Monday, October 24, 2016

NEW AGE

New age, itu temanya pada Nopen 1-6.  Ceh macamlah bagus. Saya mencipta satu agama baru? Gasak korang nak kata apa, katalah. Ianya terinspirasi dari diri saya sendiri yang sering dikritik oleh mak sendiri sebagai bermulut longkang he he he he. Dahlah mulut longkang, muka pula tak lawa. Yang penting hati baik beb.

Ada pula mereka yang tak boleh terima kewujudan manusia seperti kami ini membawa macam-macam hujjah dari opinion leader yang terkemuka yang mengatakan bahawa mulut longkang is a NO NO NO thing, and if it happened if you bermulut longkang, sila bersihkan mulut kamu sebelum kamu berangan untuk masuk kesyurga.

Tak kisahlah,kan. Kita tak usahlah bergaduh-gaduh atau sentap-sentap. Aim kita apa? Nak masuk Syurga. Nak masuk sana kena bersih mulut. Well bersihkanlah. “Hey wait the minutes I need my mulut longkang, if not my staff, my student naik lemak, my kids blab la bla bla naik mengada-ngada.” Thank God la I tak de benda-benda tu semua. Itu problem orang. Pesan penaja “jangan jadikan masalah orang lain sebagai masalah anda”. Itu pesan penaja, tapi sebab saya sayang kamu bolehlah kamu gunakan alasan "analgesic benefit of cursing" oleh Dr Richard Stephens, Pensyarah kanan Universiti Keele, UK untuk terus melongkang ya. Sayang kamu,kan.

Ini cerita perih-payah saya untuk menjawab kritikan mak saya. Macam-macam buku panduan saya baca. Macam-macam seminar saya ikuti dan akhirnya mak sudah tidak komplen lagi pasal saya. Makna berjayalah tu. Ada orang kata si mulut manis macam saya ini sebagai penanam tebu di tepi bibir? Alah kau jeles dengan akulah tueee….

Nopen 1-6 mengambil keadah New Age dalam mengatasi masalah kelongkangan mulut. Juga dilemma yang dialami oleh Maddie satu watak khayalan yang tidak wujud (bukan saya sebab saya tak pernah ada dilemma dalam isu mulut longkang ini Mak saya memang mau saya hapuskan longkang Period. Thanks Mom for making my life easier) yang rasa dia patut celebrate kelongkangan mulut dia. Tapi dia tak pasti sama ada mau tunjuk longkang patut dilawan dengan longkang atau tidak. Well you can say she is my imaginary friend, okla, bolehlah. Juga pegangan kawan rapat dan Nenek-neneknya yang mahu dia sedar kalau betul pun longkang harus dilawan balik dengan longkang, itu bukanlah tugas MADDIE….

Tugasnya ialah untuk membuang kelongkangan mulut agar diterima khalayak? Tidak, sebenarnya tidak sama sekali. Longkang harus dibuang sebagai tanda kejayaan dalam melawan amarah diri. Zaman New Age Spirituality ini mottonya “an Eye for an Eye will make the whole world blind” ia soal betapa kuatnya seseorang itu dalam menghayati kata-kata keramat icon New Age Spiritualist iaitu Mahatma Ghandi. Janganla ada yang rasa tersinggung pula kenapa saya tidak angkat Nabi sendiri. Ini cerita New Age.

Ok


Ta Ta.

No comments: