Bila saya masuk ke alam maya/virtual ini, tidaklah saya
masuk dengan tangan kosong. Ibarat masuk kampung orang, sikit-sikit sebelum
masuk kita bawa bekal. Yup mula-mula memang main redah, menumpang rumah orang,
tapi bila sudah decide bina rumah sendiri, walau rumah ini rumah yang ketiga,
harap kekal sampai bila-bila, kita mula mencari-cari bahan, jampi serapah,
mentera…ntah apa-apalah yang patut.
Antara jampi-serapah yang saya bawa ialah:-
a) If you believe in freedom of speech, you believe
in freedom of speech for view you don’t like.
b) If we don’t believe in freedom of expression for
people we despise, we don’t believe it at all.
Jampi yang saya ambil dari seorang yang bolehlah ko panggil Pawang
Illuminiti, bernama Noam Chomsky ini dipakai/dibaca bila melawat-lawat rumah
orang yang saya tak separti politik dengan mereka atau terbaca update mereka di FB wall
kita. Memang kadang kita sakit hati,
rasa nak bangkang…tapi biak pilah depa, itu hak depa. Depa nak kafirkan orang,
lepas tu tak ngaku, putar belit kunun depa tak kafirkan sesiapa, yang depa
kafirkan ialah jenama aje, pun lantak depalah sedangkan kita tau dari dulu lagi
kita tau makanan kepada ego mereka sampai jadi kenyang, sihat gemuk ialah mengkafirkan orang
lain yang tak sehaluan dengan mereka.
Orang macam ini bahasanya kesat, sombong dan kelihatan
sangat arrogant lagi tidak manarik langsung di dunia virtual ini. Pada sayalah,
pendekatan kasar seperti ini akan sukar untuk mempengaruhi saya untuk sama
mengikut apa dia kata.
Namun ada lagi satu kelompok yang berjubahkan intelek,
kesat/kasar/lucah dibalas dengan hujah, yang tulisannya boleh berputar-putar dalam otak kita dalam jangkamasa yang agak lama dan boleh bikin kita rasa serba-salah dan berdosa. Dan kelempok macam ini
memang saya tak baca. Saya baru sahaja unfriend dia di Facebook.
Tak baca bukan pasal tak percayakan kebebasan dia nak
bersuara, atau membenci dia dan perjuangan dia. Gasak kolah,kan. Ko percaya ko
boleh lebih excellent dari yang ada sekarang ini, ko go on la,kan, aku tak
minat nak join. Tak baca sebab tak mau
dihantui sangat rasa bersalah sebab sudah tersalah pilih untuk bercinta-setia.
Sebagai netizen kebebasan bersuara, berekspressi memang tahap gila gaban, boleh mempengaruhi, boleh bikin kita dihambat rasa bersalah, rasa marah, sendat dada dan macam-macam rasa yang boleh menganggu emosi dan konsentrasi kita terhadap apa yang sedang kita usahakan. Jadi, jika rasa sendat dada amalkanlah jampi-jampi serapah di atas. Kalu diburu resah dan bersalah, boleh istigfar banyak-banyak, minta ampun sama tuhan dan block aje tulisan-tulisan yang bikin kita rasa berdosa itu.
Insyallah, kalu kita tak boleh menginspirasikan orang lain untuk bahagia, kita boleh membahagiakan diri sendiri dengan melakukan aktiviti yang sangat kita sukai, iaitu menulis dan bersuara. he he he...ta ta.
Insyallah, kalu kita tak boleh menginspirasikan orang lain untuk bahagia, kita boleh membahagiakan diri sendiri dengan melakukan aktiviti yang sangat kita sukai, iaitu menulis dan bersuara. he he he...ta ta.
No comments:
Post a Comment