Saya rasa macam malas pula nak cerita pasal kapitalis yang saya belajar pada trimester
akhir yang lalu. Tetiba rasa nak sambung tulis pasal polemic. Apa binatang
jadahnya polemic ni. Ntah saya pun tak berapa pasti. Tapi dia macam
gaduh-gaduh-gaduh-gaduh panjang-panjang gitu. Polemic yang saya nak tulis ni
ialah dalam bidang tulis-menulis-Malaysia. Industri perbukuan kita. Brapa besar
market share atau viewership dia, saya pun tak tau. Ok zoom lagi sikit polemic tulis-menulis
sastera. Kasi lagi kecil, dan saya rasa viewership dia, kalau banding dengan viewership
ramalan kaji-cuaca, ramalan kaji-cuaca pun lagi besar, walau sessinya kontot menumpang dalam warta-berita TV.
Polemik sastera ni dah lama wujud dari zaman Asas50 lagi.
Saya pun bukannya orang sastera, jadi janganlah marah kalau saya tak ingat
dulu-dulu tu sapa bergaduh dengan sapa. Saya cuma ingat puak seni untuk seni
akan bergaduh dengan puak seni untuk masyarakat. Untuk tidak memenatkan saya
menaip berulang kali mari saya denote puak seni untuk seni sebagai seksi-butel, dan
puak seni untuk masyarakat sebagai alim…krik krik krik krik.
Seksi kata seni itu kebebasan berekspresi, tak kisahlah kau
nak mencarut ka nak bogel ka, asal ekspresi seni itu terjelma dan memberikan
kepuasan rohaniah kepada pemujanya, manakala Alim kata seni, apa-apapun
perkerjaan kau harus mendidik masyarakat. Bukan semua masyarakat boleh menerima
seni yang bebas tanpa sekatan ini. Jadi bergaduhlah deme ni. Mestilah yang Alim
menang. seksi-brutel kalah. This is Malaysia, jangan harap kau nak menyeksi dan membrutel hokey, bahasa kami bahasa makhluk tertinggi berasal dari kayangan.
contoh bahasa alim, anak dak dewa turun kayangan yang baik kalau kau nak jadi orang besar tulis-menulis di sini |
Kalau dah kalah apa lagi mau tulis? Ha pasal cerita pesta tahun inilah tu. Ha cerita pasal kawan FB saya punya kawan, punya buku kuning tu. Ha, sudah bikin sikit kecoh. Saya pun mengintiplah penulis buku kuning tu pula krik krik krik krik…. Rupa-rupanya dia boleh juga tulis karya Alim. Pernah menang pun hadiah sastera Maal Hijrah ka apa. Itu dulu. Tiba-tiba tahun ini berani dia menyeksi. Makkk ai. Memang nak kena ganyanglahkan.
Padan muka kau sapa suruh berani sangat. Saya pun tak
berani. Saya memang tak beranilah nak tulis-tulis macam tu. Tulis
dalam blog beranilah, nak bukukan aish tak berani saya. Kesan dia pada seseorang
tak sama, ada kata memberi kepuasan jiwa. Ada kata nanti boleh dapat anak
bobrok. Dan sejujurnya karya seksi yang ditukangi oleh penulis yang genius,
asal budak sekolah berasrama penuh, budak Melayu IQ tinggi memang best. Budak
IQ tinggi rajin membaca, rajin mengembara, dia tulis apa pun best, tulis
Alim-Maal-Hijrah best, tulis-pop-suami-isteri best, apatah lagi tulis seksi,
lagilah best,kan. Macam orang kata kalau orang cantik tu, model cantik, macam
Angelina Jolie tu, pakai slekeh-slekeh, kain batik tampar, baju kurung kedah,
selipar jepun, selendang bubuh nak tak nak je kat kepala, tampar kiri kanan di
bahu pun cantik. Waima bedak sejuk kat muka lupa nak cuci, dah keluar rumah,
sebab perut dah berlobang cari sarapan pun cantik. Hah macam itulah dia penulis
tinggi IQ dan lagi rajin berfikir, baik hati, terbuka fikirannya lagi tidak
tahu menghukum. Ewah macam ko kenal jer dia hehehehe. Tak lah kenal, tapi
adalah borak private massage sikit-sikit dengan dia. Penulis lain mana ada berani
layan saya. Dia ni berani.
Tahun ini dia berani, tulis buku kuning plak. saya tak tau
apa nak kata. Saya borak dengan dia pun pasal nak beli buku tu, tak pernah saya
borak hasut suruh dia menguning, hey tak pernah. Saya berani sumpah angkat
Quran dalam Masjid tau! Dalam pada tu sebenarnya saya kesian dengan Alim. Saya
rasa Alim tak patut melenting menghukum seksi sampai dapat anak bobrok pun. Teruskanla
menulis karya Alim. Kalau orang tak nak baca karya Alim, bukan pasal pembaca
kau dibawa lari oleh si Seksi. Penulis Seksi hanya boleh menarik pembaca Seksi.
Pembaca Alim tak akan tertarik dengan karya seksi. Tapi kalau kau habiskan masa
kau marah-marah Seksi, sampai kau lupa keluarkan karya Alim untuk tahun depan,
si Seksi pula menyeksi keluar lebih banyak karya Seksi, Pembaca Alim akan akan
terpaksa cari karya Alim dari penulis luar. Pembaca seksi tetap banyak tu juga.
Kalau bertambah bilangannya, ia dari
golongan seksi yang selama ini membaca seksi dalam sastera Bahasa lain yang
lebih terbuka dengan karya-karya seksi.
Untuk analogy mudahnya dia begini…satu kilang keluar susu,
susu untuk ibu, satu untuk tulang reput. Katakanlah susu tulang reput marahkan
susu ibu sampai dia lupa keluarkan susu tulangnya. Pengguna tulang reput takkan
boleh minum susu ibu, sebab tak semua
tulang reput itu mengandung. Sedangkan
susu ibu hanya untuk ibu mengandung. Mereka akan beli susu tulang reput dari
pengeluar susu tulang reput yang lain.
Hah macam itulah jugalah pembaca Alim, jiwa mereka tidak
akan pernah boleh dicuri oleh penulis seksi. Kalau kau rasa dia telah dicuri,
sebenarnya sama ada kau tak boleh terima hakikat yang dia ada sisi seksinya
yang tersendiri atau kau tak berapa
mengenali dia dengan sebenar-benar kenal.
Jadi janganlah marah sangat, fikirkan kemungkinan yang begini,
bahawa satu hari ibu mengandung, perlukan susu tulang reput. Jadi keluarkanlah
susu tulang reput yang lebih berkualiti lagi. Jangan buang masa marah sama susu
ibu, sampai kualiti susu tulang reput terjejas.
Dalam bab tulis-menulis ini jika anda berpasak pada Alim,
bila ada seksi mencuri tumpuan, anda-marah-marah, kami, pembaca akan kata…..”Aku
ingat Alim bebeno, rupanya idaklah Alim sangat pun dia ni” Tapi kalau penulis
seksi, dia marah-marah, kami boleh terima dia seadanya. Biasalah makin marah
makin seksi. Hehehe…
Teruskanlah menulis, nak gaduh boleh juga. Gaduh-gaduhpun
boleh bawa promosi, cuma jangan leka bergaduh sampai lupa menulis udahlah ya.
Tahun depan kami, pembaca akan tengok, ada gaduh-gaduh lagi tak.
Pun begitu hidup kita bukanlah untuk dapat puji-puji. |
Kalau macam ini keras hukum tulis seksi, yg menulis dan yang memuji tu memanglah berani mautlah,kan |
No comments:
Post a Comment