Topik yang saya ambil untuk tugasan Islamic Studies ialah “Entertainment,
Humor, Sport and Music In Islam” dan saya banyak menggunakan Yusof Qardhawi as
my first opinion leader dalam tugasan tersebut.
Diakhir kertas kerja saya menyarankan agar lebih ramai anak
muda yang mempunyai pengetahuan Islam yang mantap untuk berani terjun dalam industry
ini sebagai cabaran mendepani masalah hiburan yang agak kebaratan dan tidak
begitu ‘ngam’ dengan nilai leluhur citra peribadi kita sebagai orang timur. Dalam
kata lain berperanan menyediakan produk-produk hiburan yang syariah-compliance
sebagai memenuhi permintaan pasaran.
Semalam saya terduduk lama mengikuti video kuliah dari satu
ustaz, yang ntah sapa nama, tapi ustaz ini replacement for ustadz Fathul Bari
yang glemer lagi kontroversi ini dalam topik apa kebendanya tah, pasal fitna
dikalangan Agamawan sikit lebih kurang gitulah. Dan ustadz tersebut, melalui
pengamatan, dan pandangan ulamak-ulamak muktabar, memilih untuk berbeza
pendapat dalam beberapa pandanggan yang dikemukakan oleh Qardhawi.
Apa yang saya nak share kat sini ialah statement yang ‘agak’
power bila ustad melabelkan dakwah dalam bidang suka-suka ini sebagai “syiaar ahli maksiat” No
such thing as berdakwah sambil berhibur. Jika itu dibenarkan, nauzubillah, tak
ada bezanyalah kita mukminin, mukminat sekelian dengan orang yang (well I hate
to put this, but I put juga) kafir.
Memang sebagai orang yang lahir dalam keluarga yang agak
konservertif, memang kadang tu berjoget juga taik telinga kita bila orang-orang
seni ini, keluar statement dalam surat khabar “ini cara kami berdakwah”.
Lama-lama kita jadi biasa dan tak sensitive/tersinggung lagi dengan statement
yang sedemikian.
Mungkin ada yang akan melenting-lenting jika saya kata “puisi,
lagu, syair, pantun dan seloka adalah syiaar ahli Maksiat”, tapi anggaplah
kata-kata keras ini hanya sebagai sebuah kata-kata yang tidak memiliki apa-apa
konotasi melainkan setelah ada tindak balas berlaku.
Mesti ada yang sedih, marah dan defensive kalau tengok video
ustad tadi. Kadang kita ini sensitive sangat pasal istilah dan perkataan
negetif, namun kalau diperhalusi betul-betul, memang kita dalam zaman canggih
hari ini, bila dikurniai bakat seni, kalau ahli agama nak kata kita dekat
dengan maksiat memang kita patut berlapang dada dan iayakan aje cakap mereka.
It is up to us untuk membuang, membenamkan terus bakat yang dikurnai Allah,
atau berusaha untuk terus menggilapnya dan menggunakannya ke arah kebaikan.
As far as apa orang Agama nak kata bahawa dakwah itu hak
eksklusif mereka. Mereka ada rasional untuk tidak membenarkan daie Islamiah
dicampur adukkan dengan unsur-unsur seni yang berlebihan seperti music dan
puisi yang berpaksikan maki-hamun-carut-mencarut,kata-kata (well eish bencinya
aku nak nulisnya disini) romantis, straightforward lucah yang membangkitkan
syahwat.
Mereka ada tugas mereka untuk memandu kita semua agar tidak
terus tersesat jalan. Percayalah tugas yang digalaskan kebahu mereka adalah
amat berat, dan janganlah kita nak bangkang-bangkang cakap mereka, sebab apa
tujuanannya kita memaki-maki dan berkata-kata romantis itu, hanya Allah dan kita
sahaja yang tahu. Adakah hati kita sudah menjadi pendendam kepada manusiawi
yang kita anggap telah mati digilis zaman sehingga niat kita digantung
semata-mata melihat keruntuhan dan kemusnahan hanya kita dan Allah sahaja juga
yang tahu.
Semuanya bergantung atas niat. Niat yang baik terbit dari
hati yang luhur insyaallah akan meninggalkan impak yang membina. Niat yang selfish
terbit dari hati yang sakit, waima dialas kata-kata manis, bebas unsur-unsur SX18, SGSX dan disanggulkan dengan hadis-hadis dan ayat
Al-Quran, berkemungkinan membawa hal yang tak mendatangkan apa-apa kearah
membina ketamadunan manusia. Mengabeh
boreh lai, adalah…sampai dek kerana tak ada kesan, ada yang dah meroyan-royan kata fortfolio agama ni ceremonial aje, letak
beruk dan monyet pun tak apa.
Pendek kata semuanya bermula dari hati. Jagalah hati
baik-baik, jagalah hati orang tua kita baik-baik. Saya sendiri sedang belajar menjaga
hati, walau susah dan kadang itu meletihkan. Honestly belajar matematik yang korang kata
susah itu lebih mudah dari belajar jaga hati orang tau! Banyak hati nak kena
jaga, situ nak jaga, sini nak jaga, jadi letih.
No comments:
Post a Comment