Irma dia memang anak yang baik, pandai dia. Pada hujung
minggu selepas saya basuh dia cukup-cukup, pagi-pagi lagi dia sudah siapkan
kerja rumah. Dia cakap dia mau ajak saya
makan special katanya. Duit berjualan nasi campur dan kadang-kadang kueh ada banyak.
Dia memang bijak, saya charge dia RM2.50,
tapi bila sampai university dia
jual sampai RM4.00. Kalau dengan pensyarahnya dia letak RM5.00. Kadang-kadang
ada pensyarah muda dok nak tackle sesama mereka belanja lunch, pada bakal
kekasih, atau kekasih, dia letak extra RM2.00 delivery.
Masa makan-makan dia beri saya kad, mother’s daylah katakan.
Ayah dia tidak ikut. Kena pergi Seberang Selat, hantar barang. Saya cuma
senyum-senyum walau saya macam menyumpah-nyumpah diri ini, sebab naluri keibuan
saya kata “eh, budak ini baik semacam, mesti ada kene-mengena dengan Dak Non ni”
Selesai makan dia
ajak saya pergi makan eskrem pasu dekat esplanade. Saya ok aje, walau
kengkawan saya ramai mencebek, eskrem pasu ini. “pengotoh aje, letak eskrem
macam, tu”. Iyalahkan dalam pertubuhan Wanita Pokok Pisang ramai juga orang
bijak-bijak, cikgu-cikgu, nurse. Seminggu sekali kami aerobic kat rumah datin.
Kunun nak menghayati “healthy lifestyle” Tapi kalau malas dan teringin,
pagi-pagi sebelum pergi kerja, beratur juga mereka beli nasi lemak saya.
Tiba-tiba Irma menyergah macam dia dapat baca aje fikiran
mak dia ini. Itu membuat saya tambah syukur sama Tuhan, walau Irma biasa-biasa
aje rupa parasnya, dia anak yang baik dan tidak mudah terasa hati dengan
perkataan saya yang kadang-kadang kasar “Chegu Piah tak kondem apa-apa pasal eskrem ni, ka, mak?”
Saya gelak aje. “Chegu Piah. Bukan kau tak tau. Kau tanya si
Hassan mak dia ada makan eskrem pasu tak? Mesti ada” Chegu Piah memang begitu
selalu update dengan apatah Irma kata sosial elit puritan healthy lifestyle? ka apa kebendanya. Masa orang
sibuk-sibuk kata nasi lemak kolestrol, dialah yang paling vocal bercakap, tapi
si Hassan anaknya yang sekarang ini berada di tingkatan 3 tak pernah miss beli
nasi lemak saya macam selalu. Saya memang tak terancam dengan propaganda
health-health ni, sebab memang yang lantang bercakap keburukan nasi lemak tu, dialah
yang tak pernah lari membeli nasi lemak saya. “Metabolisme saya tinggi, saya
makan apa pun cepat terbakar” kata dia,
lalu saya sambut “Ai, ke chegu ni ada membela kut makan macam gajah pun
tak naik-naik berat tu” laser saya balik.
Bila Irma tengok saya happy dia pelan-pelan buka mukadimah
begini “mak, kalau orang cakap mak jangan marah ya”
Wah tiba-tiba dada saya pula yang berombak kencang “sah ni
mesti ada kaitan dengan dak Non nih” hati saya berkata-kata
Tapi saya cakap “eh, kenapa nak marah pula?”
Lalu dia cakap yang bukan dia terhegehkan dengan Abang Non
dia tu, dia sedar dia tak layak jadi ustazah dan dia tak minat pun nak jadi
ustazah. Dia memperbaharui ikrarnya untuk meniaga nasi lemak lagi gempak dari saya. Ada frenchise nasi lemak sampai ke negara barat. Sakit hati dia bila
orang sana kata nasi lemak tak baik untuk kesihatan, tapi orang di sini
berbondong-bondong beratur di franchise Mc Dougles dan Ayam Beri-Beri OHSEM. Sebelum
tu dia nak jadi ntah apa ke entah remaisser macam kakak sepupu dia. Dia kata lagi
pada hari itu, dia geram dengan Mak Minah B dia. Dia geram bila Minah cerita
Syiah 18sx. Irma cakap begini “mak tau tak cerita yang Mak Minah cerita tu
sebijik macam novel pop best-seller omputeh yang ada jual kat kedai tu, tau
mak”
Saya pun ketawa gelihati “kau ingat mak percaya ka? Kalau
betul ada, pun takkan dak Non sanggup buat macam itu?”
Lagi satu saya bilang
“kau ingat zaman kau aje ka ada omputeh jual buku cerita lucah macam itu? Zaman
mak pun ada cerita Melayu…. Apa ke nama bukunya, Panggilan Anak Setan? ntah,
mak ingat ala-ala cerita Alien V mengawan yang kita tengok kat TV tu” kami
ketawa sama-sama.
“Hieros gamos mak, nama upacara dia” jawab Irma
Kami ketawa lagi. Saya ketawa senang hati yang Irma tak ada
hati dengan Dak Non. Ntah apa dia kata ramos, gomos, gomol, gasak dialah. Bukan saya tak suka dak Non, tapi
rasa Ummi dan Abi Dak Non mesti tak boleh terima Irma. Nasi lemak saya pun
mereka tak suka. Mak Ayah dak Non perangai ada sikit macam penjaga Pintu
Syurga. Selalu juga Non minta-maaf bagi pihak Mak Ayah dia. Saya rasa dia tak
perlu buat begitu, saya sudah masak dengan gelagat mereka berdua yang selalu
juga bertandang ke rumah anak bujangnya. Saya rasa kalau bebayang saya jatuh di
badan salah sorang dari mereka, harus mereka balik rumah mandi samak.
Tapi saya tak akan luahkan apa terbuku di hati ini pada
Irma, saya tak mau dia benci orang agama, walau ada sebilangan mereka yang
perangainya bikin hati kita dihiris-hiris bak sembilu. Pernah Irma mengomel
pasal Ummi dan Abi Dak Non tika mereka menjenguk anaknya. Saya bilang, “kan,
abang Non dah minta maaf bagi pihak, yang engkau ni pun satu, tak bolehka kau
pakai kain, ke, skrit labuh ka, asyik-asyik capri-capri-capri, t-shirt kau, aku
tengok dah macam sampul nangka dah”
Saya selalu pesan sama Irma, sama diri sendiri, yang kami
ini, kalau tak boleh nak warak, tak boleh alim, terima sajalah apa orang alim
buat pada kita. Ada juga Irma tunjuk-tunjuk emel, pamphlet, geng-ursah tazkirah
ajak budak-budak free hair macam dia bertaubat dan berhijab, psiko-psiko dia
agar masuk geng mereka. Saya belasah aje dia balik, “yang kau tak nak
bertudung, padanlah muka kau” Saya memang tak mau bagi muka pada dia, walau
bahan dakwah yang dia suruh saya baca agak melampau.
Pernah satu hari dia bawa majalah ntahlah tak hingat saya apa nama majalahnya macam dakwah-dakwah kut, tapi dalam tulisan yang Irma tunjuk tu langsung tak dakwah, sama aje tarafnya gossip-gossip mengunjing parti Cap Pokok Pisang. Dalam itu lagi teruk. Mengunjing, mendedahkan perihal perangai budak-budak usrah di universityyang tengah gatal, zaman menuntut lawi. Cerita yang 18sx paksa. Macam cerita dalam Drama TV yang satu ustaz isteri dah 4, nak kawen budak muda, cerai, satu bini. Kawen muda. Ini cerita budak universiti. Dakwa majalah dakwah tu langsung tak nikah pun. Betul ka cerita pengarang itu. Ka si Irma terbawa balik skrip drama baru pasal kepala usrah rogol pengikut usrah yang cun-melecun? Kalau kenang-kenang ustazah Safiah, ustaz Sharin yang baik budi mengajar di kelas dewasa di Taman ini, aish….macam pengarang majalah itu aje yang tak betul. Lalu dengan nada selamba, saya bilang sama Irma “kalau kau nak bawa balik suruh mak baca cerita-cerita macam gini. Apa? Dia kata kajian? Dia mengkaji? Kajian apa ni? Haaaah, baik kau tukar kursus doktor macam doktor Suraya yang ubat sakit jiwa Mak Enap Tembam kau tu, kau sendiri yang buat kajian tu, baru mak percaya!”
Tapi kemudian saya pujuk dia, atau lebih kepada pujuk diri sendiri dengan berkhutbah panjang lebar begini:-
Pernah satu hari dia bawa majalah ntahlah tak hingat saya apa nama majalahnya macam dakwah-dakwah kut, tapi dalam tulisan yang Irma tunjuk tu langsung tak dakwah, sama aje tarafnya gossip-gossip mengunjing parti Cap Pokok Pisang. Dalam itu lagi teruk. Mengunjing, mendedahkan perihal perangai budak-budak usrah di universityyang tengah gatal, zaman menuntut lawi. Cerita yang 18sx paksa. Macam cerita dalam Drama TV yang satu ustaz isteri dah 4, nak kawen budak muda, cerai, satu bini. Kawen muda. Ini cerita budak universiti. Dakwa majalah dakwah tu langsung tak nikah pun. Betul ka cerita pengarang itu. Ka si Irma terbawa balik skrip drama baru pasal kepala usrah rogol pengikut usrah yang cun-melecun? Kalau kenang-kenang ustazah Safiah, ustaz Sharin yang baik budi mengajar di kelas dewasa di Taman ini, aish….macam pengarang majalah itu aje yang tak betul. Lalu dengan nada selamba, saya bilang sama Irma “kalau kau nak bawa balik suruh mak baca cerita-cerita macam gini. Apa? Dia kata kajian? Dia mengkaji? Kajian apa ni? Haaaah, baik kau tukar kursus doktor macam doktor Suraya yang ubat sakit jiwa Mak Enap Tembam kau tu, kau sendiri yang buat kajian tu, baru mak percaya!”
Tapi kemudian saya pujuk dia, atau lebih kepada pujuk diri sendiri dengan berkhutbah panjang lebar begini:-
“Hidup ini ujian. Tuhan datangkan orang yang bikin kau
bengang bukan suruh engkau bertekak, marah mereka balik, singkap, selidik kaji,
dedah-dedah pekung mereka, tapi tuhan mau kau jangan jadi macam mereka. Lain la
kalau kau tu belajar macam doktor Suraya, lepas tu kau malas duduk hospital,
ubat orang sakit jiwa terpekik-terlolong, kau perati orang satu-satu-satu,
lepas tu kau tulis-kau-tulis-kau-tulis. Engkau juga kata engkau nak meniaga
lebih besar lagi dari mak. Belajar meniaga ajelah Irma weh, jangan dok sibuk
jaga tepi kain kajian orang! Buat menyemak kepala otak ajelah. Orang meniaga ni hati kena bersih, baik sangka dengan
semua orang baru orang berduyun-duyun datang beli barang engkau. Tak kisahlah
perompak, ke penyangak ka, ustaz-ustazah gila seks ka ada nafsu maukan nasi
lemak dan karipap, janji barang engkau laku, dia tak kacau engkau. Kalau kau
asyik mengujing bakal pelanggan, sapa mau beli? Kau tengok emak jual nasi lemak,
ada tak kariah parti Cap Ayam datang beli? Hah haram, tak hada, kecuali abang
Non kau tu aje. Tak ke kau fikir mak dah banyak rugi? Belajar betul-betul,
nanti kau tak perlu bergayut kat sapa-sapa, Cap Ayam suka kau, Cap Pokok Pisang
pun suka. Jangan jadi macam emak. Jadilah
macam Ustaz Kozam Naik zikir kasih-cinta-nabi tu, dua-dua pentas dia naik,
penonton naik syeikh. Pentas Cap Ayam panggil, orang datang berduyun, pentas
Cap Pokok Pisang panggil pun penuh pecah dewan”
Saya fikir orang darah muda memang begitu. Di tempat kami
ini ustazah pencen, ustaz, imam semua baik-baik belaka. Contoh terdekat, jiran
saya memang baik budaknya. Kadang bila baca orang komplen pasal orang Agama
berlagak tuhan, maki-hamun mereka, sayu juga hati saya. Semua orang Agama itu
macam ka? Mujur di taman Perumahan saya ini tidak begitu. Kes terpencil ka, kes
besar, berapa %nya, adakah ini kes kerna nila setitik rosak susu sebelanga? Saya
cuma jual nasi lemak saya tak tau apa-apa.
No comments:
Post a Comment