Kawan FB saya tak ramai mana pun, tak sampai 300 orang pun.
Dalam ramai-ramai tu ada sorang ajelah pakcik tu yang dok rajin
pung-pang-pung-pang pasal hudud. Lain-lain yang saya sangka Islamis, langsung
saya tak boleh teka pendirian mereka pasal hudud. Cinta hudud yang mekar dalam
hati tak boleh dizahir demi menyubur baja pada perdu reformasi yang kian
membesar. Dan hudud itu umpana racun. Ini cuma sangkaan aje. Sebelum ini kenampakan sangat akan kesungguhan memelihara kesucian diri dari memfrinjan, karya-karya pop peluk sana, peluk sini bunga zina, bab hudud tak pernah ternampak kezahirannya. Itulah membuat saya merumuskan yang mereka pun suka hudud, tapi antara hudud dan survival kesatuan, kesepaduan hubungan yang baru demi menumbang rejim rahsuah dan kronisme, itu lebih utama Adus malankoliknya… saya sungguh memahami
perasaan itu sambil menyenandungkan pantun ini:-
Kiri jalan, kanan pun
jalan
Tengah-tengah pohon
mengkudu
Kirim jangan, pesan
pun jangan
Sama-samalah
menanggung rindu
Pak cik itu yang dah pencen itu kira somebody jugala dia
masa dia tak pencen dulu. Orang rumah dia orang politik besar dan keluarga
politik elit. Kalau di Semenanjung ini sama bagai macam family elit Najib-Rosmah,
Tun Razak, Tun Hussien Onn, Onn Jaafar gitu.
Dari Pak Cik inilah saya tau di Berunai sana, pengamal
homoseks akan di rejam sampai mati dan saya dapat tau ahli parlimen bukan Islam
akan tentang hudud. Eh ada mau bentang hudud di Parlimen ka, lalu saya google
ia ada dan kununnya akan dilaksana tahun depan jika urusan pembentangan
tersebut berjalan lancar pada tahun ini. Bukan satu Malaysia, tapi di Kelantan sahaja. Yang akan diperbentangkan ialah enekmen untuk kegunaan Kelantan.
Saya macam tak percaya aje update-update Pak Cik ni, too
good to be truelah… Saya takut gak tak jadi. Tapi dengan matinya Karpal Singh, dan
juga dengan kebakalan berangkatannya Raja Liwat Malaya ke penjara Kajang…rasanya
kita sudah tak ada batu penghalang lagi. Tak taulah kalau UMNO cuma acah-acah Mak Enon, melacur hudud untuk bikin porak hubungan PAS-PKR-DAP.
Pun saya gembira, saya ucap syukur sama Allah. Kita tunggu
ajelah, sambil berdoa yang ia akan jadi kenyataan sebab ada orang kata
sebenarnya kita tak perlukan 2/3 untuk enekmen itu ditegakkan. Jadinya kalau
kali ini tak jadi juga hudud Kelantan, memang sahlah UMNO Mak ENON jahat yang
suka mengacah lagi ada black-hidden agenda.
No comments:
Post a Comment