Saya dengan ini dengan riaknya nak bercerita yang sepanjang
2 minggu ini saya langsung tak cuti, hujung minggu berkursus dan hari natal
inila baru bercuti dan rehat-rehatkan badan, sat lagi nak gosok baju. Iya
kain-baju saya dah termuntah-muntah dari bakulnya. Tak sempat digosok dan
digantung kemas dalam almari baju.
Kursus no 1, yang fail meja tuh dah cerita, kan. Ini giliran
saya membebel pasal kursus yang kedua ini. Pergh kursus yang ini lebihnya
kepada aktiviti fizikal. Pengukuhan kerja berkumpulan. Memang trend kalu
teamwork aje laa kena bikin aktiviti sikit. Memang seronokla. Orang kata dalam
aircond pun saya boleh berpeluh-peluh.
Saya memang bawa baju lebih, siap bawa penyangkut pakaian
extra dari rumah. Memang saya jenis yang
kuat berpeluh. Naik kerja hari semalam
ramai yang tumbang dan lagi sekali dengan rasa riak, ingin saya berteriak,
hanya saya dan ada satu teman seofis lelaki berpangkat adik jah yang masih
steady. Lain tu semua urusetia, tak boleh diambil kira,lah kan. (ops Ni, I'm talking about my unitla unit PTJ... Unit lain I tak taula, mungkin ramai yang masih steady-steady blaka, mahkamah mana bule tutup, tak jalanlah kes...)
Saya masuk ofis pukul 7.30 pagi dan sudah semistinya seawall
7.15 selalunya saya sudah berada di
tempat kerja. Namun pada hari semalam, bukan ofis sahaja yang lengang,
jalan-raya pun lengang. Tempat letak kereta lengang, kantin lengang segalanya
lengangan. Alangkah bagusnya jika semalam itu merupakan tiap-tiap hari berkerja
di Melaka ini.
No comments:
Post a Comment