Sunday, April 6, 2014

HARGA BAGI SEBUAH KEHIDUPAN

Jumaat lepas saya teman Mak gi hospital, saya keasyikan tengok ada satu patient tu bersimen tangannya sebelah rancak menaip telefon pintar dia, berwats ap, ka…kira bersembang di dunia maya dengan kawan-kawannya. Badan aje kat hospital tu…kablu ntah dah ke mana tah tu. Ibu dia baca surat khabar. Ibu tunjuk cerita Pensyarah Cabul. Anak tangkap gambar, sambung sembang lagi. Laju dia menekan-nekan abjad dengan ibu jarinya. Leka saya. Nasib baik dia tak perasan. Rasa malulah pula, dok tercongok tengok orang tak berkelip-kelip. Astagfirullah hal azim….

Saya ajak Marissa pergi play-ground, takut nanti caught red handed memerati orang. Saya pun lupa pasal budak yang laju menaip telefon pintar dengan ibu jari, lupa jua akan pensyarah cabul tu, Ahad buka internet, layar blog, buka FB, heboh jua. Alamak iye ke betul ka Pensyarah tu yang dimaksud-maksud kan yang itu tulah tu yang glemer yang saya pun suka juga tu. Selisih nauzubillah. Macam mana boleh jadi sampai macam itu. Takutnya.

Tak taulah apa salah…zaman moden banyak sangat penyakit, ada saya baca tu mid-life or quarter-life crisis. Rasa hidup kosong. Antara symptomnya kalau lelaki dia berkawan dengan perempuan lebih muda, pakai rambut palsu dan macam-macam lagilah.

Apa punca ntahlah…

Itu sesuatu yang giat diteroka di barat sana…sampaikan ada yang punyalah giatnya berfikir sampai bunuh-bunuh diri pun ada. Kita di Malaysia itu macam taboo. Kalau ko mengaku ko mengalami mid/quarter life crisis kawan ko cepat-cepat akan nafikan ko. Saya pernah mengadu pada kawan, yang kawan saya mengomel pasal ,mid-life crisis, sebenarnya bukan mid, tapi quarter, ntahlah dia berasa dia dah tua sangat kut, atau dia ambil umur nabi 64 bukan umur manusia terpanjang dalam dunia.

Punyalah nak gugur dengar respond kawan. Dia kata

“cakap dengan kawan awak tu, suruh pergi bunuh diri, lagi baik”

Saya nak nangis jam-jam tu juga pun ada. Sebab apa yang berkata macam tu kaunselor tu…ada cap CPA, ka hapa ka…bukan kauselor cap ayam. Ada pentauliahanlah…macam kita akauntan yang ada ACCA,  MACPA, CIMA gitu.

Now it’s happening to orang-orang dalam bizness service macam ko…(ko punya line). Mencabul perempuan muda? Ada berani nak suruh dia bunuh diri? Tu leee dia ingat kawan saya yang mengadu mid-life-crisis tu, adalah kawan yang saya kenal dan jumpa di Klinik Psychiatri Hospital Besar Melaka agaknya he he he….

No comments: