Yang menepahnya walau bukan orang asal penduduk kampung,
tapi sangat pandai bersilat. Nenek
sangat beruntung, walau jodoh mereka tak panjang. Anak kecil-kecil lagi nenek
dah menjanda. Dah janda pun masih ramai
lagi yang berminat, tapi nenek tak layan. Samalah macam mak saya. Cantik,
sekali pandang ramai yang dah angau.
Bagi
perempuan-perempuan gilaan ramai dan popular, bolehlah mereka letak syarat nak
bercinta kena nikah dulu. Kalu biasa-biasa, tak popular, malaslah pula nak berhias, tak
berjoget lambak….itulah agaknya ada juga anak dara kampung yang membujang sampai tua.
Ustaz ada cakap, jodoh ini kena usaha. Saya kata pula tak
ada orang yang jodohnya datang bergolek. Macam mak dan nenek, jodoh mereka pun
tak datang begitu sahaja. Kedua-dua wanita tersebut sangat menjaga kecantikan,
kebersihan dan kesihatan diri. Itu pasal mak saya tetap langsing hingga kini,
dan nenek (walau kini sudah tiada) tetap gebu, melepak dan comel waima pada
hari-hari nenek sudah mau pergi buat selamanya. Rahsia mereka??? Apa lagi jaga
makan, rajin berkerja keluar peluh. Omputeh kata NEAT (non-exercise activity thermogenesis).
Deme belum come out dengan NEAT, nenek
dan emak saya dah amal semua tu dulu-dulu lagi dah.
No comments:
Post a Comment