Letih, saya memang letih buat masa ini. Letih mempraktikkan
pemuliharaan kasih ampai-ampai. Melayan busu saya yang sedang dalam proses
pemulihan setelah membuang batu karang, melayan mak saya bla blab la…. Melayan dua
wanita yang single ini memang memenatkan. Terutama dari segi emosi. I really
wish ada lelaki yang melayan mereka, jadi saya boleh bersenang-senang lenang
buat suka hati mak bapak aku, facebook, baca naskah-naskah “serba haram” ehm
ehem…(tengah berangan nak mencari open road yang haram itewww) surf internet . No
lah saya joking aje. Sebenarnya saya rasa bersyukur kerana diberikan peluang
sebegini. Cuba memahami emosi wanita-wanita/ibu mithali yang punya penanda-aras/standard
moral yang tinggi (relativelylah tinggi
jika mau dibanding dengan kebejatan moral wanita dalam zaman semua gian nak
mengejar itu liberal, ini liberal) dan sebagainya memang satu pengalaman yang
berharga saya kira.
Kalau ada yang tertanya-tanya, saya ok ka tak, bole sms aje
terus, tak payahlah sms orang ketiga, saya tak makan orang. Saya ok-ok aje, cuma busy, kalau tak busy
overtime mengejar deadline, busy dengan kasih yang berada di siring-siring,
yang semua sedang tak berapa sihat dan memerlukan perhatian saya, sampai tak
sempat saya nak berfacebook, tak sempat mengupdate blog ini.
No comments:
Post a Comment