Saya ini bernasib baik sebab tak pernah, rasanya…tak pernah
terlibat untuk berada di dua persimpangan jalan. Jalan saya satu aje, tak payah
pening-pening. Saya tak pernah duduk termenung lihat jalan tu, lepas tu lihat jalan
lain atau 2, 3, 4, 5, 6 jalan yang lain.
Orang kecil macam saya memang tak ada pilihan. Jadinya saya
idakla pernah dok *sigh* sigh* mengenang jalan yang lain. Cuma di satu ketika,
saya dapat offer kerja di JANM. Masa tu saya tengah mengajar di PASTI. Memang
rasa hati tika itu lebih noble serve PAS, instead of ke Pusat. Tapi semua orang
kata join kerajaan Pusat lebih menjamin walau gaji yang ditawarkan lebih berapa
sen aje.
Bayangkanlah kalu mengajar PASTI, saya duduk kampung, dah
tentu sewa rumah tak perlu bayar, ini terpaksa ke KL. Namun, Kak Rose saya
meyakinkan emak bahawa, gaji yang tertulis dalam surat tawaran itu hanyalah
gaji pokok sahaja, belum dicampur elaun-elaun. Dan saya pun meninggalkan
kampung menuju ke KL, walau pada masa itu berat juga hati nak tinggalkan
anak-anak murid saya yang comel dan nakal. Tak ada orang tahan saya, pun. Sebab semua orang rasa antara guru PASTI dan
kerani cabuk kerajaan, kerani cabuk lebih menjamin.
Cuma kini saya rasa gatal nak memikir apa akan kalu saya
terus kat PASTI. Ntah-ntah jadi YB kut. Hik hik hik, apa ko ingat aku tak leh
jadi YB ka? Hey, Zuraidah ketiak masa penjual buah tu pun boleh jadi YB, kenapa
tidak saya. Joking…Tak adalah sampai ke situ, kemungkinan besar saya sudah
kawen dengan mana-mana “ustaz” PAS dan beranak-pinak.
Dari sekarang ni, orang ramai kata anak dara tua ni jahat.
Pernah juga kena tuduh ntah-apa-apa tah. So far, so good tak ada apa-apa yang
tak baik berlaku, pun. Takut juga kita, kan. Tapi apa nak takut, apa jahatnya
kerja perakaunan ini? Kawan-kawan saya, bos-bos saya ok aje. Kerja perakaunan boleh bawa masuk neraka ka?
Boleh bikin kita end up mati nanti kena panah petir, kena timpa hujan batu, ka?
Mungkinlah boleh, to play safe, infact dalam Akauntan Negara
ni, ada satu pilihan selamat…apa lagi duduk bawa ketiak latihan, lah. Apa
jahatnya mengajar dan melatih orang? Apa, amik komisen ho
tel he he he….klakar, klakar, klakar….Alah dah berbelas
tahun dah kerja ini, so far idak pernah bersemuka dengan aktiviti tak baik. Claim
lebih, tak pernahlah rasanya lagi kita buat…cilok-cilok masa offis, mengulau? Hmm,
dah ko juga kata aku gila dah tak boleh buat kerja satu pun…itu cerita dulu. Sekarang,
dah ok dah. Tak tak gila dah. Geniuslah pulak he he he… Life is good. Saya baru
lepas isi borang prestasi. Dan saya gembira.
Pasal anak dara tua jahat….Allah temukan saya dengan Kak
Esah. Dah lama lost contact. Mungkin dah pencen agaknya. Kak Esah tak jahat. Dia
sumber inspirasi saya. Memang saya ni tak macam kak Esah, pun. Tapi orang kata
kita pandai-pandai control dirilah,kan. Cakap orang aje. Ah, sebeno eh, senior
staff di mata staff junior semua jahat. Mana ada senior staff yang baik, 100%
semua orang suka? Sebab, kita tak boleh nak sukakan hati semua orang.
No comments:
Post a Comment