Friday, January 20, 2012

Ombak Rindu--- versi Mardhiah


Bayangkan kekasih gelap Hariz (Ombak Rindu) bukan Izzah, tapi seorang lelaki cute yang bernama Izzat. Mila yang sakit hati dengan kedua-dua Hariz dan Izzat mula merancang rancangan jahat untuk menyiksa kedua-dua kekasih tadi untuk memuaskan hati dan mengangkat semula egonya yang hebat tercalar kerana ditolak mentah-mentah oleh Hariz.

Bayangkan Mila pelakon pujaan ramai ditolak begitu sahaja oleh suaminya sendiri hanya kerana lelaki comel yang bernama Izzat.  Dengan bantuan Datuk Sufiah, Mila memasang kamera canggih yang bila dalam gelap pun nampak terang, dimana-mana tempat yang mereka rasakan stratergik. Mulanya Mila kata pada Datuk hanya nak “ajar” Izzat dengan harapan Izzat malu bawa diri atau lagi bagus bunuh diri, sahaja, kalau tak nak bunuh diri, Mila akan bikin seolah Izzat bunuh diri.

Tapi entah macam mana dia terfikir pula kalau dia padam muka Hariz dan biar muka Izzat sahaja, takut pula Hariz, akan bagi moral support 100% agar  Izzat boleh  men”gena”kan dia semula kerana jenayah mengup-load video lucah diinternet..Habislah reputasinya sebagai artis akan tercemar kerana terlibat dengan jenayah mengedar video lucahlah pula. Silap-silap hari bulan orang fikir dia pun 2x5 bermasalah macam Britney Spears yang liar itu. Dia tak mau diari kerjayanya sebagai public figure dari golongan aristocrat dicemari dengan unsur-unsur lucah pun! Dia mau jadi DIVA contoh.

Maka dengan bukti rakaman video aksi terlarang yang melampau, Mila fikir dia mau bawa kes ini mahkamah. Bukan, bukan mahkamah syariah, tapi mahkamah biasa. Sebab syariah, hukuman setakat denda aje, hah kalau mahkamah biasa biar dua-dua kena rotan pun tak apalah, fikir Mila. Pada Mila tindakannya itu betul. Bagi menyelamatkan umat, menyelamatkan institusi perkahwinan yang sihat lagi boleh membiakkan keturunan manusia cara normal, tak payah belanja lebih-lebih cari ibu tumpang, cari pakar bidan membiak keturunan manusia dalam tabung uji.

Niat Mila bercampur baik dan jahat. Mila keliru. Sebagai artis, yang perpelajaran tinggi dan menghormati hak asasi dan hak privasi orang lain, Mila pun mau juga hak ruang lingkup peribadinya dilindungi undang-undang, sedangkan dia telah menceroboh ruang lingkup hak milik peribadi Hariz dan Izzat. Mila tak pasti adakah perbuatan dia memasang kemera intipan itu boleh jatuh juga sebagai perbuatan jenayah mengaib dan menceroboh privasi orang lain.

Lalu menghubungi peguamnya, untuk mendapatkan nasihat. Antara soalan yang akan diajukan Mila ialah,  bolehkah dia menang dalam kes ini? Dia ada locus standi ka nak bawa kes ni ke Mahkamah? Atau yang lebih menakutkan beliau, kalau-kalau sepanjang beliau belajar di luar Negara, Malaysia ini sudah maju dan sudah mengubal undang-undang baru, anti-pengintipan yang keras bagi melindungi orang-orang kaya raya dari dimalukan dan diinayakan dengan video-video terlampau. Al maklum semasa beliau diluar Negara ada juga video macam itu berlegaran di internet dan boleh dicapai dengan mudah sekali. Beliau takut juga, silap-silap hari bulan beliau pula yang akan kena sebat dan penjara, atau di denda ribuan ringgit kerana menceroboh ruang lingkup peribadi Hariz dan Izzat.

No comments: