Kawan perempuan saya pernah mempersoalkan "kenapa lelaki boleh perempuan tak boleh?" Saya tak tahu nak cakap apa. Mula-mula masa muda dulu saya akan cakap perempuan tak boleh sebab nanti tak ada lelaki mau jadikan isteri. Dululah. Tapi hari ini ntahlah... sebab saya nak jadi macam Ghandi,kut hehehe...berangan. Tidaklah my mom wish,lah,kan. Wish dia nak haku ni bergaya, bermake-up kuruskan badan, segala bagai dahlah haku langgar, jadi her last wish saya berbahasa lady-like, takkanlah saya mau lawan juga,kan. Kata Mak "kalau fizikal tak boleh ubah, perangai boleh". Itu pesan mak saya. Kalau kau nak Ratu Naga & Siti Kassim berubah, kau suruhlah mak dia cakap macam yang mak saya cakap sama saya...
Walau menyumpah, bersumpah, meyampah ini, bolehla kita kata "morally wrong". Namun, pandangan "psychological scientis" tentang isu ini tak boleh juga kita bakul-sampahkan begitu sahaja. |
Untuk Type A person yang mana sumpah-seranah dah jadi makanan ruji yang sukar dibuang...boleh baca artikel ini, dan ini. Janganlah takut orang tak sayang. Kalau dah sayang, walau tersentap, tetap sentap-sentap sayang. Tak ada masalah. Ala, macam lagu Alleycat, "Cinta Sambal Belacan" tuuu. Walau pedas hingga mengalir air mata, tapi masih dimakan jua...
hehehe...
No comments:
Post a Comment