampai boleh wujud anak biologi + mechanical dengan kepintaran artifisial?
Saya tidak mau membetulkan dia, tak mau berhujah dengannya sebab saya tahu dia
tengah menulis kreatif. Fakta, dapatan ilmiah akan membunuh kreativiti. Itu
pendapat saya. Seorang penulis kreatif sepatut dibiar berkhayal semahu-mahunya.
Dia nak kata cantum-cantum gen nyamuk jadi dinasor, biarkan sahajalah. Dia nak
kata dalam kapal angkasa sana kau boleh pandu kapal sambil makan ayam goreng
KFC, lepas tu mendarat di sebuah planet selain bumi, singgah warung pekena roti canai cicah kari kambing pun bolehlah. Mungkin planet itu seumpama bumi dalam cakrawala selain Bima Saktilah tu. Janji jalan ceritanya menarik dan dapat menghiburkan. Kita baca kreatif untuk santai-santai, bukan untuk berbantai-bantai, jadi penal penilai tak bergaji, untuk menilai logik ke tak logik akal sipenulis, kan?
No comments:
Post a Comment