(ini hanya cerita kreatif.Tidak ada kena-mengena dengan yang hidup atau mati)
Che Dee amat teruja masuk pertandingan musabaqoh. Che Dee
bukan pandai sangat mengaji pun, tapi seronok bukan main dia bila dapat membaca
Quran bertaranum. Lagi bertambah seronok bila ayah Che Dee yang bimbing bacaan
Qurannya.
Di hari pertandingan dia masuk ke dewan dengan rasa gembira
dan dia sangat terkejut bila ada seorang lelaki yang kemudiannya diberitahu,
itulah juara bertahan musabaqoh tahun lalu bertempik kepadanya. Namun dia
tenang sahaja dan berkata dalam hati “kawan oastad yang pueh hati chek pancungg
pakej payung emaslah tu agaknya tu”
Menyedari dirinya yang kuat pancung-memancung itu memang bahan bencian oastad-oastad, Che Dee buat muka
sardine dan muka sposen aje dan dapatlah dia menghabiskan hari-hari
pertandingan dengan tenang, walau tak menang. Dapat no 2 tercorot dari
belakang. Dia tak kisah.
Dalam hati dia berkata “ ai ai oastad-oastad, tak dapat emas,
macam tu skali korang berdendam ek. Bukannya emas betul, pun, jenama emas aje”
Makin lama-perangai oastad-oastad makin menjadi-jadi marah
pada CheDee, walau Che Dee dah tobat tak moh pancung-pancung lagi dan Bos Che
Dee pun dah tugaskan Che Dee bancuh kopi aje. Tapi oastad-oastad tetap
mencebik-cebik marahkan Che Dee. Iyalah betullah oastad marah, mana tak marah,
kerja bancuh kopi, tapi dapat gaji kerja tukang pancung, marahlah gitu. Tak
setimpal tugas dan gaji kata mereka.
Che Dee pun mengambil keputusan untuk cuti lama. Bertapa di gurun lembab, satu amalan biasa
bagi orang-orang Pulau untuk membuktikan
otak mereka sebenarnya belum lagi jatuh
ke julat otak lembu yang hanya boleh meragut rumput ladang sahaja. Che Dee
takut juga jika kemarahan oastad tak surut, silap haribulan nanti dari
pembancuh kopi boleh jatuh jadi penebas rumpat di ofislah pula. Sapa tak takut
doa mustajab oastad, semua orang takut ooohhh. Lama-lama lagi oastad marah, oastad
bule doa ko bukan sahaja berotak lembu, tapi betul-betul lembu. Itulah
ketakutan utama Che Dee yang bukan oastad itu.
Hanya setelah dia membuktikan yang otaknya idaklah selembab
lembu, dan layak bertugas sebagai pemancung, barulah oastad kendur sikit dan semua
nampak macam ok. Pun Begitu, Che Dee fikir baik dia jadi pengutip dari
memancung….tok seh dia memancung lagi, takut terpancung pisang dua kali.
Walau Che Dee lahir sebelum peristiwa berdarah jihad-syahid
oastad-bukan oastad, dan dia yang minat politik, tahu akan kepercayaan yang geng lembu haram masuk syurga, Che Dee kurang
periksa, kurang ambil port akan hal Amanat Keramat. Hari ini bila orang MEDIA kecoh-kecoh
pasal Amanat Keramat, barulah Che Dee tau, rupanya marahnya oastad pada Che Dee
bukan sangat pasal emas, tapi pasal Amanat Keramat.
Apa kena-mengena Che Dee dengan lembu, pula ni eh? Che Dee waktu break, tak kira kopi, the, dia
gian bersembang dengan Cikgu Lembu. Jadi lembu memang tak boleh. Bersembang
dengan Lembu pun boleh jatuh jadi sama taraf macam lembu dan dikhuatiri bau
lembu akan menyebabkan bukan Che Dee sorang nanti tak boleh masuk syurga,
kawan-kawan Che Dee yang lain pun dapat bau lembu, pun walau kuat sembahyang, baca Quran, puasa,
masih tak dapat masuk syurga juga. Dan tanda kawan lembu tak dapat masuk syurga
ialah dia kumpul-kumpul duit nak naik haji, duit dia habis-habis-habis, sampai
mati tak dapat naik haji macam seorang Munsyi yang matinya tak sempat naik haji
sebab berkawan dengan gembala lembu aje. Bukan lembu, pun. Gembala aje.
Pun begitu idaklah Che Dee tau mau sakit-sakit hati pada
oastad. Che Dee Cuma mau berdoa agar penduduk Pulau semua ramai-ramai dapat lupakan
Amanat Keramat dan memberhentikan aktiviti melembu ini. Yang lembu itu pun
bukan orang lain, pun. Pakcik-pakcik, makcik-makcik, adik-adik sedara, cikgu,
buah hati pengarang jantung Che Dee juga.
No comments:
Post a Comment