Suka hatilah kita nak rasa apa. Nak rasa system kita dah
korup, dah diserang virus politik, tidak telus dan tidak relevant lagi
reliable, itu rasa hati kitalah. Secara peribadi saya lebih suka bersangka
baik, walau pun mungkin, iayeah mungkin system kita udah dijangkiti virus. Saya
lebih suka bersama mencari penawar virus dari
mencari jalan untuk memusnahkan system yang sedia ada.
Orang kata musnahkan dulu nanti kemudian kita bina baru. Itu
kerja orang muda, orang intelek, genius, berbakat, masih kuat dan rajin,
bolehla korang fikir-fikir, namun sebelum gian memusnahkan yang ada, sila
pastikan system yang baru nanti lebih baik dari yang ada kini. Buat apa ada nak
rontokkan yang ada, jika masih kabur akan keberkesanan dan keboleh-suian barang
baru dalam system geopolitik kita yang agak unik ini?
Saya senentiasa menghormati kawan-kawan yang sudah luntur
keyakinannya dengan system secular Melayu warisan british yang kita guna pakai
pada hari ini dan ghairah untuk merai sebuah system baru yang kunun dakwanya lebih Islami dan adil. Namun saya harap
kawan-kawan perlu juga hormati orang yang masih menaruh harapan terhadap system
yang sedia ada boleh diMelayu-Islamkan kerana skeptical dengan kebolehan
menyelami perasaan-nurani-Melayu yang ada pada think-tank system baru nanti.
Saya tidak pernah mendoakan TULAH atau sebagainya pada
kalian kerana membenci system yang sedia, justeru besarlah harapan saya agar
kalian juga bersabar dengan saya dan tidak mendoakan celaka TULAH terhadap
saya.
Sebetulnya saya upset bila kamu kata saya mau dapat TULAH
bila saya kata “saya adalah seorang yang taat dan bukan seperti kamu yang suka
membangkang” Saya percaya tidak ada TULAHnya mendengar pesan pemimpin yang kamu
dakwa-dakwa sebagai korup dan bebal lagi tidak punya pelajaran yang tinggi,
almaklumlah setakat kerja kerani, rajin membodek, dapat jadi Menteri Besar,
Alkisah riwayatnya latar-blakang akedemik CM yang sering diuar-uarkan. Yang
jadi TULAH bila kita mengikut perbuatan pemimpin yang korup. Pemimpin rahsuah
mereka tak akan suruh kita rahsuah, malah mereka berhabis duit buat iklan “jangan
rahsuah”. Pemimpin yang tak sekolah, tak berpelajaran tinggi tak pernah suruh orang tak sekolah sama, bahkan diberikan peluang, ruang dan bantuan intensif kewangan untuk membolehkan kita belajar setinggi termampu walau sudah berkerja.
Di mata dan minda saya, pemimpin yang kamu suka, berpesan
agar benci-membenci, jatuh-menjatuh, sedangkan pemimpin yang diberi mandat
memerintah, berpesan, belajar elok-elok, kerja rajin-rajin, moga bila Negara jadi
Negara berpendapatan tinggi, kamu tidak susah, dan sudah bersedia akan sebarang
kemungkinan dan cabaran yang mendatang. Saya tidak suka dengar apa yang
pemimpin kamu yang kamu suka dan puja-puja itu cakapkan. Saya juga tidak suka
kamu sering memburuk-burukkan pemimpin yang sedia ada walau saya tahu pemimpin
sedia ada tidaklah seislami, seintelek, semaksum pemimpin pujaan kamu. Tapi pernahkah
saya marah dan menengking serta meminta TULAH kepada kamu?
Iya saya tau saya lebih muda dari kamu, tapi cukup-cukuplah
menyebar virus benci di hadapan saya. Carilah orang yang memang sudah sedia
benci untuk kamu sama-sama kutuk-maki-hamun sapa-sapa sahaja yang kamu tak suka
itu.
--****
Saya pilih sahut cabaran 2020 dengan belajar, kamu sahutnya
dengan meng”ajar”. Pilihan sapa-betul-sapa-salah bukan pokok dan isu utama yang
boleh menyebabkan saya berduka-rasa bersalah, kerana bertegang-urat leher dengan kamu yang boleh saya panggil bapa untuk
membuktikan sapa betul-sapa-salah. Kita sepatutnya
berbaik dan saling menghormati antara satu sama-lain. Dah tau saya tak suka
membenci, membangkang jangan provoke saya dengan ajakan-ajakan benci dan bangkang,
OKEYYY!!!
No comments:
Post a Comment