Showing posts with label fear n obsession. Show all posts
Showing posts with label fear n obsession. Show all posts

Saturday, August 8, 2015

1MDB

Orang sibuk cakap 1MDB, saya pun nak cakap jugalah,kan. Heboh cerita pasal 1MDB boleh bikin negara tergadai, macam-macamlah. Kerna ia, nanti anak cucu kita semua habis kena tanggung hutang. Yang kelakar tu ada satu mamat smart yang menanggkat dirinya sebagai Rausyanfikir dari back ground kejuruteraan, lepas tu mengkhusus falsafah Islam dengan selamba memberi ramalan yang mengerikan kunun 1MDB bawa systemic effect. Dia kata systemic effect. Tapi yang sebenarnya bukan effect, tapi risk.

Jadi bila heboh kata yang 1MDB ni jahat bebeno, saya pun godek-gedek, apa kebenda monsternya 1MDB ini? Ok 1MDB ini sebuah syarikat berhad rupanya. Entiti perniagaan. Ia boleh disaman dan menyaman. Secara beradabnya jika kita bercakap pasal 1MDB, bila kita mau kaitkan ia dengan Perdana Menteri kita, perlulah terlebih dahulu menyingkap tabir korporat 1MBD. “Lifting up of corporate veil”

Memandangkan saya tidak pasti adakah singkapan telah dibikin, kita sebut 1MDB ajelah, tak usah sebut PM. 1MDB ini syarikat berhad, bererti ia milik awam, anda boleh beli sahamnya di pasaran. Selalunya bagi syarikat sebegini, kita boleh muat turun dan baca/menganalisa financial Statement mereka dari internet.

Dari laporan kewangan itulah kita buat kesimpulan sama ada syarikat ini sakit, atau masih boleh diselamatkan. Mo kata 1MBD akan bikin anak-cucu kita tanggung hutang itu ada satu tuduhan yang tidak berasas sama sekali sebab syarikat berhad ini, namanya pun berhad. Berhad itu ada maknanya yang tersendiri. Hutangnya terhad. Mustahil 1MBD cagarkan nyawa rakyat Malaysia bila dia keluarkan note-sukuk ntah apa kenamanyalah financial instrument yang dia tawarkan. Biasanya cagaran adalah dalam bentuk asset yang dipunyai oleh oraganisasi itu. Dia tak boleh ambil harta kita dan cagarkannya. Harta engkau, harta engkaulah, kata kau ada kereta dan rumah sebijik, kalaulah 1MBD bangkrap, dia tak kacau rumah dan kereta engkau.

Saya tak berani nak kata apa, sebab kita tak tengok lagi laporan kewangannya dan katanyalah laporang tersebut sudah dimanipulasi, tak telus dan sebagainya yang membawa, mengheret pula para juruauditnya sebagai jahat jugalah, kalau follow apa orang kata, macam juruauditnya dah menyeleweng dari standard dan garispanduan penyediaan penyata kewangan gitu. Ntahlah kita pun tak tau apa benda yang telah dicagarkan dalam sana. Jadi baik kita duduk diam-diam aje dulu, tunggu sampai siasatan audit selesai.

Saya lebih suka tengok sapa yang mendakwa, sapa yang kena dakwa. Yang kuat mendakwa adalah orang bukan Islam dan ada sorang mantan perdana menteri yang tak lena tidur walau dah bersara lama yang merupakan seorang doctor perubatan. Yang kena dakwa, walau belum ketahuan adakah ‘lifting-up-of-corporate veil’ telah dilakukan atau tidak ialah perdana menteri kita yang kita tau memang belajar ilmu ekonomi. Dia orang Islam yang sejak belum jadi Perdana Menteri lagi, kita banyak dengar hal tak baik pasal dia. Kita dengar aje, tapi tengok tak pernah.

Saya ada dengar satu orang alim tu kata, selagi kita hanya dengar tak pernah lihat kemungkaran yang dilakukannya, kita wajib taati dia. Kemungkaran yang disabit dengan lelaki ini ialah kesukaannya berzina. Atau dalam bahasa yang hipsternya womanizer. Jika benar dia gemar berzina dan berfoya-foya tapi tidak dilakukannya depan mata kita, kita kena hormati dia sebagai seorang pemimpin. Jadi baiklah saya tak usah terbawa-bawa meramal ntah apa-apa tah [“systemic effect???” hahaha lucunya] pasal 1MDB, padahal, laporan kewangannya yang didakwa kalau tengok pun tak guna, semuanya palsu dan bohong belaka, itu saya tak tengok lagi. Tutup mulut dan tunggu sehingga siasatan selasai itulah yang terbaik.

Lepas kertas siasatan keluar ko nak kata juruaudit kerajaan pun 2x5 dengan juruaudit swasta, suka hati koranglah. Takkan hilang punya business audit-mengaudit ini hanya kerana skandal 1MDB. Kesimpulannya, ada kerja, ada gaji, idaklah saya nanti hidupnya merempat di tanahair sendiri. Yang merempat tu nanti, ntahlah sapa tah. Kalau penyanyi, artis, penulis, pencacai, mungkinlah kut. Dah tak de peminat nak sokong, tak de penaja nak taja, mungkinlah tu, boleh merempatlah, kalau tak pandai manage income masa masuk lebat, masa orang suka.

Friday, October 31, 2014

IMMORTALITY

Saya pernah menulis puisi, kerna menyampah sangat dengan ustaz, kepala usrah/ex imam sekolah, yang menyibuk dalam industri perbukuan kita dan mula menghukum-nerakakan ramai penulis. Kalau dia nak menerakakan penulis kegemaran saya, tak kisahlah jua, memanglah Nietzsche German kafir, Viginia Andrew kafir yang kalau ko tanya paderi pun paderi akan kata orang yang bunuh diri itu haram cium bau syurgawi, Sydney Sheldon, lagilah kafir. Semi-porno, you! J. Ni yang membacanya pun turut pun turut dikafir-semi-pornokannya, apa masaalah,nya,kan. Itulah yang membuatkan terhasilnya puisi yang sikit lebih kurang beginilah bunyinya, puisi asal saya tak simpan:-
 
Setelah ko coret wajah dunia
Dengan celoreng warna terror, ‘
Kini kau hinggap di muka-surat tulis-baca kami
Untuk ko momok-momok, laga-melaga
Coret-mencoret adu-domba yang ntah apa-apa tah
Sudah-sudahlah tu

Bila ada sasteranita yang begitu berkenankan saya, saya tak layan, walau rasa memang gatal sangat nak melayannya. Saya sedar yang diri saya tak layak jadi sasterawan pun. Saya beronline,nak menyatakan betapa salahnya jika ada yang percaya buku, ada kuasa untuk menjadikan seseorang itu stalker yang gila seks dan obsess dengan berpelakuan cabul yang jika dibiarkan boleh membunuh sejarah bangsa Melayu. Hobi membaca tanpa tapisan boleh mendatangkan mudharat besar kepada negara.

Then I told myself, Mardhiah, it ok mereka tak nak berhenti memomokkan yang ada orang gila sedang berusaha keras membunuh penulis-penulis baik. It is ok kalau online orang nak percaya ko stalker, psiko kuat berangan yang semi-porno, sebab suka sangat baca macam-macam jenis buku, termasuk buku yang ditulis oleh penulis yang bergelut dengan masalah metal. Tapi, off-line, make sure pencen esok paling cikai pun Penolong Pegawai Diploma tapi ada Ijazah Sarjana Muda. Tak perlu nak bertengang urat sangat, dengan mereka yang percaya ko gila. Visit blog orang sampai 100,333 kali, walhal ko jumpa blog tu tak sampai 6 bulan, pun. 


Pada sasterawanita itu saya kata dunia maya ni bukan boleh bawa semua orang ke bintang, pun. Hanya segelintir yang benar berbakat dan berkebolehan sahaja yang boleh mencapai immortality melalui dunia tulis-menulis ni. Saya adalah orang kecil yang biasa-biasa yang dikemudian harinya nanti…lepas masuk kubur 100 hari orang dah tak ingat dah. 

Wednesday, March 5, 2014

KUCING



Sejak minggu lepas kawan-kawan pejabat yang lelaki bising-bising kunun katanya ada kucing di bumbung Mahkamah tempat saya berkerja. Kami semua fikir mungkin kucing itu sudah mati agaknya, sebab kehausan memandangkan cuaca kemarau yang melanda buat masa ini.

Kami pun tak tau macam mana nak selamatkan kucing tersebut, sebab yang membawa cerita ada kucing atas bumbung hanya mendengar suara kucing itu dari kuat bertukar ke perlahan-perlahan-perlahan, kemudian terus senyap.  Kami cuma boleh kasihan dan bercakap-cakap, meneka-neka bagaimanakah kucing itu boleh berada di bumbung. Pandai naik, tak pandai turun, itu kesimpulan kami. Ada juga yang menyakat dengan mengatakan mungkin itu suara jin. Tapi hari ini kucing itu muncul. Ada orang dah nampak ia. Warnanya putih ada sikit tompok hitam ada sikit tompok kuning.  Sah kucing bukan jin. Kawan saya sudah menelefon ntah sapa tah untuk menolong kucing yang malang itu.

Malangnya, dah memang pun nasib kucing itu sangat malang, kucing tersebut telah menghilangkan dirinya. Jadi sehingga kami pulang pada petang tadi, kucing tersebut masih berada di sana. Harap-harap esok, ia dapat di turunkan.

Manakala di dunia maya pula....

Kawan FB saya mau mengembirikan kucing bapak yang giat membuntingkan kucing-kucing betinanya sehingga keseimbangan populasi kucing peliharaan beliau sudah tidak terkawal lagi. Bapak yang satu itu telah terlalu dominan. Alternatif pengagihan kucing dari baka tersebut kepada pemilik lain adalah "out of question", sebab pemilik kucing bimbang sekiranya ianya dilakukan, kucing yang banyaknya sudah dewasa itu akan jadi depress jika berpisah dengan rakan-rakannya. Jadi kucing bapak pujaan hati sekian banyak kucing betina dalam peliharaan beliau terpaksa dimandulkan demi mengelakkan kepupusan baka-baka lain dalam koloni kucing milik kawan saya itu.

ehmmm, kesian,kan, but wat to do? kesian, kesian, kesian....
Kalaulah kucing boleh berfikir dan bercakap.....


Kucing pun pandai depress ka? Kucing bukannya macam unta dan merpati yang monogamy itu. Mana saya belajar pasal haiwan dan tabiat perkahwinan mereka? Yang unta tu ustaz pegawai kat pejabat lama yang ajar, yang merpati tu, saya tengok dalam TV. Bukan, bukan NatGeo, tapi cerita drama kreatif fantasi biasa-biasa aje.

Wednesday, December 26, 2012

Satu Petang yang gila

Masa saya belajar di MMU, saya cuti dan sebab belajar ni kita memang ada banyak masa pun, jadi saya kerja part-time di sebuah tempat apa ek, macam real estatelah gitu. Tapi yang bermasalah. Dah melalui liqudation, dan benda-benda legal memang dah lepas, tapi projek tak jalan-jalan. Bukan tak jalan, dalam proses. My job is to help the marketing part to keep orang2 yang dah bayar ribu-ribu tu inform apa yang akan jadi nanti, the proposal, the option, macam-macamlah kisah titik-bengek sektor hartanah ini.


Satu hari tengah musim durian. Projek manager datang mau ambil durian untuk keluarganya. Dia singgah dan sembang-sembang dengan saya. Dia bercakap pasal macam-macam. Agama dan pilihan. Bercakap juga pasal Melayu dan luahan rasa bencinya terhadap golongan agama(Islam) ini. Saya cuma angguk-angguk sebab memang apa yang dia cakap itu betul, pun.

Saya sama sekali tidak menganggap cakap-cakapnya itu adalah usaha dakwah ke arah agamanya. Lebih kepada luahan tak puas hati terhadap Islam yang dia pandang sebagai satu agama yang mengamalkan keganasan. Yang tertegak/tersebar atas mata pedang. Saya pula bukanlah seorang yang berseni-seni, lembut-lembut dan karekter saya memang brutel, memang tak layak/tak sesuai jadi pendakwah. Saya perit telinga dengan dia menceceh,  walau apa dia cakap itu betul, (orang kata lagi betul, lagilah perit,kan) saya pun cakap begini "what if all your life you've been told, your job is to kill someone or group of people"

hahaha...

Me, scary? yup saya memang menakutkan. Do I really believe that we have to kill some one, if we don't kill him/her we'll becoming less muslim, God love us less? Honestly I don't.

And, what all this jihad, syahid is all about? If you're born bio like me, you don't have the gut to kill. trust me. But that is not the reason to be upset actually. There is no reason, also to argue with those who are born necro. Life is good, we're suppose to make friend. Terlalu memaksa kepercayaan kita terhadap orang lain akan membuatkan life jadi sedih dan sayu.

Friday, February 17, 2012

BUNUH MEMBUNUH


Saya sudah ceritakan apakah ketakutan saya, iaitu takut kehilangan pekerjaan dan sumber rezeki. Bayangkan jika anda takut ada orang mau bunuh anda, apakah yang akan anda buat?  Bunuh orang itu balik, sebelum dia bunuh anda?

Apa yang saya mengarut ini? Tadi saya baca pasal orang-orang, individu-individu yang pada asanya sangat ditakuti oleh manusia-manusia intelek dan terpelajar. Manusia intelek yang suci bersih ini takut bahawa manusia-manusia “dajjal” ini membawa bencana pada sekelian alam. Manusia dajjal itu ialah manusia yang orang yang benci kerana kemaksiatan,  kesesatan dan kerosakkan yang mereka bawa. Dan tak terlupa juga manusia yang sudah sangat terpesong pendirian mereka tentang tuhan dan mengajak manusia lain memusuhi tuhan. Orang intelek yang suci bersih ini sangat percaya bahawa kewujudan manusia dajjal  ini akan membawa pada kiamat.

Namun ada lagi sejenis manusia yang manusia lain lagi takut. Orang yang membawa perwatakan orang alim, tapi berperangai keji. Wujud ka orang ini? Wallhuaalam. Saya lebih selesa untuk percaya bahawa orang-orang ini hanyalah mainan-lakunan orang-orang yang suka tengok kita lagi benci kepada orang agama yang pada masa ini masih lagi kita pandang tinggi dan sanjung. Ya, memang di Melaka dulu ada seorang Imam yang bikin maksiat, berzina. Lepas tu ada juga cerita orang agama yang berzina juga. Cerita ustazah berzina dan macam-macam lagi.

Nak percaya, percayalah, tapi nak percaya dengan membunuh penzina-penzina dikalangan orang yang pakai pakaian agama bagi mengelak kiamat berlaku adalah satu perkara yang saya tak berani nak cakap lebih-lebih. Apa bukti dia berzina? Jika dia ditangkap khalwat dalam keadaan mencurigakan, kita suruh dia nikah baik-baik dan bertaubat. Itu standard procedure bagi menyelamatkan kemungkinan orang marhean yang tidak berapa pandai agama macam saya dari membenci agama. Kita tak pernah bunuh orang berzina pun. Kalau dia ditangkap curi duit tabung masjid??? Huh! Adaka? Kalau ada pun kita lucut sahaja jawatannya dan ganti degan orang lain.

Kita jaga nama baik mereka, kita sentiasa mendoakan ustaz-ustazah yang terlanjur ini bertaubat dan menjadi manusia yang lebih baik pada masa hadapan depan demi kelangsungan hidup beragama. Kita tak tergamak menceritakan, mau pun meuar-uarkan keterlanjuran-keterlajuran yang memang ada berlaku. Namun, adakah ustaz-ustazah mendoakan sekelian umat yang pada dasarnya perasan Islam, tapi tak berapa peka dengan tuntutan sebagai orang Islam, tidak takut melakukan dosa  baik kecil, maupun besar, diberikan taufik dan hidayah dan kembali kepada agama?

Jadi, kesimpulannya, anda semua takutkan kiamat sehingga kalau boleh,  anda mau bunuh semua orang yang anda rasa boleh menyumbang kepada kejadian kiamat. Orang itu termasuklah pencinta FRINJAN macam saya agaknya…ha ha

Friday, January 20, 2012

TENTANG liwat & zina


Isu gay dan lesbian ini sudah menarik minat saya seawal sekolah menengah lagi. Mungkin dek kerana tak dapat masuk sekolah berasrama penuh berprestij, ada dikalangan kami mereka-mereka cerita kununnya gelaja lesbian berlaku di sekolah-sekolah elit yang tak payahlah saya sebut nama sekolahnya.  Oh ya saya sekolah menegah perempuan, tingkatan 3 baru masuk sekolah asrama elit gred B yang keadaannya co ed.

Sama ada benar aktitivi yang tidak sihat ini menular dikalangan pelajar-pelajar pintar ini, tidaklah kita ketahuan secara sohihnya. Bila saya sudah menginjak usia masuk pra-universiti pun ada cerita pasal-pasal ini. Kununnya budak-budak lelaki lembut akan pandai-pandai tukar apartment agar semua lembut duduk sama-sama mereka aje. Pada hujung minggu mereka akan bersolek persis wanita dan menjemput kawan-kawan lelaki yang berminat untuk menjalani parti-orgy di tempat kediaman mereka.

Cerita-cerita sensi macam ini memang sedap didengar. Mana taknya pelajar tajaan JPA terlibat dalam aktiviti tak senonoh yang melanggar norma kehidupan masyarakat timur? Suka hati kita nak percaya atau tidak, dan saya lebih suka untuk menpercayai bahawa ini hanyalah sebuah urban tale yang tak dapat kita pastikan fakta dan kebenaranya.

Namun hari ini bila ada pemimpin kita yang marah-marah dengan seksyen 377 kanun kesiksaan dan minta ianya dikaji semula, kalau kita rasa tak kecut perut, tak tahulah kita. Bererti tidak ada sapa di Malaysia ini akan menafikan kewujudan mereka dalam kalangan dari golongan elit, pembuat dasar dan pemegang ‘key-post’ dalam syarikat-syarikat di Negara ini.i.e kewujudan mereka dalam kelumpuk manusia yang ada suara membentuk dasar dan halatuju Negara. So far dalam perkhidmatan Awam memang kita tak dengar lagi cerita gila ini dan berharap ianya kalau ada pun, masih berada diperingkat yang terkawal. Terkawal disini, kalau benar ada, mereka masih duduk dalam kerahsian, belum mau lagi orang tau yang mereka ini orientasi seks tak sama dengan manusia  normal.

Persoalannya kini sebagai pengundi kita nak lihat apa yang Pakatan Rakyat dan BN “has to offer” dalam mendepani golongan yang kini kian berani dan daring menunjukkan belang mereka dan mula menuntut apa-apa yang mereka rasakan perlu dituntut.

Kalau kita lihat, PR menawarkan penyelesaian yang lebih lunak, iaitu mendidik. Macam-mana mereka nak didik golongan ini? Sudah tentulah PR yang kita yakini ditunjangi oleh orang-orang yang bijak pandai dan professional ada keadah penyelesaian mereka yang tersendiri. Mungkin juga pendirian Magnus Hirschfeld iaitu “Better scientific understanding of homesexuality would eliminate hostility towards homosexual”  mengispirasikan mereka dalam mendepani isu GLBT. Iaitu, mari kita selesaikan ikut kaedah penyelesaian saintifik dan pendidikan.

Bagi BN yang selalu kita fahami sebagai golongan yang kurang cerdik lagi tidak pandai mendidik mereka tentu tak ada saintis yang ada banyak masa mau develop projek slamatkan Nyah-Negara. Walau tak ada saintis berwibawa dan berbakat tak perlulah tergubra dan termembazir duit rakyat menggaji saintis buka lab itu ini untuk turut sama menari dengan tarian yang ditarikan oleh lawan mereka itu. BN sudah seksyen 377.  Usahlah malu dan rasa rendah diri untuk mempertahankan kedaulatan undang-undang yang konon sedang di canang-canangkan ke seluruh dunia sebagai archaic lagi punitive. Kita pernah melalui hari-hari sukar menerima ejekan, tekanan antarabangsa terutama Australi, bila mendaulatkan hukum mandatori bagi kesalahan mengedar dadah, tidak perlu rasa malu bila undang-undang kita dikata-kata sebagai lapuk dan sudah tidak lagi releven.

Secara peribadinya walau saya tidak suka pendekatan yang keras, namun sebagai umat Islam saya harus akur dengan ketentuan majlis bijak pandai agama yang mengkiaskan liwat dengan zina. Hukum liwat ini ada macam-macam, tapi yang kita guna secara meluas di sini itulah gitulah, kalau tak kawen sebat, kalau dah kawen rejam sampai mati. Sebagai seorang Islam untuk memandai-mandai meminta pendekatan yang lebih lunak, atau menidakkan yang liwat itu sesuatu perbuatan keji yang perlu dihukum, akan menyebabkan berlaku kegelinciran akidah. Nuzubillah. Itulah dia pandangan terbaharu berhubung dengan isu liwat ini.

.* saya sengaja bubuh GLBT, walau saya dah lama sedat itu tak betul. Yang betulnya LGBT.

Friday, August 26, 2011

TUHAN ya TUHAN

Perkara yang kita paling takuti ialah masuk NERAKA. Bila semakin dewasa, banyak sungguh perkara yang kita pelajari yang boleh menjerumuskan kita ke neraka jahanam. Then we learn, is all about internal control. Control ourselves dari membuat kacau dan menyusahkan orang. Control itu, ini, control macam-macam, yang pendek kata control nafsulah. Sifat nasfu slalu maukan kebebasan.

Hari ni, sebenarnya dah lama dah, cerita ni, cuma baru hari ini aje orang sblah sini dok kecoh-kecoh pasal wanita Islam pose muka depan playboy. Namun kalu kita baca wikie, Si Sila tu bukan Islam pun. Ayahnya jah keturunan Turki, ibu dia kristian. Ayah dia tak berpegang kepada apa-apa agama.

Sila ni bikin pula statement, kata dia bogel sebab memperjuangkan hak asasi dia sebagai manusia, maklumlah katanya masa kecik family dia strict. Dia kata dia nak jadi bebas macam che Guevara. Ntahlah saya pun minat gak kat che gue ni, tapi idakla pernah saya dengar che gue ni menyarankan kepada peminat-peminatnya agar berbogel sebagai tanda yang kita minat kat dia… ha ha ha….klako, klako, klako…

Dan apa pula, kenapa pula, logiknya ye, kalu bogel itu boleh menghantar kita kedalam neraka?

Dari segi internal controlnya kita gagal mengkontrol kehendak kita. Iya macam Sila tadi, dia bogel sebab dia minat Che Guevara. Pada faham dia Che Guevara mentafsirkan kebebasan itu sebagai bebas dari kongkongan sebarang pakaian. Itu pada fikiran Silalah…. Tapi adakah kebebasan dalam benak fikiran CheGuevara sama macam yang ada dalam benak fikiran Sila?

Tak tahulah kita ek. sebab Che Gue dah mati, dah mati tak bleh jawab lagi apa-apa soklan. Kita hanya bule agak2 ajelah berbogel itulah yang che Gue suka kita buat sebagai tanda kita betul-betul minat dan sayangkan Che Gue.

Sebenarnya kalu kita suka baca pasal Tuhan, ramai orang percaya yang Tuhan mereka menuntut mereka berbogel, sebagai tanda cintakan Tuhan. Ie berbogel itu amalan spiritual sebagai mendekatkan diri dengan TUHAN.

Dan memang kalau kita bertuhankan nafsu, itulah dia yang NAFSU suka. Dan bagi kita yang bertuhankan Allah, Tuhan kita suruh kita kawal, kekang nafsu…jika sudah bertuhankan NAFSU, maka Neraka Jahanamlah yang Tuhan ALLAH akan tempatkan kita pada satu hari nanti. Wallahuaalam.