Saturday, April 5, 2014

SEMBANG-SEMBANG PETANG


Dalam orang sibuk-sibuk sedih pasal MH370, tetiba Musa Hitam yang dah lama tinggalkan politik tanah air, bikin sort of like come-back-lah pula dengan cerita Mamali dia. Dia  mengadu kata dia pedih, dia sakit bertitik dari peristiwa berdarah itu. Konun kerjaya politiknya hancurlah gitu. Mungkin dengan harapan orang nak kesiankan dia kut. Ah sudah, dia nak ganti/bersaing dengan Dewi Dr Wan, ka dia ni? Itu perasaan tak baik sangka saya. Berbaik sangkalah sikit,kan.

Oklah saya baik sangka. Tan Seri saja-saja nak kongsi rasa sedih dikambing-hitamkan pasal Memali dengan kita semua. Tapi orang kata udah-udahlah tu, baik duduk rumah jaga cucu aje. Dah tua dah. Bagilah orang muda peluanglah pula he he he…tak cukup lagi ka jawatan Pengerusi Sime Darby tu. Itulah dia orang Melayu nak juga jadi HERO politik, tak mau dia jadi HERO koprat. Ko jaga ajelah Sime Darby tu baik-baik, udah leer iyee.

Bagilah peluang kat oghang muda nak jadi HERO wira penyelamat. Yang tak de caption tu, kena tanya buah-hati-pengarang-jantung dia. Saya indak berani komen apa-apa (gambar ni saya dapat dari google-google dan saya tokok tambah dengan Powerpoint)

‘*****
Dulu saya pernah serumah sekejap dengan kakitangan pejabat agama Daerah. Kejap je tak sampai setahun pun. Bila saya dah lulus ujian memandu dan dapat lessen, saya pun berulang Jasin-Alor Gajah. Kami ada,lah bersembang-sembang pasal Syiah, pasal segala, pasal Mesir juga, pasal pelajar-pelajar kita di oversea,lah. Feedback kawan sangat mengejutkan. Dia kata kerajaan memang memantau pelajar yang belajar di luar negara ini. Kata dia pada saya lagi janganlah risaukan kawan virtual yang baru pulang dari UK itu, banyakkan baik sangka, layanlah cadangan dia sebaiknya, perkara yang baik, ia akan membuahkan hasil yang baik juga pada masa hadapan.

“Yang tak Ok, budak balik dari timur tengah, memang ramai dan tak semua pelajar tajaan kerajaan”

Kata dia lagi keadaan di Mesir itu yang bikin keadaan jadi macam itu. Di UK, di Eropah, Amerika  pendeknya barat, ada tapi kurang benda-benda yang boleh merasuk mereka sangat jadi extream memandang saudara-mara yang ada ini semua kafir lantas mau ubah segala-galanya demi menyelamatkan kaum keluarga yang kafir itu sejurus pulang ke tanah-air.  

Pada saya macam pihak yang mengtahui hal ini seakan berserah bulat-bulat sama Allah sahaja jualah kiranya. Pada mulanya saya fikir itu sangat bahaya, tapi mungkin memang mereka tak tau nak buat apa-apa. Akhlak orang alim kalau mereka dah tau nak buat apa, mereka idaklah berani nak jadi tikus baiki labu, serah saja sama Allah dengan doa banyak-banyak agar setelah pulang pelajar ini dapat kerja baik, berjodohan dengan perempuan/lelaki yang baik yang boleh bagi sakinah, lepas tu beranak pinak, redho dan lebih realistic memandang masa hadapan. Lantas perlahan-lahan api kobaran semangat-bara muda yang terikut pulang bersama dari bumi orang.

Tapi bila dah masuk 40 siri ni memang betullah, berserah sama Allah itulah yang terbaik sebenarnya. Akhlak orang alim memang halus lagi terpuji lagi tidak gopoh. Duit rakyat pun tak dibazir-bazirkan, hah, dah kawen, dah ada anak baik-baik,lah tu. Lama-lama mereka pun sedar, apa faedahnya menuduh saudara sendiri sebagai kafir,pun. Tak de fekdahnya.

No comments: