Friday, November 23, 2012

dulu lain, sekarang lain

Moga Prof (baca betul-betul, prof tu, prof... ko hada?)Datin  Paduka mengikut jejak langkah Ketua Wanita UMNO.


Kalau dulu orang yang dididik dengan pengetahuan agama, akan rasa berdosa tak undi PAS, sebab antara PAS dan UMNO, PAS offer hudud. Dan kepimpinan PAS yang belum teruji itu sangat lantang mempromosikan slogan-slogan yang jauh lebih islamik jika mau dibanding apa yang dikerjakan pesaing mereka. Slogan-slogan berbahasa arab seperti daulah, lah, tajdidlah, ijtihad lah nampak sangat memukau. Imej islamik pada pakaian juga memukau sama ditambah dengan factor orang PAS itu sendiri nampak sangat berdedekasi sanggup berkorban apa sahaja, tanpa habuan atau balasan materi menjadikan mereka nampak lebih baik dan lebih Kredibel.  Orang UMNO kena bayar baru jalan, orang PAS bukan sahaja tak payah bayar, mereka pula yang bersungguh sponser pemimpin mereka.

Faktor ini menjadikan mereka sangat disegani. Pun begitu majoriti kita yang lebih selesa dengan Melayu/Islam UMNO. Orang UMNO ko tak tau, ngaji Quran ka, sembahyang ntah kadang tu langsung tak sembahyang pun ok, yang penting ko tak biar anak-bini mati kebulur, mati kesejukan, atau minta sedekah, merempat tidur bawah jambatan, tak ada tempat nak berteduh. Fikiran sempoi-hanya tau tembolok dunia. Wateverlah,kan. Ibadat? Tunggu Pencen Nanti. "Tak pelah Nab, bila anak-anak kita dah besar dan boleh cari makan sendiri,  kita sama-samalah belajar tajwid, betulkan sembahyang kita, la ni perut ko pun dah besar, lagi, aku ni dahla kerja kampung aje, kalu aku asyik dengan kitab, asyik nak membetulkan orang, itu salah, ini salah, semua salah, semua masuk neraka, susah juga nanti tu." .

Namun hari ini orang UMNO pun ramai dah pandai baca quran, wanita UMNO pun dah pandai pakai tudung. Kalu dulu pakai tudung nampak jambul, tapi alhamdullillah hari ini bertudung molek. Isteri pembesar pun ramai yang dah menutup aurat walau masih nampak lekuk sana-sini lagi. Orang kata satu peningkatan dari kosong  kepada tak kosong.  Tak mustahil satu hari nanti mereka akan berpakaian sempurna seperti kehendak syarak.

Inilah dianya yang saya kata "rope kite-kite"
(kalu makan tu kenalah penuh meja ye, kalu tak penuh bukanlah makan, namanya)

Berlainan pula dengan Muslimat PAS, walau isteri pemimpin belum ada yang berselera nak tukar fesyen, ramai aktivis-aktivis wanita PAS yang kalau masa di Universiti bertudung labuh jubah kain keras, hari ini tak sikit juga yang sudah merubah penampilan yang rope mereka dah sikit lebih kurang sama aje ropenya dengan kita. (kalau ko pun dah lebih-kurang rope kite-kite aje, apa jadahnya aku nak follow?) dan tak sikit juga yang  terbawa/terpengaruh dengan penampilan vouge, ala-ala ustazah pilihan kat dalam TV,  pun ada.

Pemimpin tinggi (lelaki) pula ada terlibat dengan skandal. Walau sebelum PAS bergabung dengan Pakatan dan DAP, pun dah ada yang kalah dengan pujuk-rayu-rindu-dendam, wanita selain isteri, tapi kelihatan seolah sudah bergabunglah baru, terpengaruh mengikut pembawakan sesetengah pemimpin pakatan bukan Islam  yang agak sudah berlarut dengan budaya orang barat yang tidak berapa memandang penting akan institusi perkahwinan dalam memuaskan kehendak/keperluan biologi seks mereka. Kalau dah dua-dua pihak dah gatal, jalan aje, tak payah jumpa tok kadi, dah.  

Dan hari ini cendiakia Islam sendiri ada sudah mengatakan bahawa slogan-slogan dulu silap.  Janji-janji dulu salah. Kita perlu tukar. Rakyat bukannya maupun lihat tangan orang kena potong, perempuan-perempuan kena sebat atau rejam, rakyat mau Negara yang lebih bersih dan teratur. Mereka mau pemimpin PAS belajar macam mana mau bersihkan sampah, uruskan itu ini. Seolah dalam sibuk mengejar mau rakyat, mahu Allah dan Rasul sudah tak nampak mana duduknya lagi.

Kalau dah macam itu, lebih baiklah PAS belajar bersama pesaing mereka sendiri. So, bila dah tak ada hudud, apalah lagi yang PAS boleh nak kata dia lebih  dari UMNO ?

Ditambah pula dengan kesungguhan pemimpin PAS mengiakan DAP yang memang kita tau menyimpan kesumat dengan Melayu dan PKR Islam yang kita tau memang malu dengan Islam baka, yang mereka anggap sebagai low-class. Ko bayangkan, benak, slow leaner, nak suruh pakai baju pun payah, apatah lagi nak ajar mengaji sembahayang pun nak terima sebagai penganut Islam sebab mak ayah dia Islam. Kan senang suruh budak-budak mental ini sembah pokok, sembah mata hari aje macam nenek moyang dia dulu?

Jadi memanglah kalu dulu ye kita rasa bersalah dan berdosa, takut tak masyuk syurga pasal tak undi PAS hari ini rasa-rasa itu sikit-sikit beransur pergi, sama beransurnya pergi jubah,  kopiah serban dan slogan-berapi-api, sesetengah pemimpin PAS.

No comments: