Friday, October 5, 2012

Murka kah tuhan?


What if tiba-tiba sahaja anda rasa yang tuhan murkakan anda? Anda rasa sangat teruk? Anda mencari tuhan baru? Atau anda memohon ampun sama tuhan walau anda tak sanggup tinggalkan benda yang anda rasa bikin tuhan marah sama anda.

 What everlahkan…. Malas nak fikir, kadang tu betul ka tuhan marahkan saya? ntahlah…sepatutnya saya berbaik sangka sama tuhan dan tinggalkan benda-benda yang bikin tuhan murka. Ya banyak sungguh benda yang kita lakukan yang mengundang murka Allah sebenarnya.

Sesungguhnya syurga itu terlalu jauh dari diri yang serba lemah dan banyak dosa ini. Namun, nereka terlalu perit untuk diharungi. Hanya belas tuhan sahajalah yang saya harapkan.

"****
satu hari berlaku pengkhianatan, penipuan oleh seorang staff kami yang memang diketahui bermasalah tapi masih diberikan peluang, demi peluang. Nope, bukan saya yang menjadi mangsa, namun saya terkejut bila bos cakap macam ini "hati saya sudah berderau, dan menyangka andalah mangsanya. Syukurlah bukan anda" sikit lebih kurang begitu.

Bos memang dah menebak yang perkara tipu-menipu, diumpan cinta akan dilakukan oleh sang durjana itu, dan kenapa dia syak saya ini merupakan "easy prey?". Honestly, saya mudah cair dengan orang yang bermasalah, ha ha ha...

Lelaki yang cas bagus, hensem, macho, ustaz pembela umat, srikanda pembela-pembela negara ni is a yuks...dan seluruh masa kembang/muda/remaja/sunti, saya  dikelilingi oleh lelaki-lelaki sebegini, bosan, bukan? Saya nyaris-nyaris jadi anti-lelaki.

dan bila saya baca buku karangan Al Jauziah, fahamlah saya kenapa sampai jadi begitu. Kita hanya akan jatuh cinta dengan bayangan balikan diri sendiri.

Mujurlah setengah masa matang saya, saya dibawa mengembara mengenali tokoh seperti Van Gogh, John Forbes Nash dan semuanya seperti bercahaya semula....I am not alone walau kami dipisah oleh zaman yang berbeza.

Dan saya bertanya semula, jika cinta tu dosa, kenapa tuhan ciptakan cinta, jika cinta itu hanya untuk mereka yang sesampurna nabi dan wali, kenapa Allah ciptakan manusia seperti saya? 

No comments: