Showing posts with label fiction. Show all posts
Showing posts with label fiction. Show all posts

Thursday, December 27, 2012

Ops kekasih ku LEMBU???


(ini hanya cerita kreatif.Tidak ada kena-mengena dengan yang hidup atau mati)

Che Dee amat teruja masuk pertandingan musabaqoh. Che Dee bukan pandai sangat mengaji pun, tapi seronok bukan main dia bila dapat membaca Quran bertaranum. Lagi bertambah seronok bila ayah Che Dee yang bimbing bacaan Qurannya.

Di hari pertandingan dia masuk ke dewan dengan rasa gembira dan dia sangat terkejut bila ada seorang lelaki yang kemudiannya diberitahu, itulah juara bertahan musabaqoh tahun lalu bertempik kepadanya. Namun dia tenang sahaja dan berkata dalam hati “kawan oastad yang pueh hati chek pancungg pakej payung emaslah  tu agaknya tu”

Menyedari dirinya yang kuat pancung-memancung itu memang  bahan bencian oastad-oastad, Che Dee buat muka sardine dan muka sposen aje dan dapatlah dia menghabiskan hari-hari pertandingan dengan tenang, walau tak menang. Dapat no 2 tercorot dari belakang. Dia tak kisah.

Dalam hati dia berkata “ ai ai oastad-oastad, tak dapat emas, macam tu skali korang berdendam ek. Bukannya emas betul, pun, jenama emas aje”

Makin lama-perangai oastad-oastad makin menjadi-jadi marah pada CheDee, walau Che Dee dah tobat tak moh pancung-pancung lagi dan Bos Che Dee pun dah tugaskan Che Dee bancuh kopi aje. Tapi oastad-oastad tetap mencebik-cebik marahkan Che Dee. Iyalah betullah oastad marah, mana tak marah, kerja bancuh kopi, tapi dapat gaji kerja tukang pancung, marahlah gitu. Tak setimpal tugas dan gaji kata mereka.

Che Dee pun mengambil keputusan untuk cuti lama.  Bertapa di gurun lembab, satu amalan biasa bagi orang-orang  Pulau untuk membuktikan otak mereka sebenarnya belum lagi  jatuh ke julat otak lembu yang hanya boleh meragut rumput ladang sahaja. Che Dee takut juga jika kemarahan oastad tak surut, silap haribulan nanti dari pembancuh kopi boleh jatuh jadi penebas rumpat di ofislah pula. Sapa tak takut doa mustajab oastad, semua orang takut ooohhh. Lama-lama lagi oastad marah, oastad bule doa ko bukan sahaja berotak lembu, tapi betul-betul lembu. Itulah ketakutan utama Che Dee yang bukan oastad itu.

Hanya setelah dia membuktikan yang otaknya idaklah selembab lembu, dan layak bertugas sebagai pemancung, barulah oastad kendur sikit dan semua nampak macam ok. Pun Begitu, Che Dee fikir baik dia jadi pengutip dari memancung….tok seh dia memancung lagi, takut terpancung pisang dua kali.

Walau Che Dee lahir sebelum peristiwa berdarah jihad-syahid oastad-bukan oastad, dan dia yang minat politik, tahu akan kepercayaan yang  geng lembu haram masuk syurga, Che Dee kurang periksa, kurang ambil port akan hal Amanat Keramat. Hari ini bila orang MEDIA kecoh-kecoh pasal Amanat Keramat, barulah Che Dee tau, rupanya marahnya oastad pada Che Dee bukan sangat pasal emas, tapi pasal Amanat Keramat.

Apa kena-mengena Che Dee dengan lembu, pula ni eh?  Che Dee waktu break, tak kira kopi, the, dia gian bersembang dengan Cikgu Lembu. Jadi lembu memang tak boleh. Bersembang dengan Lembu pun boleh jatuh jadi sama taraf macam lembu dan dikhuatiri bau lembu akan menyebabkan bukan Che Dee sorang nanti tak boleh masuk syurga, kawan-kawan Che Dee yang lain pun dapat bau lembu,  pun walau kuat sembahyang, baca Quran, puasa, masih tak dapat masuk syurga juga. Dan tanda kawan lembu tak dapat masuk syurga ialah dia kumpul-kumpul duit nak naik haji, duit dia habis-habis-habis, sampai mati tak dapat naik haji macam seorang Munsyi yang matinya tak sempat naik haji sebab berkawan dengan gembala lembu aje. Bukan lembu, pun. Gembala aje.

Pun begitu idaklah Che Dee tau mau sakit-sakit hati pada oastad. Che Dee Cuma mau berdoa agar penduduk Pulau semua ramai-ramai dapat lupakan Amanat Keramat dan memberhentikan aktiviti melembu ini. Yang lembu itu pun bukan orang lain, pun. Pakcik-pakcik, makcik-makcik, adik-adik sedara, cikgu, buah hati pengarang jantung  Che Dee juga. 

Saturday, August 11, 2012

Pulau Sebulat Bulan


Cerita ini tak ada kene mengena dengan yang hidup atau mati melainkan rekaan semata-mata, iya Cik Tembun ini sedang menyiapkan hikayat cerita mengarut mengenai Pulau Sebulat Bulan yang terbengkalai lama sudah.


Ok ini cerita nya:-

Ntahlah kata kawan, gossip kata yang dia dah nganut fahaman Cinta-Cinta. Sapa dia? Dia yang mencanang-canangkan diri dia sebagai penyelamat tu. Penyelamat apa, penduduk tanah besar yang leka dengan kilau-kemilau materi, tidak berapa nak tau. Mereka ke Pulau Sebulat Bulan pun sebab sama ada nak berbulan Madu, atau nak bayar niat, hajat. Iya di sana katanya ada Menara Orang Takut Dosa yang sangat terkenal. Duduk di Menaranya berhajatla kamu, maka, hajat kamu akan sampai ke langit 7. Sebab katanya lagi duduk geografi menara itu terletak bersetentangan dengan pintu langit.


Digossipkan lagi sang penyelamat/pembela itu nganut fahaman Cinta Zuriat Ahli Cinta-cinta pabila dia dijemput ke rumah seorang politikus ternama yang sedang bercita-cita untuk menumbangkan kerajaan yang sedia ada. Orang cakap lagi, politikus itulah sebenarnya susur galur-salisilahnya berasal Zuriat suci Ahli Cinta yang berkahwin dengan Puteri Raja-Raja Purba Pulau Sebulat Bulat. Sejak hari itulah sang penyelamat tadi gigih mempromosikan idea biar pembangkang kuat, rakyat dapat nikmat.


Sama ada benar cinta, atau semata sudah dijanjikan habuan jawatan jika Partai pembangkang berjaya memerintah, itu tak berani tukang karut ini menebak-nebak apa-apa. Tukang karut ialah seorang yang perlu berpendirian berbaik sangka, walau ikut mazhabnya, tidak salah berburuk sangka pada golongan Cinta-Cinta ini sebab sudah difatwakan oleh orang agama parti pemerintah yang kumpulan Cinta-Cinta ini  sesat. Tapi tukang karut masih nak berbaik sangka juga, ntah atas sebab apa, ntah. CINTA??? Oh no, Heaven Forbid, OMG OMG. Oh ya atas sebab bab baik sangka ajelah, simple-simple gitu, now can you alls semua berbaik sangka dengan situkang karut ini buleh tak? seperti ajaran dan pesanan Imam besar tukang karut agar berbaik sangka waima dengan orang yang tak sependirian, seideology, sefalsafah, seakidah dengan kita. Dan ajar pesan baik sangka ini kemungkinan besar disandarkan terus dengan ayat kitab besar sakti yang berbunyi begini:-

Tolaklah kejahatan yang dituju kepadamu dengan cara yang lebih baik; dengan demikian orang yang menaruh perasaan permusuhan terhadapmu akan jadi seolah sahabat karib

Cara lebih baik itu dengan berbaik sangkalah agak-agak tukang karut begitula kiranya.


Namun ada satu perkembangan politik yang berlaku berdebang-debung-bergeme-gema muthahir ini sebelum Pilihanraya Besar akan berlangsung tidak lama lagi, yang menurut kata tilik, para dukun, iya inilah eventnya, inilah peristiwa besarnya di mana, sejarah dunia akan berlaku. Fajar baru yang dipanggil “the new horizon” akan menyingsing, Raja segala raja akan bangkit membawa kemakmuran total kepada dunia yang serba daif dan sengsara ini” i.e menyebabkan suasana dunia akan bertukar tak lama lagi, yang benar-benar HAK akan merampas hak dari yang BATIL. Wallahuaalam.


Apa ke ceritanya, besarnya itu? Pulau kecil yang lama sudah jadi sarang pendatang yang berperangai macam tikus yang kuat beranak dan pengotor dan bakal membawa penyakit berjangkit ke Pulau Sebulat Bulan yang permai (seperti yang diuar-uarkan), kunun-kunun kata bukan nak dibersih/putihkan. Tapi katanya pemimpin terdahulu yang masih liat mau mati bercadang pula mau bagi naik taraf Pulau kecil itu dan mengiktiraf penduduknya sebagai rakyat sejati Pulau Sebulat Bulan.


Maka berketak-ketuklah pembangkang berbising-bising tentang Penduduk pulau kecil tersebut. Kerajaan yang sedia ada percaya, jika di-upgrade-diajar cara beranak-berak-kencing yang betul, Pulau kecil akan semurni Pulau Sebulat Bulat dan makanya, tak perlulah penghuni pulau Sebulat Bulan risau-risau akan penyakit yang bakal berjangkit. Kerajaan yang sedia ada lebih bimbangkan Penduduk Pulau Sebulat Bulan yang buat masa ini kurang gemar beranak sebab terlalu lebih suka main permainan video game dari Tanah Besar. Baik video game yang legal, mau pun illegal. Semasa Akauntan Kerajaan imbangan bayaran kerajaan, dia dapat mengesan ada pengaliran wang keluar yang masuk ke situs-situs game dan fantasi yang, atau bahasa lembaran kerja kedudukan kewangan dan kunci kira-kira di tulis sebagai Perbelanjaan keluar dari urusniaga Hiburan orang Dewasa atau bahasa Inggerisnya “Adult Entertainment” yang banyak dibangunkan di Tanah Besar.


Pemerintah merasakan bahawa jika keadaan ini terus berlaku, sekurang-kurangnya anak-anak manusia yang padat macam anak tikus di Pulau Kecil boleh dilatih, diasuh, digaji untuk berkerja di perindustrian yang tak boleh ganti mesin di Pulau Sebulat Bulan juga. Lagi pun anak-anak Pulau Sebulat Bulan, mana mungkin mereka mau berkerja membasuh kaki, tangan, memandikan para pengunjung Pulau Sebulat Bulan itu. Kalu jadi gundik peneman pelancong, jadi biduan atau biduanita, penyair, pemuizik mungkinlah mau jugalah mereka. Suruh cuci-cuci itu ini minta maaflah….bahkan mereka pun suka jika dicuci-cuci setelah kotor melayan sesetengah pelancong yang memang kotor-kotor berdebu, sehingga terlekat kotor debu semasa mereka mengeskot, melayan waima beramah tamah dengan pelancung tadipun bule terlekat debu kotor mereka, yang kalau tak dicuci betul-betul hah itulah jadinya, jadi mengikut tegar laman-laman hiburan dewasa kepunyaan kawan-kawan pelancung kaya yang memang suka dan minat lagi kreatif mencipta hiburan demi hiburan yang macam-macam lagi beraneka ragam.


Dan lagi sebagai gundik/escort, memang sudah diwajibkan mereka mengambil ubat pencegahan kehamilan. Wah bertambah parahlah krisis apa yang ahli sosiologi dunia kata sebagai Aging Population & declining fertility di Pulau yang aman damai dan jadi syurga Pelancung itu.


Lontaran idea debang-debung dari pemimpin vateren yang dah tak lagi memerintah tapi masih lantang suaranya ini semacam dihidu sebagai sesuatu yang tak menyenangkan puak-puak cinta-cinta, seolah dia merasakan yang kedudukan cinta akan terancam jika puak pengotor beranak tanpa cinta macam tikus, tadi diberikan pengiktirafan kerakyatan Pulau Sebulat Bulan. Pun begitu tukang karut percaya Pemimpin Veteran itu sekarang hanya menggertak. Menggertak Muda-mudi baik lelaki-wanita yang leka bercinta dengan kucaha-kucahan air liur muah, muah muah “on line” , sykep dan sebagainya, tanpa berani menemukan dada ke dada, mulut kemulut, dan lutut kelutu itu di alam nyata. Atau juga dia gertak pemuda-pemudi yang ghairah mau kerja jadi eskot pelancung, penyair, biduan, tukang karut, mau pun biduan/biduanita. Pulau Sebulat Bulan ini bercabang mencapah kegiatan ekonomi yang boleh di buat. Bukan pelancungan sahaja. Bahkan pakej pelancungan yang melibatkan eskot mengeskot itu pakej haram, illegal yang tidak diiktiraf sebagai sumber pendapatan Negara Pulau Sebulat Bulan.


Tapi masih dibiar berlaku atas dasar apa, tak taulah dan tak kuasalah tukang karut nak menyiasatnya. Itu kena tanya geng skuad siasat edit 69. Ia sungguh keji dan illegal tapi memang dibiar begitu. Ada tukang karut yang mengarut, kata perniagaan macam itu perlu bagi memenuhi keperluan biology suami kepada Tuan-tuan Puteri baik di Tanah Besar mau pun di Pulau Sebulat Bulan sendiri yang selalu mendapat penyakit tumpah darah berbulan-bulan lamanya mereka tumpah darah. Katanya lagi penyakit itu datangnya dari sihir yang dikenakan oleh pesaing Tuan-tuan Puteri juga yang kalah dalam pertandingan mencari Tuan Puteri yang diadakan saban tika bulan mengambang BIRU. Memang mengarutlahkan alasan  yang langung tak ada nilai intelek ini. Memang bako darahlah siapa pun yang mendengarnya, kan.  Kalau betul ada sihir tumpah darah bukan nak dicarinya, sapa yang menghantar sihir tersebut, dibuat cerita kelakar-kelakar pula jadinya. Mana nak cari sebab peserta yang kalah itu ramai dari perserta yang menang.


Ok berhenti darah-darah, sambung balik pasal idea mengikiraf anak tikus di Pulau kecil.  Sebab datangnya ia dari pemimpin veteran yang masih ada power, ia dilihat sebagai sesuatu yang mengancam. Maka cepat-cepat tukang-tilik-tulis puak-puak pembangkang di Pulau tersebut mengeluarkan fatwa cinta yang kunun, macam kalau anak pulau tikus itu diberi taraf kewarganegaraan, mereka akan berbuat kejam kepada Penduduk Pulau Sebulat Bulan. Mereka seolah takut Penduduk baru Pulau akan memulau penduduk lama, atau ntah apa-apalah ketakutan yang melanda, tidaklah tukang karut ini dapat menekanya….


Tapi Ahli-ahli penyelamat terutama yang menganut mazhab cinta-cinta yang pernah dihukum sesat ini memang itu perangai mereka, suka benar menuduh mereka yang tidak semazhab sebagi dengki, iri dan sakit hati akan kelebihan kurniaan Tuhan kepada mereka. Satu dunia irikan mereka dengan amanah yang diberi Tuhan untuk menjaga kesucian agama Tuhan yang maha Besar lagi Benar.


Ada konspirasi membunuh mereka dan seluruh ahli keluarga mereka bukan sahaja di alam nyata, tapi juga di alam internet, mereka sering jadi mangsa, teman-teman wanita mereka turut jadi mangsa buruan bala tentera syaitan bertanduk dua dan juga bala tentera dajjal bermata satu. Betul ka? Sekali lagi tukang karut tak ada kuasa, mau pun kuderat untuk memverifykan cerita ini, sebab cerita ini lebih berbentuk mistikal yang tak dapat ditangkap deria kasar kita untuk kita hadap-bicarakan di Mahkamah kasar kita yang biasa-biasa sahaja tarafnya itu. Bagaimana mereka disiksa pun tukang karut kurang jelas…kata orang sekali syaitan dan dajjal menyerang, katanya mereka tak boleh kencing malam, juga yang kata siang harinya mereka terpaksa kencing di dahi. Alat kemaluan mereka beralih seinci-demi seinci dari tempat asalnya semasa mereka tidur di malam hari. Ntahlah wallahualam. Apa ke bentuk siksaan yang ditanggung memang tak jelaslah pada kita. Kesian, memang kesian. Tapi itulah, syaitan dan dajjal ini makhluk mistikal, kita tak nampak. Kesan kejahatannya juga tak nampak. Kita tengok mereka biasa-biasa aje. Tapi bila berada dalam toiletlah baru tau rupanya mereka terpaksa kencing menonggeng di mangkuk tandas, dan orang gila aje yang sanggup tengok kawannya berqada’ hajat dalam tandas. Jadi so far, cerita-cerita kena buli kena siksa dengan bala tentera Dajjal & Syaitan ini memang sistem verifikasi cerita/dakwaan yang spesifik untuknya masih belum dibangunkan lagi. Yang tinggal hanyalah baik-sangka tukang karut terhadap mereka-mereka yang mengaku telah dipilih Tuhan untuk menjaga kesucian agama Tuhan yang Besar lagi Benar ini.


Oklah apa karut besar kali ini. Oh Ahli Mazhab cinta-cinta yang dikata kounun ada kuasa tilik-tilik intai kuak screen masa depan. Ya ya ya….salah satu kurnia besar yang ada pada mereka, ialah mereka ada kuasa melihat apa akan berlaku pada masa depan. Ada tukang karut kata mereka dikurnai time machine yang membolehkan mereka bergerak rentas masa dan zaman, iya macam siri kartun DOREMON tu. Tak taulah betul ka atau tidak…so bila mereka dah ke masa hadapan, itu agaknyalah tu, mereka dapat lihat anak tikus pulau kecil  memanggang penduduk asal Pulau Sebulat Bulat Bulan.


Namun satu yang tuntas, yang sudah berlaku di time zone real pada masa ini ialah di Pulau yang terletak di Selatan Pulau Sebulat Bulan, ntah apa nama pulau itu Costadinaroraturitadewa ntah apa tah…atau tukang karut  lebih suka panggil sebagai Pulau Sekangkang Anjing, sempena nama diberikan kepada pemimpin tua mereka yang gemar nyalak itu ini, sudah berlaku, penduduk asing yang diimpot dari Tanah Besar sebagai respond kepada masalah Penduduk Pulau yang culas beranak, sudah mereka berjaya. Berjaya-jaya di Pulau baru, sampai boleh naik Ferari, dan dilanggar mati kataklah pula Penduduk asal Pulau sekangkang Anjing yang gemar berjoging waktu dinihari dari bermesra-mesraan dengan pasangan masing-masing itu.


Jadi agaknya memang puak mazhab Cinta-cinta memang tak ada time machine, pun. Menurut Einstein idea time machine memang karut!!!!. Tapi mereka mengambil iktibar dari peristiwa keramat yang berlaku di Pulau Sekangkang Anjing itu dan menebak-teka, kalau anak tikus Pulau kecil diberi muka, tak mustahil satu hari nanti penduduk asal akan terancam.



Maka menjeritlah sang penyelamat yang digossip-gossip riakan sebagai sudah menganut mazhab Cinta-Cinta sebagai berseru dengan atas nama Penghulu segala CINTA, seruannya berbunyi begini:-


 “Beware! Whoever is cruel and hard on a Cinta-Cinta minority, curtails their rights, burdens them with more than they can bear, or takes anything from them against their free will; I will complain against the person on the Day of Judgement.”
                                              
Sebenarnya nobody in Pulau Sebulat Bulan have a heart to be hard on anybody, pooon, bila masalah pulak orang rampas hak dia, tak ketahuanlah pula kita. Setahu tukang karut, penduduk Pulau Sebulat Bulan relativenya bersifat pencinta. Namun bila ada yang mau lihat lebih mencinta, takkan ternampak dia lebih mencinta, jika tak karutkan satu watak gelap yang mengerikan sedang berlegar-legar dalam kalangan sesama penduduk Pulau. Dan pihak yang selalu kena tempek/tuduh watak gelap itu ialah Pemerintah Pulau itu sendiri dan juga pegawai dan pelaksanaan yang akur dengan arahan dan tak reti/malu/rasa tidak cukup bagus untuk kecek hodoh sesuka hati pasal pemerintah.

Hakikatnya semua kita CINTA…….

Cuma kadang-kadang itu perangai Puak Cinta-cinta ini memang agak melampaui batas, bermain dengan emosi dan psikologi melampau, menjerit-jerit kunun mereka terinaya, diinaya dan ditidas, tertindas. Dan sememangnya begitulah pembawaan perangai Puak Cinta-Cinta ini, yang pendendam sukar memaafi khilaf sesama saudara yang memang terkadang itu bikin sesetengah orang macam tukang karut yang sedang tengah mengarut ini lemas dan cuak. Ngeri.

Atau mungkin kerajaan pemerintah patut juga mengkaji semula fatwa sesat yang pernah dikeluarkankan dulu untuk meredakan sedikit dendam di hati puak Cinta-cinta ini. Jika mau iktiraf anak tikus Pulau Kecil, iktiraf jugalah cara ekspresi CINTA  Puak Cinta-cinta ini. Biarlah mereka bebas mengekspresikan cinta mereka. Jangan disekat. Mereka nak berbantai, mereka nak pukul-pukul diri, berdarah-darah, meratap macam orang gila, sebagai ekspresi CINTA, biarlah. Lagi pun setahun sekali sahaja mereka meroyan-royan tahap ekstream begitu. Hari lainnya mereka ok aje. Kalu dia jadi rakan sekerja kamu, tak akan dapat kamu hidu rupanya dialah yang menyalak-nyalak menangis-nagis meratap hiba pada hari peringatan Cinta yang mereka wajib sambut tiap-tiap tahun itu. Sebab dia bukan menagis, dia melalak, meraung, guna suara bukan air mata. Kalu menagis betul memanglah akan jadi sembab-sembab, bengkak-bengkak mata mereka. Dan kalau jika rakan mu itu memang jenis kaki suara power, meraung melalaklah banyak mana pun suara tetap maintain, tak pecah. Kan mereka ada anugerah istimewa dari tuhan, salah satu lagi anugerahnya itulah suara yang kuat bagus dan mantap.

Cuma para politikus yang mempergunakan CINTA untuk kuasa itulah mereka semacam disampuk HANTU CINTA, 24 jam sehari 365 hari setahun mereka meracau-racaukan CINTA, kedamaian, cahaya dihujung ufuk, sesamarataan, sebangsa, sejiwa dan yang ntah apa-apa tah lagi. Mereka inilah yang menghasut sesama kita agar berantakan dan saling menaruh syak-wasangka sama saudara. Tak taula kenapa mereka jadi macam itu, sama ada demi cita-cita politik, atau saja-saja aje nak puaskan rasa dendam luka kesumat di hati yang sentiasa dipelihara dengan baik agar tidak sembuh-sembuh tak taulah kita.