BN menang “land-slide” victory di Sarawak. Ini menunjukkan
politik benci tak bawa ke mana. Saya berada di Kuching seminggu sebelum
Pilihanraya-Dewan-Undangan Negeri berlangsung. Pembangkang membawa tema
benci-GST. Bila BN menang BN kata rakyat Sarawak faham kenapa perlu GST. Rakyat
mana yang faham? Kau tanya saya yang dah baru selesai first-degree in
accounting ni pun tak faham kenapa perlu GST. Tapi mereka menolak anti-GST
kerana mereka lebih percayakan Ketua Menteri
yang ada sekarang ini. It’s all about Adenan Satem, and nothing to do with
Sarawakian lebih faham GST atau tidak. Satu perkara yang menambat hati rakyat,
Adenan memansuhkan TOL bila beliau jadi Ketua Menteri, lepas tu banyak lagi
perkara positif yang beliau lakukan untuk menambat hati kaum Cina di Sarawak.
According to my cousin yang mengajar di Politeknik di sana.
Jadi kesimpulannya, it’s Adenan ok, not GST thing. Orang
gila aje, yang bermati-matian suka kena cukai. Dahlah kena bayar zakat, kena
bayar cukai pendapatan kena bayar cukai barangan dan perkhidmatan, brapa banyak
cukai dah…..Mutu perkhidmatan kerajaan? Ntah okla tu jumpa dokter pakar 4 bulan
sekali dengan bayaran hanya RM5. Itu yang sakit yang tak sakit,
single-mingle-bujang-senang? Kesian waima subsidi petrol pun dah tak ada. Jadi
yang tak sakit tu cepat-cepatlah kawen dapat anak moga cepat dapat subsidi gaji
cikgu sekolah. Rugi u bayar cukai banyak-banyak tapi tak dapat satu pulangan
pun.
Ok now sambung bebel pasal penulisan seksi vs alim. Kenapa
tulis seksi kalau boleh tulis alim? Hari ini saya mengintip lagi Prof Alim. Dia
membebel pasal Mayor Islam pertama di UK. Dia macam nak kata “tak payahlah nak
bangga dengan beliau, nama jer Islam tapi sokong Gay dan Lesbian” tapi dia tak
berani,lah. Tak tau kenapa dia tak berani tah.
Saya memang konfius ni. Tapi yang saya tahu satu aje, duduk
dengan Prof Alim ini kita akan rasa sangat tertekan. Ya I ada cousin yang
begini. Pegawai tinggi kerajaan juga dalam Jabatan Agama. Dulu Penolong
Pengarah, sekarang ni Ketua Penolong Pengarah, kalau balik state memang pangkat
dia Pengarah, cuma dia perempuan susah mau jadi kepala agama di State. State
pula ada beberapa je yang dia boleh pergi, Melaka, Penang, Sabah, Sarawak.
Memang stresslah, disiplin ketat. Sebab itulah dia boleh jadi orang besar di
Putrajaya sana.
Saya memang kagumi orang macam ini, tapi pada masa yang sama
saya lebih suka releks-releks dan tidak terlalu kritikal sangat pasal keIslaman
orang lain. Kita punya Islam jaga sudahlah. Kita pun bukannya baik sangat pun.
Dalam berkerjaya pun saya tak suka terkejar-kejar. Yang ada ini dah cukuplah.
Kita jaga apa yang ada.
Duduk dengan si Seksi? Eh tak berani saya. Bukan saya
takutkan dia, tapi saya takut dengan diri sendiri. Saya takut saya jatuh cinta
tak berbalas tersekse jiwa merana badan sapa nak ubat ha hahaha…….
Ok cerita seksi meksi-brutel vs alim- boleh tulis alim, tapi dok pi tulis seksi-brutel, cari marah orang tua-tua macam mak ni, cukup sampai sini ok. ops Mak tak marah nak. Tak marah suka, tahun depan buatlah lagi. Mak ni tak marah sebab dia memang getek, memang Loike, seksi-seksi ni, cuma tu bila orang marah-marah sampai babit-babitkan anak keturunan dia jadi takut. tu jer.
Oklah Mari kita berhenti menggetek, dan moving on with life, tahun depan saya cega lagi ada tak buku kuning, I loike he
he he…. For the time being 2016 menyaksikan peningkatan berat badan saya yang
menakutkan….sebabnya, ntah heppy sangat kut senang hati. Minggu depan ajelah kita jumpa lagi. Ta ta
No comments:
Post a Comment