Isu gay dan lesbian ini sudah menarik minat saya seawal sekolah
menengah lagi. Mungkin dek kerana tak dapat masuk sekolah berasrama penuh
berprestij, ada dikalangan kami mereka-mereka cerita kununnya gelaja lesbian
berlaku di sekolah-sekolah elit yang tak payahlah saya sebut nama
sekolahnya. Oh ya saya sekolah menegah
perempuan, tingkatan 3 baru masuk sekolah asrama elit gred B yang keadaannya co
ed.
Sama ada benar aktitivi yang tidak sihat ini menular
dikalangan pelajar-pelajar pintar ini, tidaklah kita ketahuan secara sohihnya.
Bila saya sudah menginjak usia masuk pra-universiti pun ada cerita pasal-pasal
ini. Kununnya budak-budak lelaki lembut akan pandai-pandai tukar apartment agar
semua lembut duduk sama-sama mereka aje. Pada hujung minggu mereka akan
bersolek persis wanita dan menjemput kawan-kawan lelaki yang berminat untuk
menjalani parti-orgy di tempat kediaman mereka.
Cerita-cerita sensi macam ini memang sedap didengar. Mana
taknya pelajar tajaan JPA terlibat dalam aktiviti tak senonoh yang melanggar
norma kehidupan masyarakat timur? Suka hati kita nak percaya atau tidak, dan
saya lebih suka untuk menpercayai bahawa ini hanyalah sebuah urban tale yang
tak dapat kita pastikan fakta dan kebenaranya.
Namun hari ini bila ada pemimpin kita yang marah-marah
dengan seksyen 377 kanun kesiksaan dan minta ianya dikaji semula, kalau kita
rasa tak kecut perut, tak tahulah kita. Bererti tidak ada sapa di Malaysia ini
akan menafikan kewujudan mereka dalam kalangan dari golongan elit, pembuat
dasar dan pemegang ‘key-post’ dalam syarikat-syarikat di Negara ini.i.e kewujudan
mereka dalam kelumpuk manusia yang ada suara membentuk dasar dan halatuju Negara.
So far dalam perkhidmatan Awam memang kita tak dengar lagi cerita gila ini dan
berharap ianya kalau ada pun, masih berada diperingkat yang terkawal. Terkawal
disini, kalau benar ada, mereka masih duduk dalam kerahsian, belum mau lagi
orang tau yang mereka ini orientasi seks tak sama dengan manusia normal.
Persoalannya kini sebagai pengundi kita nak lihat apa yang
Pakatan Rakyat dan BN “has to offer” dalam mendepani golongan yang kini kian
berani dan daring menunjukkan belang mereka dan mula menuntut apa-apa yang
mereka rasakan perlu dituntut.
Kalau kita lihat, PR menawarkan penyelesaian yang lebih
lunak, iaitu mendidik. Macam-mana mereka nak didik golongan ini? Sudah
tentulah PR yang kita yakini ditunjangi oleh orang-orang yang bijak pandai dan professional
ada keadah penyelesaian mereka yang tersendiri. Mungkin juga pendirian Magnus
Hirschfeld iaitu “Better scientific understanding of homesexuality would eliminate
hostility towards homosexual” mengispirasikan mereka dalam mendepani isu
GLBT. Iaitu, mari kita selesaikan ikut kaedah penyelesaian saintifik dan
pendidikan.
Bagi BN yang selalu kita fahami sebagai golongan yang kurang
cerdik lagi tidak pandai mendidik mereka tentu tak ada saintis yang ada banyak masa mau develop
projek slamatkan Nyah-Negara. Walau tak ada saintis berwibawa dan berbakat tak perlulah tergubra dan termembazir
duit rakyat menggaji saintis buka lab itu ini untuk turut sama menari dengan
tarian yang ditarikan oleh lawan mereka itu. BN sudah seksyen 377. Usahlah malu dan rasa rendah diri untuk mempertahankan kedaulatan undang-undang
yang konon sedang di canang-canangkan ke seluruh dunia sebagai archaic lagi punitive. Kita pernah melalui hari-hari sukar menerima ejekan, tekanan antarabangsa terutama Australi, bila mendaulatkan hukum mandatori bagi kesalahan mengedar dadah, tidak perlu rasa malu bila undang-undang kita dikata-kata sebagai lapuk dan sudah tidak lagi releven.
Secara peribadinya walau saya tidak suka pendekatan yang
keras, namun sebagai umat Islam saya harus akur dengan ketentuan majlis bijak
pandai agama yang mengkiaskan liwat dengan zina. Hukum liwat ini ada
macam-macam, tapi yang kita guna secara meluas di sini itulah gitulah, kalau
tak kawen sebat, kalau dah kawen rejam sampai mati. Sebagai seorang Islam untuk
memandai-mandai meminta pendekatan yang lebih lunak, atau menidakkan yang liwat
itu sesuatu perbuatan keji yang perlu dihukum, akan menyebabkan berlaku
kegelinciran akidah. Nuzubillah. Itulah dia pandangan terbaharu berhubung
dengan isu liwat ini.
.* saya sengaja bubuh GLBT, walau saya dah lama sedat itu tak betul. Yang betulnya LGBT.
No comments:
Post a Comment