Itu pasal saya tak suka cari pasal with haters. My cikgu kata, jangan melugai-lugai menyubuk kasih yang bertapuk. Saya fikir samalah juga kisahnya seperti benci, janganlah juga kita beriya-iya mencari musuh, apatah lagi pembenci yang bersembunyi.
Kadang tu kita tak sedar ada perbuatan dan percakapan kita yang menyakitkan hati orang lain. Kita rasa kita cakap benda betul, kita kununnya berniat baik yang memperbaiki keadaan, memperbetulkan apa yang kita rasa silap, tapi pada orang itu kita yang tak betul dan teguran kita ini sangat menyakitkan hatinya.
Di situlah peri-pentingnya kita cuba seek to understand. Put & re putting things into different perspective. If I put myself in the Shiite's shoes, it doesn't mean that I've already turn into shiite myself. I'm still a Sunni. At least I don't feel like killing those who do not recognize Rasullullah's Companion.
Ini era globalisasi langit terbuka, mau sekat orang dari menganut fahaman selain dari fahaman kita adalah benda yang sangat sukar. Asal kita saling menghormati, sudahlah. Janganlah kerana anda syiah, saya benci anda, anda tak boleh bermastautin di Malaysia. Janganlah juga kerana saya sunni, anda benci saya, ditakdirkan satu hari saya dapat tawaran berkerja/berkursus/berseminar di Iran, saya tak boleh terima, sebab saya Sunni. he he he....
No comments:
Post a Comment