Saya bukanlah seorang yang wara’ kewangan, yang layak
menasihat itu dan ini. Tapi saya ingin berkongsi perkara yang saya belajar dari
mereka yang fasih dan alim dalam bidang ini.
Pertama menangguhkan kenikmatan.
Kisah tangguh-menangguh ini saya pelajari dari ceramah oleh
pakar dari AKPK yang datang berceramah di tempat saya berkerja. Dia datang
dengan pelbagai formula dan tips. Katanya tip dan formulanya tidaklah
menjanjikan kita jadi jutawan, tapi cukup untuk hidup bahagia dalam keadaan
sekarang yang serba mencabar ini.
Kita belanja apa yang perlu sahaja. Contoh di Melaka ini
disebabkan perkhidmatan awamnya tidak secanggih Singapura, saya perlu berkereta
untuk ke tempat kerja. Apa kereta, pun boleh. Tapi jika saya mengada-ngada mau MPV,
untuk saya seorang yang masih single ini. Itu bermakna saya bukan berkereta
untuk memenuhi keperluan saya, tapi saya berkereta untuk memenuhi kehendak
saya. lagi teruk jika mengidamkan SUV, choooiiii touch wood. Tak kena langung...tak pasal-pasal kena ejek 'Delusional Mardhiah."
Dan katanya lagi kebanyakkan kita rakyat Malaysia berbelanja
hanya kerna untuk meng “impress” kan orang. Bukan untuk diri sendiri. H,mmm,
itu pemerhatian penceramahlah. Anda boleh sahaja untuk tidak bersetuju dengan
beliau. tak ada masalah. Kita orang menganut falsafah... "if you believe in the freedom, of speech, you have to believe in the freedom of speech for those who carries the idea that you don't like."
Kedua perlu ada tabung kecemasan.
Apakah tabung kecemasan ini? Tabung bila cemas,lah. Incase
kita kena buang kerja. Jangan rasa kerja kerajaan tak boleh dibuang kerja,
stabil. Jangan. Jangalah kita ambil mudah akan hal ini. Esok lusa kita tak
tahu apa malang celakanya akan akan menimpa diri. Tabung kecemasan ini dikira dengan formula mendarabkan angka enam dengan
gaji bulanan kita.
Ada lagi tips, tapi saya kongsi dua sahaja. Sekarang mari
kita “move on” dengan ilmu yang saya dapat dari kelas perakaunan saya.
Ketiga – tambahlah pendapatan jika berpeluang.
Semua risau GST akan menyebabkan harga barang bertambah,
walau sudah diiklankan yang GST baik dan akan bikin kos kurang. Iklan TV kata
kini kita bayar sales & service tax 10%. Dengan GST hanya 6%. Kan untung 4%
tuh. Barangan asas tak kena GST, pengangkutan, caj kesihatan, yuran pengajian
pun akan dikecualikan dari GST. Pensyarah kata, apa yang tak didedahkan dalam
kita meramu service kesihatan, pelajaran dan pengankutan, ramuannya telah ada
GST, bila kos peramuan ini meningkat, sudah pastilah peningkatan ini akan
dijelma dalam harga perkhidmatan yang lebih tinggi.
Maka penyelesaiannya ialah tambah pendapatan dengan
buat kerja part-time seperti dia…kesian,kan.
Keempat- ini bukan masa yang baik untuk memiliki equity.
Kata pensyarah saya buat masa ini keadaan ekonomi adalah
sudah nak meletup. Dia tak kata macam itu, saya yang rephrasenya jadi sampai begitu
bombastic yang out of proportion….. euwww scarynya. Maksudnya, harga saham di
bursa sedang mencanak naik. Kata dia jangan beli. Belilah bond, katanya, atau
emas. Ok. Jika kita pandai mempelbagaikan pelaburan kita, pulangan kita sekitar
8% hingga 9%. Pelaburan perlu. Kita perlu lindung wang kita dari dimamah
inflasi. Contoh jika kamu simpan wang kamu di bawah tilam…wang RM100, tidak
akan bernilai RM100 lagi bila mana contoh kita ambil katalah kadar inflasi
Negara 3%. Bila keadaannya sedemikian rupa, wang kamu yang bermuka nilai RM100
itu sudah jadi RM70 sahaja sebenarnya.
Simpanlah wang kamu dalam financial
instrument yang beri pulangan lebih dari
kadar inflasi Negara. Sebagai Bumiputera Islam kita beruntung kerna kita ada
tabung Haji. Simpanlah tabung kecemasan kamu (6 x pendapatan bulanan) itu dalam
tabung haji yang beri kadar pulangannya lebih tinggi dari kadar inflasi.
Itulah saja yang saya ingat. Saya bukan guru kewangan.
Kesihatan kewangan saya pun agak tak berapa sihat juga, tapi sekurang-kurangnya
dengan pendedahan yang saya dapat ini, saya sedar yang ianya sedang menderita
dan saya dapat mengambil langkah untuk mengurangkan kesakitan itu dengan mengikuti langkah-saranan yang diberi, moga dengan izin tuhan ia akan sihat sejahtera berseri-seri, memancar-mancar sinar gituh. Yang bahayanya kita langsung tak sedar yang ianya tak sihat,
dan kita terus berjalan-berjalan dan terus berjalan….kisah berjalan ini saya
kongsikan nanti.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment