Tuesday, January 24, 2012

Bila tak cukup duit, angin pun meroyan datang


Incase kalau ada yang merasakan saya paranoia atau berhalusinasi bila saya kata ada orang dah meroyan mengata Hal Agama itu membazir kerana sifatnya hanya ceremonial cuba klik sini dan sini. Tak taulah nak komen apa. Dalam keadaan the ever blotting of government operating expenditure, closing down one or two ineffective department pun solution juga tu, buang Exco, buang sekali anak-anak buah, organisasi yang menjaga hal-hal agama. Orang Kristian pun dah lama sakit jiwa nengok  Islam yang ada Organisasi Khas tak mampu mengekang penganutnya untuk murtad. Baik tak ada dari ada.  Semalam Jepun yang kita rasa gergasi pun dah bising dan risau pasal Defisit fiskal yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan.  Kita pun kalau tak betul-betul  kesitulah kita, senasib dengan Jepun juga.

Satu ketika dulu pun ada orang tak senang dengan aktiviti intip-mengintip pasangan berkhalwat. Ia tak ya juga, ko bikin operasi cegah khalwat, orang tetap khalwat juga, fail mahkamah syariah bertimbun, macam-macam. Bayangkan jika operasi ini dihentikan, berapa banyak agaknya duit pembayar cukai boleh diselamatkan. Orang yang mau kerja  intip-mengintip ini dihentikan bukannya orang tak sekolah tinggi. Beliau ada rational yang disandarkan kepada kesyumulan Islam dalam mengusulkan isu ini.

Apapunkita sama-sama doa yang Akauntan, pemikir kita dikurnai ilham dalam memikiri solusi yang tak memerlu mana-mana organisasi ditutup dalam mendepani masalah perbelanjaan kerajaan yang semakin meningkat.

No comments: