Sunday, January 15, 2012

Moving Forward


Semua orang, waima penyokong Anwar sendiri tak sangka yang beliau didapati tidak bersalah dalam kes liwat dengan pembantu peribadinya yang dibacakan pada 9 Januari yang lalu. Dipihak tertuduh beliau terus ke India dan dari sana beliau telah ditemuramah oleh stesen TV antarabangsa yang antra lainnya beliau bersungguh-sungguh mengatakan bahawa system kehakiman kita tidak bebas dan berada di bawah cengkaman kerjaan yang memerintah.

Sebagai pengamat kes ini, saya tidak minat betul ka ada konspirasi atau tidak sebab sudah jelas dalam kedua-dua kes pun hakim mendapati memang ada bukti bahawa kejadian liwat memang berlaku. Namun yang saya lebih berminat untuk memerhatikan adakah system kehakiman kita sekarang ini perlu “clearly define” adakah seksyen 377 itu merangkumi juga perbuatan suka sama suka, atau hanya melibatkan kes yang ada unsur-unsur paksaan.

Jika kita ikut acuan barat besar kemungkinan seksyen ini akan dipinda, mungkin juga kes Anwar boleh dijadikan referral point pada kes liwat pada masa akan datang bagi memastikan keadilan saksama diberikan kepada kaum yang mendukung gerakan GLBT ini. Setiap kejadian liwat haruslah disertai bukti kukuh akan wujudnya elemen paksaan bagi membolehkan hakim mensabitkan kesalah jenayah liwat telah berlaku.

Agak mustahil juga jika undang-undang sivil kita akan dimundurkan kebelakang(mengikut kacamata pejuang-pejuang hak asasi acuan barat) dengan memasukkan satu lagi seksyen yang turut tidak membenarkan seks suka sama suka antara lelaki dan perempuan. Jadi saya melihat kemungkinan seksyen 377 itu diperkemaskan lagi untuk memahamkan kita semua bahawa seks suka sama suka tak kira apa jantina tidaklah dikira sebagai satu jenayah dimana pelakunya boleh didakwa dibawah kanun kesiksaan.

Rasionalnya, bagi menjamin insan-insan terinaya seperti Anwar dari dikenakan hukuman yang tidak adil. Fitrahnya Anwar mencintai semua kaum, sedangkan mereka yang mencintai kaum berlawanan jenis tidak dikenakan hukuman jika mereka mengekspresikan cinta mereka terhadap satu sama lain melalui kaedah hubungan intim tanpa ikatan yang sah di sisi undang-undang. Jadi, kenapa harus mereka yang mengekspresikan cinta terhadap kaum sejenis melalui hubungan kelamin tanpa nikah ini harus dihukum?

Ini rasional bagi orang yang kita pun tak tau apa masalah. Mungkin masalah berpunca dari kita orang perempuan jugalah yang salah ni, gatal garit nak berkerjaya, berlumba-lumba nak masuk U juga macam orang lelaki, sampai dah reti cara macam mana  nak dapatkan kenikmatan dan kesenangan dari orang lelaki.

Eh, apa pasal lunak sangat dengan GLBT Bff , confidante  ko gay ka? Sekadar putting & reputting thing into different perspective agar hati tak sakit, otak tak jadi KERO kalu benar-benar undang2 kita akan menyebelahi puak-puak ini. 

No comments: