Kalau orang tanya apa hobi anda? Saya cakap membaca, memasak
dan berenang. Itu tak betul, memang saya suka membaca, tapi hobi sebenar saya
membaca politik dan orang politik. Itu memang minat besar saya yang mak paling
tak restu. Marah dia kalau saya sembang politik. Jadi saya pun tak
menyembanglah kecuali, Abang G dan Pak Lang datang merisik. Abang G tau mak tak
suka saya cakap politik, kalau dia maukan ramalan politik dari saya, dia akan
pastikan line clear. Abang G pun la ni dah lama saya tak jumpa dia. Frust dia
bila dia kata “R” is for Razali, saya kata Ku Li dah tua. Company Act kata kalau boleh, Director tu umurnya, janganlah lebih 75 tahun.
Ok now mari terus sembang pasal politik. Pasal masa depan
UMNO. UMNO semakin hari semakin teruk. Memang pembangkang pun lagi teruk, tapi
UMNO yang orang kata payung orang Melayu ni macam sudah ketandusan pemimpin
yang berkaliber. Iya kita perlukan pemimpin macam Adenan Satem, tapi tidak
kelihatan langsung ke Adenananya. Jadi saya fikir betullah orang superstitious penteori
RAHMAN, kata UMNO ni setakat Najib aje. N-for Najib. Dia yang last.
Lepas ni? Belah pembangkang teruk juga katanya. Memang teruk
tapi cer tengok budak ni. Walau dia pun ntah apa-apa-tah. Let me tell u
something, dulu masa zaman blogging dulu, ada minah meroyan kata saya ini perampas. Bila masa aku rampas, sapa dah aku rampas, pening saya bila
dia tetap menangis-nangis, dalam emel, setelah marah-marah secara terbuka
dalam blog. Dah marah-marah kita macam-macam, lepas tu nangis-nagis pula. Lepaskanlah, lepaskanlah….oh pulangkanlah, pulangkanlah. Saya bingung, nak dibikin apa anunya engkau, itu? Aku bukannya ada kerajaan, ada empayar, ada parti untuk ditadbir untuk dicari bakal-balak-pelapisnya. Lalu saya solat hajat untuk
minah ni. Saya cakap sama tuhan “saya tak apa untuk dikembalikan, pada dia, jadi
tuhan tolonglah bagi dia apa-apa yang berganda lebih bagus dari yang ditangis-tangiskan dari saya itu.
2016 ini saya rasa sangat gembira sebab tuhan sudah makbulkan doa saya. Buat sapa yang
pernah meroyan-menagis-nagis, pada saya dalam emel tu 10 tahun yang lalu itu, Hah!
sekarang tuhan dah bagi kau yang hensem, yang muda untuk harapan engkau yang tak kesampaian dulu. Ini kalilah kalau kau menangis lagi,
mak tak tau nak cakap apa-apa.
No comments:
Post a Comment