Pada zaman jahiliah dulu, bila nabi datang dengan satu
fakta, hujah yang benar, arab jahiliah yang lain terkedu. Diam. Mereka tak
dapat lawan. Pun begitu, sukar untuk mereka mengakui kebenaran yang dibawa oleh
nabi. Mereka mengambil sikap untuk menghina dan merendah-rendahkan nabi dengan
menggelarkan/melabelkan nabi sebagai gila. Penyihir.
Satu ketika dulu saya membaca sebuah novel karangan S.
Othman Kelantan. Ore kote baghu… usai membacanya saya cakap macam ini sikit
lebih kurangla “Dr Burhanudin Helmi ni
dia jeles dengan Tuanku dan tak boleh terima hakikat orang yang dia rasa lebih
rendah IQ dari dia bule jadi PM. Dia pun pergi panjat Bukit Semanggol dan hasut
orang-orang alim di sana untuk lawan UMNO”
Dan hari ini saya bercakap dalam hati, mungkin inilah sebabnya ada orang tuliskan satu novel di atas untuk saya. Novel ini bukan sangatlah ditulis sebab bencikan saya, tapi sebab bimbang kasihnya terhadap Dr Burhanuddin Helmi ini memudar dek kata-kata saya. Takut nanti sayang jadi benci. Saya sama sekali tidak bertujuan mau membikin kasih sesiapa terhadap tokoh tersebut menyusut, saya cuma bereaksi atas pembacaan saya. Tidak juga terlintas difikiran untuk beragenda mau mengampu UMNO, untuk mendapat kenaikan pangkat dan sebagainya, cuma hanyala rasa-rasa saya aje.

Dalam kata lainnya dengan memupuk benci boleh bikin kasih terhadap Dr Burhanudin
bertambah. Cara kasihnya seorang hamba terhadap. Sayang yang menuntut membenci terhadap kata-cela/cemar terhadap tuhan. Kalau ko sayang tuhanmu ko mesti benci orang yang tak buleh berkata-kata molek kepada Dia/
mengkritikNya. Kalau ko diam dan tak lawan orang itu, bererti ko tak sayang tuhanmu. Tidak
bereaksi terhadap kata-kata yang seolah merendahkan peribadi, (pengasas PAS punya sifat rendah/mazmumah seperti cemburu dan iri, yang mustahil ada pada sang Dewata jagatraya) pengasas PAS bererti murtad dari agama PAS.
Dan, saya hanya ingin bertanya, jika ko satu hari nanti ko jadi pemimpin besar, maukah ko
disayangi seumpama Dewa dan Tuhan? Maukah ko lihat saudara-saudara seagamamu bergocoh, ejek-mengejek, hina-menghina sesama
mereka kerana kamu? Cinta kasih dan sayang yang sedemikiankah yang kau
cari-cari selama ini?
No comments:
Post a Comment