Showing posts with label observation. Show all posts
Showing posts with label observation. Show all posts

Monday, January 7, 2013

GATAL & WABAK


Kawan FB yang percaya dirinya pandai dan semua orang pun tak boleh kata dia tak pandai sebab dia dulu sekolah sains meng “quote” cakap orang pandai lain  yang bunyinya kalau diterjemah dalam bahasa Malayu “kebodohan itu satu wabak”. Kawannya yang juga pandai dan diakui pandai kerana berkerja sebagai seorang engineer membalas “kegatalan pun wabak”, tapi wabak itu sama ada disalah-eja, atau ntahlah…saya tak ada masa nak buka kamus.

Saya  tambah  “bodoh+gatal=termengandung yang tidak dikehendaki”

Saya nak tambah lagi lebih banyak equation, tapi saya takut peminat-peminat fanatic kawan FB saya yang glemer akan marah dan buat sesuatu yang akan bikin pada keesokkan harinya kawan FB saya akan bising-bising, marah,  ada orang yang kacau dia, menyamar jadi dia, dan macam-macam lagilah. Pendek kata digangu oleh stalker misteri yang sangat sangat jahat, atau mungkin gila ala-ala novel Stefen King yang telah difelemkan. Ntah apa tajuk tah, tapi pelakunnya utamanya Katie Bates yang gemuk itu.  Jadi saya tambah di sini sahaja:-


i)
Bodoh + gatal = unwanted pregnancy
Unwanted-pregnancy yang selalunya diselesaikan dengan jalan mudah iaitu Abortion - pengguguran janin, atau meletakkan bayi ini di rumah-rumah pelindungan bayi jika si ibu masih ada rasa belas-dan rasa perikemanusian. Itu di Negara Barat. Tapi di Malaysia, biasanya  kalau gadis itu berbangsa Melayu yang pokai, selalunya gadis-gadis ini akan cuba makan segala macam benda-benda tajam, atau panas seperti jamu bila menyedari haidnya sudah lewat, jika itu tidak berjaya mereka akan menyorokkan kehamilannya dan setelah melahirkan anak tersebut mereka akan meninggalkan bayi itu di masjid ka, surau ka, bus stand/station di waktu orang tak ada, selalunya dalam pekat malam yang menyebabkan kadang-kadang bayi ini mati kesejukan. Yang lebih extream, buang dalam tong sampah, tempat sampah, dalam sungai, bakar pun ada terjadi kepada bayi yang hadirnya tidak dikehendaki ini.

ii)
pandai + tak gatal = mandul

Dan ini adalah satu yang jarang-jarang berlaku pada zaman ini.  Saya yang bolehlah dikatakan sebagai perempuan baik-baik, (in real life) pernah juga disapa-rasa-gatal-yang bikin saya tersenyum2 seorang diri, layan blues yang ntah apa-apa tah. He he he… Mandul tu terlalu kesat la pula ek untuk kes orang-orang asyik seperti Rabiatul Adawiyah. Oklah saya rewrite the equation ok,

Pandai +  tak gatal = childless.

iii)
pandai + gatal = birth control

Dan bukanka ada orang pandai, ada yang dah bimbang yang penurunan kadar kelahiran merupakan satu ancaman baru dalam abad ke 21 kepada Negara-negara maju? Yeah, buat kata kawan FB, saya pun WABAK.

iv)
Pandai + gatal = generasi cemerlang
Ustaz-ustaz panggil ulul-albab

Dan ini juga bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai, kerana untuk mengekalkan momentum kegatalan perlukan banyak pengorbanan, baik-sangka, lapang-dada, juga kesihatan diri dan stamina yang baik.  Dan perkara yang menyedihkan yang boleh berlaku, akibat kehilangan momentum gatal ialah, bunga-bunga hati layu sebelum kembang, buah cinta jadi rosak dan busuk dek kerana perang-mulut-perseteruan berterusan ibu ayah. 

Wednesday, April 4, 2012

AKU nak Jadi Raja


Kenalan saya bukan sahaja mengata so and so yang terlibat dalam industry hiburan pop tanah air ada hidden agenda, tapi ada lagi seorang tokoh agama pun dikatanya idaklah ada black hidden agenda, tapi apa tu, Wahabi, Salafi??? He he he… golongan yang tak sukakan keturunan Nabi.

Baiklah saya beri klue sikit pasal kenalan, atau saya suka kata ex-kenalan ini… dia kata dia keturuanan Nabi…so senong chite, dia merasakan yang ada konspirasi menjahanamkan dia. Dia sehabat Eistain, mungkinlah, sebab dia ada cakap dia pernah belajar di Oxford, tapi ntah mengapa, degreenya hanya dari dalam negeri aje. Degree in IT. Budak pandailah, boarding school MRSM. Cream of the crop. Kira one day who knows dia bakal menang hadiah Noble untuk Malaysia.

So forget about dia punya genius dan kebolehan dia, mari saya cerita apa yang saya rasa  tentangnya. Dia rasa ada konspirasi menjahanamkan dia dari cemerlang, dan penjahanam itu terdiri dari mereka yang bencikan Nabi, iaitu yahudi, dan juga aristocrat Arab yang bimbang terlucut kuasa yang ada. Ya ya I know, I know, I know, kat Malaysia ini mana ada Arab dan Israel, dan 2 orang tokoh yang slalu dia sebut-sebut sebagai orang jahat itu dua-dua pun Melayu…psstt, saya come into a conclusion yang dua Melayu tadi, tali-barut pembenci keturunan Nabilah tu he he he…

After bercerita-cerita, saya jadi fed-up dan letih emosi melayannya, fed-up bukan pasal tak percayakan ceritanya, tapi saya tidak mau diheret dalam permusuhan dan rasa benci yang cuba diciptakan. Saya mula berfikir Yahudi dan Keturunan Muhammand itu berasal dari Datuk yang sama, yaitu Nabi Ibrahim. No doubt mereka mewarisi gen IQ yang tinggi. Mereka sepatutnya berbaik-baik, lupakan persengketaan lama, duduk semeja menyelesaikan masalah yang melanda ummat akhir zaman. Bukannya mengajak kita masuk “kem” dia dan lawan pemimpin kita, rampas kuasa dari pimpinan yang ada sebab kununnya yang berada di atas sana turut ada saham konspirasi menginaya dia, keluarga NABI??? Bior benar, yeop. Saya get very angry bila dia kata sepatutnya jadi Raja di sini, ialah keturunan dia. Ko nak jadi Raja, ko pegi balik Tanah Arab, atau tanah xxxx sana bule. (dia kata dia keturunan Nabi Muhammand yang kawen dengan Raja xxx, Raja xxx aje yang betul, raja 14 yang ada hari ini bukan Raja betul, tapi perampas). Hangin satu badan makcik dibuatnya tau!Nabi sebar Islam ke merata ceruk rantau, tak pernah minta jadi Raja.

C’onlah if you are destined to be great, you’ll be great. No need to tell the whole world about plan and conspiracy against you. Sometimes I wonder if Einstein keep complain to his friends about so many so and so were scheming against him. I bet his girl-friend and wife will end up in an asylum if they keep on hearing so many so and so want their beloved to be a dead meat ha ha… But then again if He, Einstein keeps on complaining, he doesn’t have enough memory to write the relativity theory and besides, his wife and his girl-friend were mentally ok. Apa, his son turn out to be crazy??? Einstein must be confiding in his son about all THE nutty-grrity little thing, aha!

So cerita pasal saya dan kenalan tadi pun berakhir dengan pergaduhan yang maha dahsyat.  Kadang-kadang itu saya semacam eish meluat dengan dia pun ada juga. Apa nama keturunan Nabi macam itu? Setiap kali terlintas fikiran macam itu saya istigfar banyak-banyak, jangan sampai satu orang budak bertuah ini, sebut Keturunan Saidina Ali dan Fatima, saya benci. Kita sepatutnya mendoakan kesejahteraan Keturunan baginda.

Kita juga patut mengaminkan doa yang  sebegini “wahai, tuhan kami! Berilah kami beroleh isteri-isteri dan zuriat keturunan kami, perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikan kami imam ikutan bagi orang-orang yang mahu bertakwa”

Saya kira doa macam ini orang Ajam pun buleh baca, dan tuhan qabul, bukan eksklusif untuk keturunan Nabi Muhammad sahaja. 

Friday, March 30, 2012

Bos, Siyal???


Tulisan saya sebelum ini mungkin bias/prejudis. Atau saya terdorong membodek bos sebab dia bos saya  Bukan juga tulis pasal nak menghentam, menyindir sesiapa, saya hanya bercerita. Pasal apa dua ni tak ngam saya kurang periksa, sapa mula dulu, pun saya tak tahu, sebab benda ini berlaku tika saya bercuti. Masa tu saya rasa macam ada tension berbahang-bahang, berapi-api di pejabat saya tertanya-tanya, sebab yeah masa tu kita memang termakan, iya betul ka bos ini jenis bos pembawa siyal.

Saya takut satu aje, bila teba-teba, bila Alor Gajah pintas Jasin, orang kata TULAH, ambik balik staff gila  Alor Gajah, tuh. Orang Alor Gajah sendiri tak mau dia, kita plak kutip, tak takut siyal ka. Saya masa dia sebut siyal, siyal, saya memang betul-betul terasa yang disebut-sebut siyal-siyal  itu saya. Lepas dia cakap, bila semua orang dah tak ada, saya memberanikan diri cakap yang kalau dia rasa saya bawa siyal, berbincanglah dengan Akauntan, mungkin di tempat akauntan ada tempat yang sesuai untuk staff siyal macam saya. Saya berani cakap, sebab saya kat KL ok, kat Melaka ni aje banyak betul jadah, siyal, kedukaan yang menimpa diri saya secara bertimpa-timpa. Dia terkejut dan bersungguh-sungguh kata, “tak, ko memang baik”. Saya pun sok-sek-sok-seklah sapa tu yang siyal, kan. Sapa lagi boslah. Memang betullah agaknya tu, mana dia pergi kes ponteng skola, kes disiplin pelajar naik mencanak-canak, dan semua warga skola panas bontot dan berbahang-bahang rasa macam duduk dalam neraka. Tapi they alls, cakap jangan masuk sangat fikir pasal siyal ini sebab yang mengata siyal itu pulak kaki putar yang licik, pandai cari kambing hitam, pandai cuci tangan, lepas tangan. Biar gajah-dengan gajah berlaga, kita kancil cepat-cepat lari jauh-jauh.

So kompen eh, kalu la ni ada yang terasa perit dan panas berkerja di opis itu, memang bukan pasal saya. Kadang tu memang terasa ada bahang, tension di kalangan pegawai dan penyelia lelaki. Kalau mereka bercakap tu, eish macam rasa panas berapi aje rasanya. Saya ini over sensitive agaknyalah tu….Susah mau cakap, kita orang perempuan ni jangan terkejut kalau kita ni memang ada yang suka kalau bos HERO itu patriarch feudal kuno, liberal-liberal sharing-sharing, power persamaan gender-lelaki-perempuan pun, kadang macam rasa kerja dengan pondan pula, aku ka bos, ko yang bos? Tapi orang lelaki kita tak taulah. Kadang itu memanglah orang kata, bila seseorang itu rasa dia lebih tinggi dari segi IQ dari yang dia tak berkenan tu, dia mudah lupa yang dia tak berkenan tu, ada lebihnya dari segi lainlah pula.

Masalah bos ini, dia jenis fire orang depan-depan. Yang kes pemula siyalan tu, saya tak taulah sapa fire, sapa dulu, seperti yang saya katakan tadi benda tu berlaku masa saya bercuti separuh gaji, belajar di MMU. Kalau dalam bab fire mengfire, orang yang mula-mula dia fire, sayalah. Saya gemuk, perempuan semua mesti pandai cantik-cantik. Kalau nak ikut kecik hati, dia siap bule cakap, "kalau takdir ko tu bini no 2 , mana ko pergi pun ko tetap no 2 jugak" Macam mana dia bule tau future yang saya sendiri pun tak pernah tau. Mungkin ada ada cap tanda mohor kat dahi ini yang orang pandai-pandai ilmu makrifat boleh baca saya ni NO 2.

Saya anggap itu teguran dan gurauan, langsung tak ambil hati, orang lain kita tak tau, apatah lagi kalau orang itu kalu kalah dari segi, IQ, menang pula dari segi berbicara dengan bahasa melayu yang sedap dan betul struktur dan tatabahasanya dan sokongan staff lain yang ada sipi-sipi kena fire kiri-kanan. Orang pangkat rendah, macai macam saya, memang ko boleh maki-hamun, sesuka hati. Kita memang tak berminat nak cari pasal dengan bos sendiri. tapi kalau orang tu sama sekolah tinggi, bos must think that he have wat it takes to cakap lepas-lepas dan tak kisah hidup ada musuh, dan tak takut hidupnya jika ada yang membenci. Lagi pun kita orang kerajaan, masa ada pangkatlah ada orang suka, ada orang benci, bila dah pencen semua tu dah tak ada dah, jadi apa dia nak risau kalau orang tak suka dia, pun, kan.

 Apapun sama ada betul atau tidak siyalnya bos ini kita tunggu 2, 3 tahun lagi, sebab jelmaan siyal yang paling kita senang nak ukur ialah dari segi prestasi peperiksaan umum UPSR, PMR dan SPM. Dan harapnya masa itu saya sudah berada jauh dari Daerah Jasin.

Polemik Pejabat


Bos-bos kita tak semistinya hebat bercakap, walau bos kita, saya itu asalnya semua cikgu. Pegawai-pegawai kita, saya ada juga yang kalau bercakap, bikin saya berfikir, dia ni dulu ngajar macam mana agaknya eh, macam mana agaknya dia nak memahamkan murid dia.

Ada juga staff dan pegawai pernah jadi anak murid pegawai, atau bos dia.ie cikgu dengan anak murid kerja di bawah satu bumbung. Dulu mereka, pelajar-guru, kini  anak murid dah jadi anak buah. Saya tanya “eh cikgu ko dulu ngajar macam mana eh?” he he he…

Oklah kita cut short, kita cerita, mengumpat bos saya. Kan, saya pernah kata bos inilah yang masa saya sakit dulu dialah antara orang yang saya tumpang kereta ke pejabat. Tika itu saya belum ada lessen,kalu ada lessen pun saya rasa saya tak mampu memandu. Memang dia baiklah, bukan calang-calang orang ohhh mau kasi tumpang orang baru lepas tahan wad mental naik kereta dia oooohhhh. Terima kasih jugalah sama wife dia yang tak kisah kita tumpang kereta suami dieh. Terima kasihlah juga pada wife penyelia cemerlang  yang walau dalam risau/ tak puas hati, bagi juga saya menumpang.

Sebab agaknya latar belakang cikgu ini Maths and science, dia memang awere agaknya ada tokoh-tokoh pemikir barat yang  bermasalah mental, seperti Nash. Namun bos saya ini ada juga yang tak suka. Kira kalu dia ada, aku tak mau ada kat situ. Kira macam Imran Khan dan Salman Rusdielah gitu. Kalau Rusdie ada, Imran tak mau ada sama.  Dan permusuhan mereka memang kalu ko nak kata tahap polemik serang-serang-sendir peribadi secara terbuka, tapi balik blakang tak berdepan, gitu pun bulehlah. Tak, bos saya, math & sains dia tak ada ilmu seni polemic, dia guna kuasa merit , slamba aje bagi tau pengarah “ kalu dia ada saya tak mau masuk sana, tuan pilih dia atau saya, you cannot have both, sir!” Dia tak mainlah tikam-tikam belakang, dia kalau tikam, tikam depan habis, kasi, KO.

Pegawai tak ngam sama pegawai, kena tukar itu biasa. Yang dia tak ngam ini guru sastera. Dari segi orator pergh memang memukau habis. Iyalah orang senilah kata, kan memang bidang dialah tu mengadun seni dan segalanya dalam seni bercakap-cakap yang memukau dan  berpengaruh lagi boleh mempengaruhi khalayak.  Jadi yang melakukan polemic ini yang si sastera inilah. Dah tau nak terkeluar, sempat menghasut tuh, “kalau dia masuk jangan biar dia ubah apa yang ada.” Bila dah kompen kena tendang, lagi mau tanam benih benci, disindirnya janganlah kita ini menjadi staff/pegawai sialan. Yang membawa sial kepada organisasi. Sampai saya terfikir nak isi borang tukarlah sebab takut sial bos ini menjangkit pada saya pula. Mana taknya, gossip kata, bos saya ni sialanya 7petala langit dan 7 petala bumi, esok mati tuh memang nak kena sambar petir, hempap hujan batulah gamaknya tu…he he he…idaklah macam itu sekali sialnya, saya aje yang menambah-nambah, menyedapkan cerita aje. Pendek kata  ke mana dia pergi memang sial, kes ponteng skolah meningkat, kes itu ini meningkat.

Tapi macam orang kata, dia ada meritnya sampai dia boleh duduk di kedudukannya sekarang. Kenapa yang berabuk dan memukau, menyinar,  tadi tak jadi bos saya?  Tapi yang ang—ang—ang—anu-anu ini boleh jadi Bos. Rezki ketentuan tuhan, jadi kita kena REDHOOO…

Berangin pun satu orang tua ini. Dah tua-tua pun hangin satu badan dan moody. Semalam puaslah kita mengumpat perihal bos yang satu ini. Iyalah saya suka sangat nak tau macam mana nak tackle orang hangin satu badan ini. Dia senang aje, kalau dia tak tegur dia, kita jangan tegur dia, nak pegi mana-mana jangan sampai dia tangkap kita, atau jangan sampai orang lain sampaikan pada dia yang kita dah pergi tanpa pengetahuan dia. Nahas ko. Lagi satu, ko iyakan ajelah cakap dia.  Iyakan cakapnya bukan bererti dia ni langsung tak boleh terima pandangan ko, kena gaya dia mau juga mengikut. Tapi sebagai staff bawahan, kami memang tak ada isu nak melawan cakap dia, pun sebenarnya.

Kalau dia marah, memang marah ikut sedap mulut, tak ada berlapik-lapiknya dia tuh.  Namun orang kata, kalau ada rezeki jadi bos, saya tak maulah jadi bos yang macam itu, sebab memang kalau saya bayang-bayangkan bos saya itu perempuan, hallamak memang hodoh benarnya jika perempuan bercakap lepas macam itu. Lelaki still ok, memang orang lelakilah memang macam itu, memang  saya yang terdidik dalam masyarakat patriarch feudal,  lelaki-lelaki nipis cuping telinga lagi panas baran ini, memang HERO kita. Especially bila dia “sembur” orang yang kita pun memang geram, cewah…kita jadi suka pun ada juga. Hmmm padan muka ko. Jangan satu hari nanti kita kena sembur depan-depan orang ramai udahlah…ngeriiii!!!! Oh tidakkkkkkk!!!!

Mungkin sebab latar blakang Maths dan Sains itu bikin dia agak “kurang” dari segi skill bercakap itulah agaknya. Yang penting kita hormat dan boleh ngam. Kalau tak ngam, sila “keluar”  ha ha ha… Tapi kita perempuan, memang kalau buleh kita tak mau bos perempuan yang macam itu. Dalam ertikata lain, orang perempuan kalau nak jadi bos, kena berganda lebih baik dari orang lelaki. Apa lelaki boleh buat, kita tak boleh buat, sebab ada benda yang kita boleh buat dia tak boleh buat. Tiada istilah dalam persamaan gender lelaki-wanita.  1 lelaki nilainya bersamaan dengan 4 wanita??? Wallahuallam. 

Sunday, January 15, 2012

Moving Forward


Semua orang, waima penyokong Anwar sendiri tak sangka yang beliau didapati tidak bersalah dalam kes liwat dengan pembantu peribadinya yang dibacakan pada 9 Januari yang lalu. Dipihak tertuduh beliau terus ke India dan dari sana beliau telah ditemuramah oleh stesen TV antarabangsa yang antra lainnya beliau bersungguh-sungguh mengatakan bahawa system kehakiman kita tidak bebas dan berada di bawah cengkaman kerjaan yang memerintah.

Sebagai pengamat kes ini, saya tidak minat betul ka ada konspirasi atau tidak sebab sudah jelas dalam kedua-dua kes pun hakim mendapati memang ada bukti bahawa kejadian liwat memang berlaku. Namun yang saya lebih berminat untuk memerhatikan adakah system kehakiman kita sekarang ini perlu “clearly define” adakah seksyen 377 itu merangkumi juga perbuatan suka sama suka, atau hanya melibatkan kes yang ada unsur-unsur paksaan.

Jika kita ikut acuan barat besar kemungkinan seksyen ini akan dipinda, mungkin juga kes Anwar boleh dijadikan referral point pada kes liwat pada masa akan datang bagi memastikan keadilan saksama diberikan kepada kaum yang mendukung gerakan GLBT ini. Setiap kejadian liwat haruslah disertai bukti kukuh akan wujudnya elemen paksaan bagi membolehkan hakim mensabitkan kesalah jenayah liwat telah berlaku.

Agak mustahil juga jika undang-undang sivil kita akan dimundurkan kebelakang(mengikut kacamata pejuang-pejuang hak asasi acuan barat) dengan memasukkan satu lagi seksyen yang turut tidak membenarkan seks suka sama suka antara lelaki dan perempuan. Jadi saya melihat kemungkinan seksyen 377 itu diperkemaskan lagi untuk memahamkan kita semua bahawa seks suka sama suka tak kira apa jantina tidaklah dikira sebagai satu jenayah dimana pelakunya boleh didakwa dibawah kanun kesiksaan.

Rasionalnya, bagi menjamin insan-insan terinaya seperti Anwar dari dikenakan hukuman yang tidak adil. Fitrahnya Anwar mencintai semua kaum, sedangkan mereka yang mencintai kaum berlawanan jenis tidak dikenakan hukuman jika mereka mengekspresikan cinta mereka terhadap satu sama lain melalui kaedah hubungan intim tanpa ikatan yang sah di sisi undang-undang. Jadi, kenapa harus mereka yang mengekspresikan cinta terhadap kaum sejenis melalui hubungan kelamin tanpa nikah ini harus dihukum?

Ini rasional bagi orang yang kita pun tak tau apa masalah. Mungkin masalah berpunca dari kita orang perempuan jugalah yang salah ni, gatal garit nak berkerjaya, berlumba-lumba nak masuk U juga macam orang lelaki, sampai dah reti cara macam mana  nak dapatkan kenikmatan dan kesenangan dari orang lelaki.

Eh, apa pasal lunak sangat dengan GLBT Bff , confidante  ko gay ka? Sekadar putting & reputting thing into different perspective agar hati tak sakit, otak tak jadi KERO kalu benar-benar undang2 kita akan menyebelahi puak-puak ini. 

Friday, October 21, 2011

Jangan sampai orang kata kita ni "buek habeh boreh iyoooo"


Saya sangat tertarik dengan artikel yang saya baca siang tadi dalam utusan. Ntah siapa dia pengarang, siapa pula intelek yang disebut-sebut dalam artikel itu saya tidaklah mencatatnya agar saya boleh tulis di sini. Tak ingat tak kisahlah, saya tulis balik apa yang saya sangat suka tentang artikel itu di sini.

Ia pasal sains dan sainstis. Menurut artikel itu dalam awal-awal kecemerlangan Eropah, sains sudah jadi macam agama baru. Sains juga tanpa etika telah juga bawa banyak bencana. Di Eropah, saintis yang ‘jahat-jahat’ telah ditegur oleh ahli agama.  Di sini ntah. Menurut penulis belumlah lagi sampai orang tidak menghormati dan memandang serong akan kerja saintis ini. Kita tidak ambil peduli pun apa yang saintis buat. Kita berbaik sangka dengan saintis. Bahkan di sini kami sangat menghormati kepakaran yang ada pada seorang saintis. Sebab saintis diperlukan untuk menjawab dan menangani isu-isu terkini seperti bio teknologi dalam bidang pertanian dan penternakan, penentuan produk makan halal dan macam-macam lagilahkan masalah yang perlu diselesaikan oleh seorang saintis.

Ok kita tinggalkan pasal dunia sains, mari kita cerita pasal dunia kewangan, perakaunan dan perniagaan. Ya yang ini tak macam yang tadi, yang ini memang orang suka menegur. Aduh aduh aduh. Macam semua yang kami bikin semua tak betul. Memang depressinglahkan.  Yang menegur itu macam mak datuk ai macam dia lebih pandai dan lebih tahu saja lagaknya.

Contoh, kalau ada satu orang bisnessman Malaysia yang bikin business venture yang kita kata wah bagusnya alhamdullillah. Satu masalah umat manusia berjaya diselesaikan oleh orang Islam. Amin. Katakanlah perniagaan itu ada hubung kait dengan membekal makanan. Katalah beras atau kelapa sawit. Ahli perniagaan ini buka sawah ka, buka ladang ka di..., aha, katalah di Kemboja, atau Sumatera. Kita rasa seronok.

Ada orang yang sudah menanggapi yang ahli perniaggaan ini akan merampas tanah penduduk atau meneroka tanah secara haram. Dan mungkin juga dalam proses penerokaan tersebut, ahli perniagaan tadi mungkin telah membakar hutan, dan seterusnya menghasilkan jerubu yang menyusahkan kita seperti mana yang terjadi di Indonesia satu ketika dulu. Jerubunya terbang hingga ke mari. Alangkah sedihnya jika yang membuat kerja ini adalah ahli perniagaan beragama Islam.

Nah, disitulah letaknya teguran jika apa yang kita lakukan melanggar etika dan adab. Sepatutnya kita orang Islam tidak bersikap demikian.  Sepatutnya ahli perniagaan Islam perlu lebih beretika dan beradab. Ini mengingatkan saya untuk lebih berhati-hati dalam menekuni bidang  yang sangat saya suka ini. Mengira duit orang dan membelanjakan duit orang.

Iya saya sangat suka itu. Walau saya langsung satu sen pun tak dapat apa-apa. Tiap-tiap hari saya berbelanja. Bayar itu dan bayar ini. Wah seronoknya. Saya mengisafi diri, jika saya tidak beretika, hmmm satu hari mungkin orang lain akan tidak menghormati  dan memandang serong akan mereka yang terlibat dalam kerja kira-mengira, rekod-merekod duit orang ini.

Iya saya sangat sayangkan kerjaya ini dan saya tidak mau lihat satu ketika nanti orang akan mengejek-ejek kami “alahai korang nih, buek habish boreh iyooo, baik aku kira duit aku sendiri. Kalau tak undang-undang menetapkan yang korang ni mesti ada, korang ni memang patut balik kampung ya tanam jagung ya”

Saya memang tak boleh betulkan ahli-ahli perniagaan yang rakus dan suka merampas hak orang lain dan merosakkan alam, tapi saya boleh baiki diri sendiri agar saya pun tak jadi gila duit, sampai sanggup buat apa saja demi duit.

Saturday, January 29, 2011

Bukan cerewet, bukan dendam, cuma tak yakin aje

Menarik juga baca blog-blog politik ni especially masa PRK ini. Sama ada betul atau tidak kita tak payahlah amik port sangat pun. Macam-macam cerita ada. Serangan peribadi itu memang sudah lumrahlahkan. Dari satu sudut bagus juga, supaya sapa yang nak tawar diri jadi wakil rakyat/law maker ukur baju di badan sendiri. Secara automatiknya kita sebagai pemilih berhak dapat lawmaker yang senonoh bukan main tangkap muat aje.

Ada satu kempen kata kunun Haji Hadi melalui Hassan Ali secara sulit minta ahli PAS sokong UMNO bagi men”gajar”, mengejutkan Nik Aziz yang tengah leka dan lena dengan puja-puji melambung-lambung pihak yang sebenarnya mau ummat Islam jadi less Islamik. Mungkin hanya rekaan aje. Jika Haji Hadi bersikap demikian, maksud saya jika apa yang saya baca itu memang betul, sohih bukan rekaan, memang saya gembira. Samalah kita (saya & Haji Hadi).

Bagaimana saya mau pilih jika calon yang dihadapkan suaminya sakit, anaknya pun kata mengidap gangrene yang memerlukan amputation sebagai jalan penyelesaian. Bolehkah dia focus pada pekerjaannya barunya sebagai Lawmaker sedangkan dia hanya guru pendidikan Khas sahaja, berbanding pula lawan beliau yang memang seorang ADO yang kalau orang kata ADO ini kaki tidur, kaki malas, orang mai ADO tak pernah nampak, sekurang-kurangnya ADO yang bergred M44 memang didedahkan secara sistematik akan urus tadbir kerajaan. Mereka memang peka akan undang-undang. Isterinya mungkin tembun tak cantik, dah beranak 3 mungkin dah grip dah tak seperti dulu, nanti bila kasi dia jawatan lebih dia akan mungkar dan curang. Itu perkara, perkara ghaib yang bukan dalam pengetahuan kita yang marhean ini. Maka tidak bolehlah dituduh kita ini akan dibakar di neraka kerana enggan menerima calon yang anak dan suaminya sakit.

Bercakap macamlah saya ini pengundi di Tenang. Namun itulah dia serba sedikit pertimbangan yang akan pengundi ambil bila mereka memangkah parti bukan Islam. Bukan kita tolak Islam, tapi kamu tidak yakin dengan calon yang diberi. Bila Allah beri Muhammad, beliau yang ketika itu berumur 40, walau tidak tahu membaca, beliau bukan sahaja lelaki yang kacak, tapi sudah mencatat rekod sebagai usahawan yang berjaya dan mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh melalui modal isteri beliau Siti Khadijah. Isterinya walau orang kata lebih tua dari beliau, sejarah tidak menunjukkan beliau seorang yang sakit-sakit bahkan dalam ramai-ramai isteri (setelah kewafatan Khadijah) yang ada beliau seorang saja yang bertuah memberikan zuriat pada nabi, selain dari budak hadiah dari Puak ntah saya lupa…Mariah apa tah. Mariah, satu-satunya wanita yang nabi yang dijatuhkan talak ke atasnya. Tak betullah ye kalau ada orang bersangkaan yang seumur hidupnya Muhammad tidak melafazkan talak.

Sakit-sakitnya Khadijah hanya selepas Nabi di utus Allah untuk menyampaikan risalahNya. Menyeru puak jahilliah yang jauh menyimpan untuk kembali kepada Allah. Bayangkanlah jika Khadijah yang segak dan bergaya itu pun boleh sakit-sakit selepas dilayak sedara mara yang lebih selesa menyembah patung dari Allah yang maha esa, bagaimana pula keadaannya dengan pasangan yang memang sudah disahkan doktor mengalami depressive disorder. Tidakkan kejam namanya kalau kita tugaskan pasangannya jadi Lawmaker untuk bertarung dalam state Assembly membawa risalah Islam.

Orang kata kerja Lawmaker ini senang yeah. Senang ka? Wat if usul itu tidak menyebelahi Islam. Buleh anda lawan dengan serang-serangan peribadi, ko ada pempuan simpan, ko ada bela pelacur, ko bocor, ko kafir, ko kaki judi, ko alat Amerika, ko perompak harta rakyat bla bla bla… Tidakkah itu kebudak-budakkan dan nampak tidak cukup ilmu? Kita sudah tengok Cikgu Mala bersilat mempertahankan MC 21 hari yang diberikan pada suaminya…. Sudahlah rasa macam mau keluar muntah hijau. Belum lagi hentak dia dengan …. Nanti ntri akan datang saya nak bagi Cikgu Mala jawab soalan Mock subjek Company Law saya. Barang diingatkan soalan yang akan saya uploadkan pada ntri akan datang hanyalah untuk budak-budak Accounting yang amat superficial lagi kulit semata-mata.

Monday, January 24, 2011

Akibat Gemuk

Semalam saya menyelak sikit pasal Amerika yang dah gemuk. Dalam dunia moden, dunia selepas perang Salib dunia selepas Eropah melepasi zaman gelap kita. Alam perniagaan jadi lain, jadi kompleks di mana jika anda berniaga, perniagaan anda dan anda adalah dua entity yang berbeza. Syarikat anda menjadi a corporate body that can sue and be sued under its own name, can have its own property, have a perpetual succession, antaranyalah tu. Maksudnya di sini, bolehlah anda menanggap, Syarikat itu sebagai orang lain yang bukan anda, walau andalah pemegang saham terbesar Syarikat tersebut. Orang baru yang anda lahirkan bila mana SSM keluarkan sijil pendaftaran syarikat.

Pelik tapi benar. Iyalah macam itulah benda pelik yang dicipta oleh English Common Law. Syarikat-syarikat inilah yang kadang itu yang jahat. Macam Perwajakan asyik malas, asyik skandal itu pasal rugi juta-juta. Bukan-bukan-bukan, bukan CEO dia yang malas. Tak, Perwaja yang malas, tapi kuat makan sampai gumuk gitu, sampai Kerajaan kena masuk campur untuk buat liposuction pada Perwaja. Bila kurang gemuk harapannya dapat menarik pelabur baru dan seterusnya berdaya saing dalam pasaran.

Ok berbalik pasal Amerika yang dah gemuk dan yang dah tak cantik lagi tu. Hari ini bila saya buka mail, saya satu lagi kisah yang akan bikin Amerika jadi bertambah-tambah “sakit” rentetan dari tidak mengawal pengeluaran senjatanya sendiri/ tak mengawal berat badan syarikat-syarikat senjata yang ada dalam Amerika macam SSM mengawal berat badan Perwaja. Bila dah keluar senjata bebanyak dan dalam keadaan sekarang orang dah nampak tak ada faedahnya berperang, sudah tentulah senjata sudah tak berapa diperlukan sangat lagi seperti zaman-zaman perangang Vietnam, perang Afganistan, perang Iran-Iraq. Kini cuma tinggal perang Palestin-Zionist aje yang masih belum tamat. Adalah sikit2 Osama Ben Laden, lanun Somalia. Lanun Somalia, tentera Laut Malaysia dah Kawteim dan dengan kepakaran pendakwah-pendawah Malaysia ini sudah tentu Somalia dah tak nak melanun lagi. Iya buat apa nak jadi lanun, kalau boleh kerja lain, masuk frenchise Jambu 88 ka. Jual jambu tepi jalan lagi hensem tau, dari perang-perang, jadi lanun. Modal murah aje. Orang Somalia mesti suka makan Jambu yang sedaplah. Jadi, kalau satu dunia dah pakat-pakat nak berkawan dan memanjangkan salam friendship dengan meniaga, sapalah yang nak pakai senjata Amerika tu? Buat sikit-sikit untuk Zionist dengan orang Palastine aje cukuplah tu.

Cuba anda bayang juga tetiba aje Zionist cakap ala malaslah dah nak bedil Palestine lagi. Penat berperang ni. Dari berperang baik bikin karipap ayam, kueh apam daun rambai, makan pun sodappppp. Anak dara, orang bujang Palestin ni pun ramai yang cerdik-cerdik dan hesmen, lawa, bikin dari dibunuh di bikin menantu ada pekdahnya. Bayangkan ajelah, tapi itu memang tak mungkin akan berlakulahkan. Kalau depa dua berhenti berperang, aduh makin parahlah Amerika, sapa nak boli pistol, senapang ntah apa-apa tah senjata canggih tu? Makin ramailah orang Amerika tak de kerja. Bila tak de kerja, berangan sampai paranoidlah mamat minah kat sana tu. Senjata plak banyak yang dah tak laku, itu yang dok bertembak sesama sendiri tu.

Bila dah tembak rambang, masuk court, lawyer plak kata tak boleh gantung aje dia nih, sebab dia sakit mental, kena masuk wad mental dulu…pergh…aduhai Lawyer, ko ingat ubat sakit mental ini murah ye? Dari diubat baik gantung jah orang yang memang dah sewel lagi dah rosak otaknya. Ko ingat buleh baik ka orang yang macam ini. Memanglah buleh baik, kalau makan obat, kalu esok lusa dah balik rumah sendiri, ko nak antar misi sampai rumah pantau dia makan obat jugeeerrr keeerrr? Namun kalau diberikan hukuman mati pada orang macam ini tak berperikemanusiaanlah pula, kan.

Itulahkan Amerika ini dia sibuk suruh rakyat dia kurus, sepatutnya dia patut lebih sibuk menyuruh mana-mana syarikat yang dah gemuk tu kurus juga. Jangan suruh orang aje kurus, Syarikat pun kena kurus juga, barulah tak double standard. Kalau double standard nanti orang marah, orang dah tak respek, ko cakap pun orang tak moh dengar dah, macamlah doktor gemuk yang suruh, nasihat pesakit dia kuruskan badan…. Macamlah pak imam, ustaz-ustazah yang suruh orang sembahyang, tapi anak dia sendiri jadi penyanyi yang isap dadah. Orang sembahyang ada hisap dadah ka?

Sunday, January 23, 2011

Amputation

“Even though a company has perpetual succession, bad management, poor planning, wrong decision, economic turn down will result the winding up of a company. One way to ensure the survival of the “sick” company is via capital reduction. That is to say under a certain circumstances related to the going concern of the company, section 64 of the companies Act 1965 giving an exception to a fundamental rule whereby once a capital was raised, it cannot be reduced. SSM have set up a committee to review the section 64 of the Act to balance up the need of protecting creditor without burdening the company with unnecessary procedure and cost.”

Ini part of my report write-up pasal capital reduction. Dulu masa saya kekecil, eh remaja ntahlah memang saya suka kalau syarikat macam Perwaja Steel tu mampus aje. Diistiharkan gulung tikar. Asyik skandal, skandal, skandal aje kan baik tutup ajelah. Tapi syarikat gergasi seperti Perwaja, Proton, MAS, PETRONAs itu semua-semua nyawa memang liatlah sebab dilindungi kerajaan. Walaupun Tun Mahathir dah tak ada, pewaris kepimpinan BN akan memastikan syarikat-syrikat ini kekal ada sampai bila-bila semampu yang buleh bertahanlah.

Perwaja telah diselamatkan melalui pelupusan rugi berjuta ringgit melalui kaedah “capital reduction” ini. Idup lagi ka Perwaja ini, apa khabar adakah macam dulu juga atau pun sudah insaf macam Lotus dan mula mengorak langkah untuk mempastikan untung dapat diraih, tak kuasalah saya nak tau sangat, sebab saya ini dah opt skim pencen. Kalu KWSP tu, adalah juga saya perihatin nak tau, kut-kut syarikat-syarikat besar ini buat hal lagi. Iyalah yang banyak simpan saham dalam kompani-kompani haram jadah inikan KWSP. Kenalah kita bersusah-susah beli annuity luar incase kelembapan dan kemalasan syarikat-syarikat besar ini membuat untung akan menyebabkan KWSP pun lingkup sama. Paranoid. Ya memang paranoidlah ni.

Looking at the way politician kita berperangai, memang kita patut paranoid dan take care of our own business. Orang kata sediakan payung sebelum hujan. Suka tak suka saya tak boleh lagi mengharap bila dah tua saya boleh goyang-goyang kaki macam nenek, pak cik dan mak cik saya dulu-dulu. Nasib saya mungkin tidak sebaik generasi terdahulu yang boleh menghabiskan sisa-sisa hayat mereka tenang-tenang beribadat di pondok. I’m seeing myself akan berkerja sampai nafas terakhir. Kalau tak sakit dan terlantar di hospitallah.

ii)
Ok berbalik pasal capital reduction, cerita ini bersambung pasal cerita East-India Company ini. Kenapa sampai gulung tikar. Wrong decision? Sebab peranglah. Perang dengan lanun, perang dengan Red Indian, perang-perang-perang, sampai penghabisan dah habis perang tak de duit plak nak bayar gaji askar. Ha ha ha…joking aje.. Orang kata bila company itu jadi bertambah besar memang kos mengurus itu jadi tambah besar, kerenah birokrasi lagi. Company yang sudah membesar itu sudah tidak efficient seperti company itu mula-mula beroperasi. Analogynya tengoklah orang yang gemuk Bila dah gemuk sangat buleh bawa maut juga. Jadi kena kurangkan beban. Salah satu cara mengurangkan beban ialah mengurangkan apa-apa yang patut, termasukkan mengurangkan modal. Macam cerita Perwaja inilah tadi tu.

Hari ini Obama pun pening kepala pasal company senjata di US. Apa Amerika nak buat? Buat bodoh ajelah, walaupun ada kemungkinan syarikat senjata Amerika ini boleh “memakan”* Amerika, sebab kalau tutup nanti ramai kena buang kerja. Kesian Obama sebab dia bukan Islam. Sebab kalu Islam dia buleh sembahyang Istiqorah aje.


* Industri sejata canggih “memakan” Amerika dengan membuatkan Amerika jadi sigemuk paranoid yang sangat hodoh lagi jahat dan gian melepaskan peluru sesat tanpa usul periksa pantang ada peluang lagi menghadapi pelbagai komplikasi masalah kesihatan yang rumit.

Thursday, January 13, 2011

Kunci yang dibakar

Saya sangat tertarik dengan formula yang dikemukakan oleh blogger yang juga seorang orang surat khabar tersohor Negara A Kadir Jasin mengenai Pakatan Rakyat. Bagaimana menyatu-padukan DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat agar menjadi pesaing yang akan menggerunkan Barisan Nasional. Saya percaya kewujudan pembangkang (saya lebih suka pesaing dari pembangkang) akan menguntungkan rakyat.

Sebagai rakyat yang membayar cukai, amat jahatlah jika kamu kafir-kafirkan dan menggesa agar saya segera bertaubat jika saya undi Barisan Nasional yang kamu taksub bagai nak rak merupa-jelmakan ia sebagai pakatan Sekular, satu sen tak da guna kepada Islam sebaliknya hanyalah sebuah boneka Tangan Ghaib yang berfungsi untuk menghancurkan Islam lagi melacur-leburkan anak-anak kamu untuk keseronokkan dan hiburan askar bala tentera, tak lupa agen & spy oohh ohh tak lupa juga think tank kepadaTangan Ghaib tadi.

Dalam keghairahan kamu mencari agen-agen tangan ghaib tadi, kamu terabai untuk membaja-hijaukan ikatan yang baru kamu bina bersama selepas ribut taufan tsunami PRU yang lalu. Atau memang cara kamu membaja ikatan dengan bercakap hodoh dan memburuk-burukkan musuh ops pesaing kamu agaknya. Atau terlampau nak membaca kamu terbakarkan satu kunci formula perpaduan yang terkandung dalam sebuah karya fiksyen yang diberikan judul Interlok.

Saya masih tak ada mood nak baca novel itu lagi walau sudah berada di rak buku saya lama dulu, sekarang ini saya pindahkan dalam kereta, agar saya tak lupa untuk mencapai dan membacanya bila saya ada masa bosan. Dah tu, macam mana pula saya pandai-pandai kata Interlok itu kunci, formula kepada penyatu-paduan Pakatan Rakyat? Saya baca ulasan blog orang intelek pejuang sasteralah. Manalah lagi kan saya dapat rumusan yang sebegitu intelek sedangkan obsessi saya hanyalah setakat kepada mengenal variasi bunga-bungaan, baik artificial, maupun real dan juga menghasilkan kulit karipap yang garingnya sampai kepetang. Goreng pagi, petang makan, gaaaariiiiing juga indak ada beza.

Oklah dah orang besar Intelek sastera ini kata Interlok itu kunci, maka memang amat malanglah bila pembakaran Interlok berlaku dalam kawasan jagaan Pakatan Rakyat dan kunun nampak semacam Tangan Ghaib telah berjaya membuatkan seolah upacara pembakaran Interlok itu direstui oleh wakil Pakatan, walaupun sesudah habis majlis pembakaran, Wakil tersebut mati-mati kata apa-apa yang patut beliau katalah. Beliau dah berkata dalam akhbar harian, jadi tak payahlah saya tulis balik apa beliau kata. Kawan-kawan lain pun dah ganyang beliau cukup-cukup. Buta seni, itulah dia hadiah yang diberikan oleh wakil anak dara tua yang kepetahan-mulus bicaranya memang selalu membikin kita terhinjut-hinjut kesakitan digigit semut api giant.

Tak kisahlah yang dah terbakar tu biar terbakar, sekarang ini saya memerhati adakah Pakatan akan mengikut saranan intelek muda sastera ini untuk mengambil Interlok untuk mengunci komponen pakatan yang kelihatan selama ini menjadi kuda tunggangan dari diterbangkan kepasukan lawan untuk menjadi kuda tunggangan orang belah sanalah pula. Lebih tepat lagi bolehkah pemikir-think-tank Pakatan mengolah-menterjemah isi-intipati Interlok menjadi sebuah kunci real bukan sekadar cakap-cakap dalam blog.

Ya ya ya kita kena perhati mereka-mereka ini, kita perhati bukan nak godam, sekadar perhati untuk menimbang mana satu bakal dipilih pada pilihan raya umum akan datang, atau mana taulah ada kena keluar mengundi untuk pilihan raya kecil. Kami ini pemilih, bukan pemain. Kami pilih mana yang mantap, jadi kalau belum mantap, kami rejek, jangan kata kami kafir busuk yang bakal dihumban dalam neraka jika tak segera bertaubat.

Wednesday, January 12, 2011

Interlok



Saya merayap-rayap juga ke blog-blog orang-orang muda sastera yang satu ketika dulu bising pasal KOMSAS, kununlah, kerajaan nak tukar teks yang ada kepada karya kreatif pop. Masa itu jenuh jugalah bersilat dengan cikgu sendiri pasal KOMSAS ni. Saya rasa cikgu saya ter”over” busy body dalam kes KOMSAS. Pertama dia bukan sasterawan pun. Iya, pemain-pemain sastera tinggi kita tidak boleh terima Frinjan. Jadi memang kelihatan macam gatal merenyamlahkan dah orang tak terima awak, tapi awak ya terhegeh-hegeh, hidung memang mancunglah pipi tersorong-sorong…. Memang tersorong-soronglahkan sebab, tumpang glemer kat blog kawan. Allah, getik lagi geteknya dia.

Pendek cerita, berjayalah puak-puak anti karya pop picis ni tadi. Maka kerajaan pun tak jadilah ambil novel Syarifah Abdul Salem sebagai teks KOMSAS. Iya, Che Syarifah yang tulis cerita Triology cinta dalam TV tulah yang ada Rosyam Noor sebagai hero tu, jangan tak tau…ok berbalik pasal pelayaran saya tadi. Saya sukalah juga nak tengok ayat berapi-api mereka pasal Interlok lah ni pula, bila orang dah bakar buku tersebut. Mestilah melentingkan. Bayangkan orang bakar buku Prinsip perakaunan kita, orang bakar companies Act 1965 kita, orang bakar kitab panduan kita, mesti ianya akan menjentik sensitiviti kita dan mengundang kita untuk memberikan respond dan tindak balas.

Namun so far semalam masih senyap, sehinggakan mendatangkan pula kemarahan rakan merekalah pula. Sehingga menuduh rakan-rakan yang berjuang dari tikar sejadah sebagai bacul. Lantak koranglahkan, nak kata apa pun. Mana tak baculnya, memang bacullah, awak yang mulakan isu, sedangkan ada rakan yang dah naik darah nak tukar dakwat dia dengan darah politikus yang berada di belakang pembakar-pembakar interlok, bila singgah blog depa, ada yang tunjuk plak gambar-gambar dekat luar Negara, kawan manalah yang tak rasa geram, hingga terpacul perkataan yang tak sepatutnya dilemparkanlah kan. Hudoh benar, orang intelek bertuduh-tuduhan macam itu.

Pada saya, calllah dulu tanya, itu lebih molek. Kita pemerhati pun buleh nampak, those yang tak participate mengancam politikus-politikus bangang tu, mungkin sudah mengkhusus memertabatkan susastera melalui keadah lain. Contoh yang tunjuk gambar dia di luar Negara, dengan cara itu menarik minat anak muda akrab dengan sastera, sebab biasa orang muda ini dia mudah tertarik dengan material. Dia tengok wah penulis sastera gereklah jalan kat oversea, maka dia pun sukalah sastera.

Itu pandangan sayalah. Cuba bayangkan, anda tulis something macam nak mengancam nyawa politikus-politikus bangang tu, ai saya pun takut dan akan lari lintang pukang dari saaaasssastra, tak berani nak dekat. Sapa tak takut mati…semua orang rasa ngeri untuk mati, sementalah kita berada di zaman serba canggih yang banyak melalai, melekakan sehingga kita tergelincir dan meremeh-remehkan perkara-perkara bersangkutan dengan bekalan di alam selepas mati.

Ada orang suka berperang, ada orang suka meniaga, bukan nak menggoda, tapi meniaga. Ikut suka yang manalahkan. Ada orang membuktikan cinta mereka terhadap sastera dengan merekodkan berapa banyak demo bantahan yang dia dah pergi, ada orang pula menunjukkan bukti-bukti bergambar berapa banyak buku sastera yang ada dalam koleksi dia, ada orang menunjukkan berapa banyak buku dan artikel yang telah mereka hasilkan dalam setahun, ada orang menunjukkan betapa mewahnya hidup dia hasil menulis, sebagai tarikan orang lain untuk turut sama bersastera. Tak kurang juga yang menunjukkan betapa passionate dia terhadap sastera dengan mengugut, memberi kata ancam terhadap terhadap mereka yang diyakini petualang, perosak yang akan mencemar kesucian sastera. Suka hatilah apa yang mereka nak tunjuklah kan. Sebab bila orang bilang cinta sayang, maka semacam sangat biadap jika pihak lain mempertikai atau meragui cinta mereka. Atau seolah semacam mempertikai, apa motif dia bilang sayang, bilang cinta, bilang passion sama sastera.