Saya masih belum mati lagi, cuma sejak dua menjak ini saya
sibuk dengan berkursus sana-sini nak mencukupkan 7 hari wajib kursus bagi
setiap penjawat awam, dan kebiasaan bila balik berkursus ni biasalahkan, kerja
melambak-lambak.
Stress??, ok-ok aje. Nak cerita apa ya? Ala cerita kursus…bukan
korang faham kalau saya cerita pun. By the way kalau saya tulis pasal tempat
kursus pula, saya takut tertulis benda2 mencarut 18SX he he… since markah yang
saya bagi 4 aje, untuk penginapan. OK cerita pasal satu malam saya menemani
kawan ke KL, lebih tepat lagi saya menghantar pulang kawan ke KL. Saya drive.
Kami berborak-borak, dan masa itulah saya, mengorek-korek
hal peribadi pasal my hater, dan juga kawan-kawan hater yang lain. You know,
kalu ko berblog, ko ada hater bolehlah ko rasa ko ni he he he….hmmmm not bad
juga haku ni heh. Gitu-gitulah. Lebih-lebih lagi kalu hater ko tu hmm
intelek??? Pejuang, srikanda??? Sort of iconic/harapan untuk mengimbangi kuasa
candu iconic cintan-cintun laraa, tak berpekdah, melekakan, menjurus kepada benda-benda
negetif macam Hotel Mania.
Kami mengumpat adalah sorang srikandi balikan cerminan
kepada srikanda tadi. No they are not couple, srikanda tu dah hada bini hokey!
Sayala yang memulakan umpatan yang sungguh keji itu, saya tanya macam ini, “dia
tu cantik, tapi kenapa dia tak kawen aje, yang dia nyibuk-nyibuk marah, nak
ngajar-ngajar orang itu ini (yg teruk kena ajar, orang gomenla, sapa lagi,kan,
as if semua orang gomen tu kalu tak kejenya makan rahsuah, duduk mengangkang,
main fesbuk) tu kenapa?” Soalan itu adalah balasan kepada ayat keterangan kawan
yang berbunyi sikit lebih kurang macam itu “mereka itu semua sebenarnya ada
masalah peribadi mereka yang tersendiri dan fikir dengan membaca dan menulis
boleh menyelesaikan masalah”
Since kawan hanya diam saya menyambung, adalah benda yang
saya sambung. Dan saya sambung lagi, bahawa benar membaca itu boleh
menyelesaikan masalah. Kedukaan saya, ketidakseronokkan saya hilang dengan
membaca ayat-ayat cikgu saya. Dan saya rasa hari ini saya lebih sihat dari
semalam. Makanya hari ini saya doa agar srikandi tadi ditemukan Allah dengan
cikgu, yang dia cari-cari itu, sebagaimana Allah temukan saya dengan cikgu
saya.
Apa share cikgu? I ok, I no problem, cikgu jer, bukan share
boyfriend/suami. Tapi I tak maula
srikandi tadi bertukar frinjan macam I pulak, not because I don’t like
competition, tapi kalu dia dah jadi macam I, I tak dek lawan nak dikutuk, boring
jugalah hidup ini,kan.
Okla slamat malam.
No comments:
Post a Comment