Monday, January 9, 2017

PUSARA PUSPA

Sebenarnya saya lebih menyukai Rumi dari Gibran pun. eh silap, saya terlebih dahulu mengenali Puisi-puisi Rumi sebelum mengenali Puisi Gibran. Eh kata Chairil Anwar, Aku ini Binatang Jalang? Mana satu kau ni? Semua penyair kau tangkap cintan ka? Chairil Anwar tu obsessi pada masa muda-muda dulu. Dululah, masa-masa muda, masa-masa join geng usrah, masa zaman sekolah menengah dulu, tahun 90’an-dan-pertengahan 90. Iyalah masa tu sekolah pun sekolah elit, moto sekolah “dipimpin untuk memimpin”,kan. Jadi semua orang mau saya pimpin, gaytuh.

Sekarang ini tidaklah lagi. Bila saya jadi lebih dewasa saya tahu kelemahan dan kekuatan diri, saya mula mengerti yang, siapalah diri ini untuk “memimpin” sosok seperti Chairil Anwar pulang ke Negeri Abadi.

Saya jadi sangat menyukai The Madman oleh Khalil Gibran… suka sangat prasa ini, baca, ya. Baca, renung dan hayatilah ia dengan rasa penuh cinta dalam kalbu:-

“ And I have found both freedom and safety in my madness; the freedom of loneliness and the safety from being understood, for those who understand us enslave something in us. “

Sweetkan. Sweet sangat-sangat, amboi jatuh cinta dan menginspirasikan sekali. Bila dah terinspirasi ni mulalah gatal nak meroyan… sekarang bacalah royanan sayalah pula ya. Saya tiru dari Madman yang saya tukar jadi Perempuan gila.


PEREMPUAN GILA MARDHIAH

Kau tanya kenapa saya jadi PUSARA?
Saya terkejut. Bila masa saya mati? Bukan saya perempuan gila,ka? Perempuan gila yang membunuh kejam perempuan yang kini diam tenang dalam pusara, tatkala HUJAN renyai, dengan sepi yang mengigit itu ?

Lalu saya berkisah kepada kau yang satu hari dulu, duniamu terancam, gersang, mau mati….

Semua setuju yang ianya harus diselamatkan. Lalu harus diselamatkan dengan apa? Seorang dari kamu, yang terbaik dikalangan kamu bikin "havoc" ada perempuan gila mau membunuh dia, dunianya dan impian kamu semua. Semualah jadi repot, kesian dan ambil berat. Sudahlah hidup segan, mati tak mau, dia yang diharap bakal menyelamatkan kamu semua dari petaka jahanam diganggu orang gila yang bercita-cita memusnahkan seluruh keturunan, tradisi dan ketamadunan kamu.

Kasihan sungguh, memang sungguh kasihan. Bertuduh-tuduhanlah kamu antara satu sama lain siapakah perempuan gila itu? Tiada orang gila sebab dalam duniamu cuma ada:-

Puteri penyelamat ummat akhir zaman

Atau

Puteri malang, yang bakal memberanakkan anak-anak puisi indah bagi menghidupkan duniamu yang semakin sakit dan gersang. Puteri Malang yang kekal mandul kerana digigit halang jodohnya oleh perempuan gila. Arujana bapak puisimu diculik, dikurung, akhirnya lumpuh kedua kakinya oleh perbuatan durjana perempuan gila yang tamak.

Cerita kamu saling tak tumpah macam skrip wayang Misery, Stephan King.

Saya hanyalah seorang penyibuk yang berada di tempat yang salah, pada masa yang tepat. Saya pula pegang satu laporan dari tuan Doktor yang tertulis:-

          "Schizophrenia in Remission"

Jadi pada hari itu saya terima sahajalah MISERY yang gila. Ianya hanyalah sebuah tuduhan tak berasas dalam talian yang tidak punya impak negetif terhadap kerjaya, kewangan maupun kestabilan mental dan kehidupan peribadi saya di dunia yang nyata ini.

Pun begitu, ironinya bila sedekad telah berlalu saya temui keindahan dalam kegilaan. Dengannya saya ada hak untuk menyepi dan menyendiri. Hak untuk tidak difahami oleh orang lain. Hak yang lebih besar bila terlepas dari sumpah "Dipimpin untuk memimpin" & sumpah untuk melahirkan seorang pemimpin bagi duniamu yang makin kelam dan kabur itu.

Hari hampir sore... saya mau pulang semula ke kota. Tidak sempat saya tanya kepada kau.

Saya mau tanyakan begini:-

" Tahukah kau di mana letaknya PUSARA itu?"

No comments: