Thursday, January 12, 2017

STIGMA

Satu hari saya sedang membaca tulisan di internet, Kawan saya sibuk menengok. Saya suruh aje dia ambil tempat saya dan baca.

Dia tanya "orang ni marah akak ka?"
saya jawab "taklah, kalau dah online ini semua general, sapa makan cili dia terasa pedas, kenapa? akak ada ciri-ciri yang dikatanya dalam sini,ka?"
Dia tersipu malu " taklah mana tau kakak ini puak yang dimaksudkan itu"

Mak aiii mementang aku pakai kerudung labuh terus kau kata aku parti PASlah tuuttthhh. Saya pun tak kisahlah kalau orang nak fikir tulisan itu dituliskan untuk orang berpakaian macam saya. Stigma memang semakin menebal. Jadi macam gitulah, kerana sebilangan kami yang merapik ntah apa-apa-tah. Semua yang berpakaian seperti kami dikata-kata extream, cakap/tulis tak guna otak, bla bla bla... Kalau orang tengok saya dia nampak macam foto kat bawah pun tak mengapa. Doa sahajalah sama tuhan yang di pengakhiran hidup kita nanti, semua yang buruk itu terpadam selamanya. Yang penting Muhasabah diri, mana yang ada kita baiki. Kita rasa kita bagus sangat, kadang tu adalah perbuatan, perkataan kita yang bikin orang pandang kita macam gini.

CENGGINIH sebenarnya orang pandang Kita. Taklah bagus mana, pun.


"****
Boringla cerita itu,kan, kita cerita, cerita lain plak...

Semalam saya berjumpa dan ngeteh dengan ex-schoolmate. Dulu saya fikir bila sorang, sorang dari mereka kawen, saya rasa alahai dah tak de kawanlah aku ni. Napa saya tak kawen? Budak-budak lelaki kami mana suka orang macam saya. Eh silap saya yang tak suka derang. Childish, mengongkong, suka buli perempuan tak cantik, unfair, bodoh, KOTOH! bla bla bla...,

Alhamdullilah masuk umur 40, anak derang dah besar, rupanya kami sama free, dia dah jadi bujang balik. Anak dok asrama, laki dok kerja, sambung belajar demi meningkatkan status keluarga ke satu tahap yang lebih tinggi, lagi. Jadi dia ada masa menemani kawan dia yang kesaorangan ini. Kami borak-borak.

Perbualan kami seputar Anxiety, Mental, OCD, Paranoid, SAKA masalah kejiwaan & kekosongan hati. Dia cerita pasal anak sedara dia. Lelaki yang genius tapi dapat sakit misteri. Belajar sekerat-sekerat jalan. Budak tu nampak hantu. Hantu berlegar sana-sini, macam cerita filem Alif dalam 7 Dimensi. Syukurlah akhirnya dapat jumpa orang pandai, budak itu pun kembali ok dan boleh menyambung pengajiannya.

Kali ini dia nak belajar bawa kapal terbang, pula. Tapi dia bertukar baran. Emosional. Jadi, dia gagal. Orang "bijak-pakar" kata budak tu anxiety. Orang ada anxiety tak boleh bawa kapal terbang. Bahaya! Kalau dah anxiety kenapa tak pergi berubat dan makan ubat? Tak mau sebab malu. Tuan badan pun tak rasa dia ada masalah. Dia genius, apa? Tuang (ponteng) kelas, pun exam boleh score. Jadi sekarang ni duduk rumahla dia.

Kawan saya kata, dia nak memandai cadang itu ini bukan anak dia, biarlah.... mak bapa banyak harta tak de masalah tanggung anak begitu. Jadi tidak mengapalah itu.  Saya diam saja. kesian dibiar mereput begitu tanpa rawatan. Kami boleh angguk-angguk sajalah. Kadang-kadang ego mengatasi segalanya dan boleh memusnahkan masa depan yang cerah.

No comments: